Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

Belajar Dari Pengalaman Untuk
Penambahbaikan Berterusan

Alasan. Perkataan yang sering kita dengar dan mungkin juga sering kita gunakan untuk menutup sebarang kepincangan atau kekurangan yang berlaku atau timbul. Alasan tidak sepatutnya dijadikan bukti kukuh untuk menghalalkan sebarang kekurangan tersebut.

Di dalam proses kerja seharusnya kita ada mengamalkan pemerhatian yang mendalam ke atas semua proses kerja dan boleh menjangkakan sebarang masalah yang bakal timbul yang mungkin boleh menggugat pelaksanaan tugasan kita.

Dalam hal ini, pengetahuan atau ilmu serta pengalaman adalah penting. Ia penting kerana unsur-unsur ini dapat membantu kita mengenal pasti situasi - sama ada situasi itu baik (ada progres) atau sebaliknya. Unsur-unsur itu juga mampu menjadi panduan kita untuk merangka tindakan yang sepatutnya diambil untuk mengatasinya atau mengelakkan keadaan menjadi bertambah buruk.

Memberi alasan tidak seharusnya dijadikan amalan. Sebaliknya kita harus berani menghadapi situasi yang mendatang - tidak kira sama ada situasi itu memihak kepada kita atau sebaliknya. Kita harus sanggup menerima akibat daripada tindakan kita - berani mengaku yang kita mungkin telah melakukan kesilapan dan akan segera mengatasinya sebelum ianya menjadi lebih buruk.

Memberi alasan dan bukannya cadangan penyelesaian sebenarnya akan menunjukkan kita tidak ikhlas serta berpura-pura dan ia juga mungkin menampakkan kebodohan kita sendiri terutamanya bahawa kita sendiri tidak tahu atau memahami situasi yang berlaku dan tidak bertindak dengan tindakan yang sewajarnya.

Sebagai penggerak atau pelaksana projek, kita seharusnya melihat setiap aktiviti itu sebagai suatu yang boleh mendatangkan manfaat terbesar kepada semua pihak. Oleh itu seharusnya kita berusaha untuk melaksanakannya dengan sebaik mungkin, menyiapkannya secepat yang boleh dan membelanjakan peruntukan seminimum yang mungkin (tanpa menjejaskan kualiti pelaksanaannya).

Namun pada hakikatnya keadaan tidak seperti yang kita harapkan. Banyak projek yang dirancang kadangkala lewat dari jadual malah tenat proses penyiapannya. Apabila ditanya mengapa ini terjadi, maka alasan demi alasan akan taburkan. Alasan yang kurang munasabah lebih banyak diterima daripada yang boleh diterima lojik akal.

Seharusnya tiada lagi alasan yang diberikan. Bukankah lebih baik dijelaskan sahaja apa yang patut dilakukan untuk mengatasinya. Kita melaksanakan projek bukannya baru semalam ... sudah lebih 40 tahun!

Alasan seperti projek lewat jadual kerana keadaan cuaca yang tidak menentu walaupun benar adalah tidak munasabah. Kita sebenarnya bernasib baik dikurniakan iklim yang stabil dan keadaan muka bumi yang tidak bergolak dengan gempa bumi dan gunung berapi.

Namun kelewatan penyiapan projek merupakan masalah utama yang jarang ada kesudahannya. Alangkah bagus jika kita dapat menggunakan maklumat yang dibekalkan oleh Jabatan Kajicuaca untuk menyusun jadual pelaksanaan projek!

Peruntukan lambat diterima juga bukan alasan yang munasabah kini. Adalah tidak lojik dalam perancangan sesuatu projek, perkara sedemikian tidak diambil kira dan bukankah kita ada sistem penyediaan sebutharga dan pelbagai lagi kaedah pelaksanaan projek seperti Turnkey dan sebagainya yang boleh diguna pakai untuk mempercepatkan projek serta menjimatkan kos?

Kita sepatutnya menggunakan semua maklumat ini dan pengalaman melaksanakan projek masa lalu untuk merancang dan melaksanakan projek seterusnya dengan cara yang lebih bijak dan sempurna dan bukannya menggunakan pengalaman itu untuk mengemukakan alasan demi alasan yang baru.

Kerajaan telah dan sentiasa membelanjakan wang yang banyak untuk mengadakan kursus pengurusan bagi sumber manusia, kursus teknikal selain menyediakan biasiswa kepada penjawat awam yang layak untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Semua ini adalah untuk melengkapkan penjawat awam dengan pelbagai ilmu dan kemahiran yang diharapkan akan dapat meningkatkan kecekapan dan memudahkan pelaksanaan tugasan.

Namun semua ini sia-sia sahaja jika kita sebagai penjawat awam tidak tahu menggunakan peluang yang ada untuk memperbaiki mutu kerja dan hanya tahu memberi alasan. Belajarlah dari pengalaman untuk penambahbaikan berterusan.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998