Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Miri : Sektor Pelancongan Mewarnai Kemajuan Ekonomi
Status "Bandaraya Miri Dalam Taman" pada tahun 2005

Untuk berpuluh tahun, pembangunan ekonomi Bahagian Miri dijana oleh tiga sektor utama iaitu minyak dan gas, pembalakan serta pertanian. Industri minyak dan gas sahaja telah menyumbang kepada kirakira 59 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Bahagian Miri pada tahun lalu.

Sungguhpun demikian, beberapa tahun kebelakangan ini sektor pelancongan telah berkembang pesat serta memberi sumbangan besar kepada perkembangan ekonomi Bahagian itu. Melihat kepada potensi berkenaan, kerajaan negeri telah menetapkan visi menjadikan bandar Miri sebagai ‘Bandaraya Peranginan’ menjelang tahun 2005.

Bagi mencapai visi itu, beberapa projek pelancongan telah dirancang dan sedang dalam pelaksanaan seperti Marina Park dan Muzium Sains Petroleum. Kemunculan lokasi baru tarikan pelancong itu sudah pasti akan menjadi penyeri kepada tempattempat pelancongan sedia ada seperti Taman Negara (Mulu, Lambir, Niah, Loagan Bunut dan Bukit Tiban), Pantai Tanjong Lobang, Pantai Bungai, Dataran Kipas Miri, Taman Buaya Kuala Baram, Tanah Tinggi Bario, Taman Burung Sibuti dan sebagainya.

Pembinaan taman-taman yang diusahakan oleh Majlis Perbandaran Miri (MPM) telah membuahkan hasil yang memberangsangkan apabila MPM terpilih sebagai penerima Anugerah Perak Laman Malaysiana bagi kategori Taman Pameran (Dunia Taman). Pertandingan itu adalah bersempena Festival Lanskap dan Taman (Laman Malaysia 2004) anjuran Jabatan Landskap Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang diadakan pada Julai tahun ini.

Miri juga mempunyai lebih 20 tempat menyelam seperti Taman Eve, Taman Anemone dan Batu Belais serta kira-kira 206 spesies batu karang. Angka itu sebenarnya menjangkaui jumlah yang terdapat di Carribean yang dikenalpasti mempunyai hanya kira-kira 60 spesies batu karang.

Jambatan ASEAN yang dirasmikan pada 30 Ogos 2003 merupakan satu lagi mercu tanda pembangunan Bahagian Miri

Sungguhpun demikian, pembangunan Bahagian secara menyeluruh tetap tidak dikecualikan. Di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8), sejumlah RM113.1 juta peruntukan disediakan untuk membiayai 133 buah projek pada tahun 2003.

Infrastruktur asas dan sosial pula dijadikan fokus dalam RMK8 serta dalam perancangan Projek Kecil Luar Bandar (MRP).

Bagi MRP, sejumlah RM9.8 juta diperuntukkan untuk membiayai sejumlah 609 buah projek kecil di bahagian itu pada tahun lalu. Projek Jalan Kampung menerima peruntukan terbesar iaitu hampir 54 peratus daripada jumlah bajet.

Selain itu, pembinaan projek jalan raya Marudi-Miri dalam RMK9 pula dilihat mampu menjana pertumbuhan ekonomi di pekan Marudi dan kawasan sekitarnya.

Kajian trafik dan kejuruteraan juga sudah selesai bagi tujuan menaik taraf jalan ke Bulatan Pujut dan Miri Bypass berhampiran Padang MMC dan Bulatan Puchong.

Jalan dari lapangan terbang ke Pujut dijangka akan dinaiktaraf kepada dua lorong sehala manakala di Bulatan Puchong pula dinaik taraf kepada empat lorong dengan jejambat yang menghubungi laluan Miri sehingga ke Lutong. Ia akan dilaksanakan dalam RMK-9.

Di Batu Niah, antara projek jalan yang akan dilaksanakan Jalan Sepupok / Lajong dan Jalan Sepupok / Jalan Saeh. Projek jalan itu bernilai lebih RM20 juta dan akan memberi manfaat kepada lebih 15 ribu penduduk di sekitarnya.

Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng, Miri yang bernilai RM18.5 juta pula telah disiapkan awal tahun ini. Balai Bomba Batu Niah yang dianggarkan bernilai RM12.5 juta pula sedang dalam perancangan.

Pembangunan tanah terutamanya bagi tujuan penanaman kelapa sawit sehingga kini pula telah berjaya menarik pelaburan 16 buah syarikat swasta.

Kemasukan para pelancong dari Negara Brunei banyak membantu tingkatkan ekonomi Bahagian Miri

Ia diusahakan secara besar-besaran dan melibatkan kawasan seluas kira-kira 227 ribu hektar daripada sejumlah kira-kira 257 ribu hektar yang digunakan untuk pelbagai jenis tanaman di Bahagian itu. Pembangunan ladang kelapa sawit berkenaan telah memberi pulangan bernilai kira-kira RM173 juta pada tahun 2003.

Miri turut terkenal dengan beras Bario yang diusahakan secara komersil oleh masyarakat tempatan di Tanah Tinggi Bario. Sehubungan itu, usaha penanaman padi berkenaan secara komersil telah mula dipergiat pada tahun 2003 melibatkan tanah seluas kira-kira 19,957 hektar. Turut mengambil bahagian ialah Jabatan Pertanian yang mengusahakan estet padi mini di kawasan Long Laput dan Sungai Liam.

Kerajaan Negeri juga telah bercadang untuk mewujudkan Bandar Satelit LembahBio di Miri. Ia bagi menyahut permintaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang bertujuan memacu negara ke hadapan dalam industri biotek untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi dalam bidang penjagaan kesihatan, pertanian dan pengeluaran makanan dengan memanfaatkan potensi sumber bio yang ada.

Dalam bidang pembangunan sumber manusia pula, salah satu daripada tujuh buah Pusat Latihan Perindustrian (ILP) yang sedang dalam pembinaan di seluruh negara dan dijangka siap akhir tahun ini juga terdapat di Miri.

Apabila siap kelak, ILP Miri akan menyediakan kira-kira 600 tempat kepada golongan belia khasnya untuk menimba ilmu dalam bidang-bidang berkaitan. ILP Miri juga dijangka akan mampu menjadi pelengkap kepada penawaran sumber manusia terlatih yang diperlukan dalam perindustrian di negeri ini.

Begitu juga dengan Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) yang turut akan membuka pusat keduanya di negeri ini bagi memenuhi permintaan pelajar di Bahagian Miri pada tahun hadapan. Bagi tujuan itu, Kerajaan Negeri telah mengenalpasti tapaknya yang terletak di Lutong.

Pembinaan PPKS dan ILP itu akan menyediakan peluang pendidikan teknikal kepada penduduk tempatan tanpa perlu belajar jauh.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998