Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Pembesaran Landasan Lapangan Terbang Mukah Percepatkan Tempo Pembangunan

Pembesaran landasan Lapangan Terbang Mukah (LTM) dijangka dapat memenuhi permintaan terhadap pengangkutan udara untuk urusan perniagaan, pelaburan dan pentadbiran di Mukah yang kini sedang mengalami pembangunan pesat setelah tiga (3) tahun berstatus sebuah Bahagian.

Demikian menurut Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Dr Haji Abdul Taib Mahmud ketika merasmikan Landasan LTM pada 8 September 2005 lepas. Perkembangan tersebut turut membuka peluang kepada pembangunan dengan kedatangan lebih ramai pelancong dan ahli perniagaan yang melabur di Bahagian tersebut di samping mampu melicinkan urusan pentadbiran.

Ketua Menteri turut menyifatkan ia memberikan petanda baik kepada penduduk Mukah terutama dari segi peningkatan taraf sosio-ekonomi penduduk. Jelas beliau, dalam masa yang sama penduduk perlu segera merebut peluang dengan berusaha lebih gigih meningkatkan sosio-ekonomi seperti melibatkan diri dalam industri desa antaranya perkhidmatan, pembuatan dan pengeluaran makanan dan kraftangan.

Kerajaan, jelas beliau akan meneruskan lebih banyak lagi pembangunan fizikal di negeri ini seperti kemudahan jalan raya dan lapangan terbang seiring dalam usaha kerajaan merapatkan jurang pembangunan antara kawasan luar bandar dan bandar.

Pada majlis yang sama, Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Dr Leo Michael Toyad berkata, kerajaan menyediakan segala kelengkapan dan infrastruktur sebagai medium untuk masyarakat memajukan diri mereka sendiri. Pembesaran lapangan terbang ini dilihat penting kerana kesan daripada pembangunan yang pesat maka keperluan untuk mewujudkan lapangan terbang yang berupaya mengendalikan pesawat lebih besar adalah sangat kritikal, jelas Dr Leo Michael Toyad

Jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Mukah, perkembangan ini diharap dapat merancakkan lagi sektor pelancongan di Bahagian tersebut di samping mengalakkan sektor penerbangan terus sedia ada dari Kuching, Sibu dan Miri ke Mukah. LTM kini mempunyai landasan baru selepas dinaiktaraf daripada 1,100 meter kepada 1,500 meter. Projek menaiktaraf LTM Fasa 1 iaitu pemanjangan landasan sedia ada ke taraf 3C selaras piawaian Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang akan membolehkan LTM menerima pendaratan pesawat jenis Fokker 50. Kerja-kerja menaiktaraf landasan (fasa pertama) LTM tersebut dimulakan pada April 2004 serta membabitkan kos sebanyak RM9.49 juta. Ia merangkumi kerja memanjangkan landasan tanpa melibatkan pembinaan semula terminal ataupun menara kawalan udara yang sedia ada.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998