Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Daerah Song Sertai Usaha Aktif Semula PEMADAM Seluruh Negara

Pengerusi PEMADAM
Daerah Song

Daerah Song akan turut menyumbang dan memberi sokongan kepada usaha besar-besaran bagi mengaktifkan semua aktiviti Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) di seluruh negara bermula tahun ini.

Pengerusi PEMADAM Daerah Song yang juga Pegawai Daerah Song, En. Boniface Intang Apat berkata bahawa sejak dua tahun lepas, PEMADAM Daerah Song tidak menjalankan sebarang aktiviti disebabkan kekurangan peruntukan. Walau bagaimanapun, bajet berjumlah RM150 juta yang disediakan bagi tujuan pengurusan, pencegahan, rawatan dan pemulihan di seluruh negara pada tahun ini akan membantu usaha PEMADAM di seluruh negara termasuk di Daerah Song dalam usaha itu.

Peruntukan itu akan disalurkan kepada PEMADAM Daerah melalui Jawatankuasa Induk Bahagian yang dipengerusikan oleh Residen Bahagian. Usaha drastik di seluruh negara itu adalah berikutan kenaikan bilangan penagih dadah di seluruh negara. Bilangan penagih yang dikesan pada tahun 2002 ialah
seramai 31,893 orang, meningkat kepada 36,996 orang pada tahun 2003 dan seramai 38,672 orang pada tahun 2004.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat PEMADAM Daerah Song, En Harry Biscop menjelaskan bahawa pihaknya telahpun mengadakan mesyuarat agung pada Mac 2005 yang lalu dengan tujuan untuk memilih Ahli Jawatankuasa (AJK) yang baru untuk sesi 2005 hingga 2007.

AJK yang baru ini terdiri daripada wakil pelbagai agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kaunselor dan ketua-ketua kaum. Selain itu, ia juga bertujuan merangka aktiviti serta program yang bersesuaian untuk dilaksanakan di peringkat daerah. Untuk Daerah Song, sasaran utama ialah para pelajar sekolah memandangkan golongan ini yang dikategorikan sebagai golongan belia membentuk kira-kira 70 peratus daripada bilangan penagih dadah di seluruh negara.

Setiausaha Kehormat
PEMADAM Daerah Song

Antara aktiviti yang telah dirancang untuk pelaksanaan tahun ini ialah kursus dan bengkel di sekolah-sekolah. Guru disiplin di sekolah akan mengenalpasti para pelajar yang lemah dan mungkin mudah terpengaruh dengan gejala yang kurang sihat seperti masalah menghidu gam, alkohol dan dadah.

Usaha besar-besaran yang melibatkan kerjasama pelbagai pihak di seluruh negara bermula awal tahun ini menunjukkan hasil yang memberansangkan. Peratusan perangkaan bilangan penagih dadah di antara bulan Januari-Februari pada tahun 2004 (7,602 orang) jika dibandingkan dengan Januari-Februari 2005 (4,050 orang) menunjukkan penurunan kira-kira 47 peratus.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998