Program Pelancongan
 |
| Para pelajar digalakkan melibatkan
diri dalam kegiatan kebudayaan |
Aktiviti pelancongan, salah satu penyumbang
penting kepada sumber ekonomi negara, perlu terus dibangunkan bagi memastikan
negara akan terus mendapat manfaat daripadanya.
Dalam perkara itu, peranan generasi muda khususnya para pelajar tidak harus diketepikan
kerana golongan itu juga sebenarnya berkeupayaan menyumbang kepada sektor pelancongan
di negeri masing-masing khasnya dan kepada negara umumnya.
Menyedari perkara itu, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia
telah memperkenal Program Pelancongan Pelajar (3P) untuk dilaksanakan di seluruh
negara. Program itu telah dilancarkan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan
Malaysia bersama-sama dengan Menteri Pendidikan Malaysia pada 24 Februari 2001.
Program itu diadakan dengan matlamat
untuk:
- Menyemarakkan aktiviti pelancongan
domestik dengan memupuk budaya melancong dalam negara sendiri di kalangan pelajar
terutamanya ke tempat-tempat bersejarah; kebudayaan, eko-pelancongan dan lain-lain
- Menghindari gejala-gejala sosial
yang semakin popular di kalangan pelajar pada masa kini dengan menggalakkan
pengisian masa lapang secara bijak dan berfaedah
- Mewujudkan perpaduan serta meningkatkan
integrasi kaum di kalangan generasi muda melalui aktiviti-aktiviti pelancongan
dan pengembaraan yang terancang dan teratur bagi mengeratkan hubungan dan interaksi
antara pelajar berbilang kaum
Bagi mencapai matlamat-matlamat itu,
kementerian menggalakkan penubuhan Kelab Pelancongan di sekolah-sekolah dengan
objektif untuk:
- Memupuk semangat cintakan tanahair
di kalangan pelajar
- Memberi peluang kepada para pelajar
untuk mengenali tempat-tempat yang menarik di dalam negeri, khususnya tempat-tempat
bersejarah, kebudayaan, eko-pelancongan dan lain-lain yang dapat meningkatkan
mutu pembelajaran mereka
- Memberi pendedahan kepada para
pelajar tentang industri pelancongan
- Menambah kefahaman di kalangan
pelajar tentang komponen-komponen yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dengan industri pelancongan di Malaysia
- Memberi peluang kepada pelajar
untuk mengurus serta mengatur segala aktiviti lawatan dan perjalanan keluar
yang dirancang oleh persatuan/kelab di sesebuah sekolah melalui Kelab Pelancongan
dengan kerjasama syarikat-syarikat pelancongan setempat
- Menyediakan program dan aktiviti
yang sihat kepada pelajar
- Merapatkan hubungan interaksi di
antara pelajar berbilang kaum dengan mengadakan program lawatan pelancongan
yang khusus
- Menggalakkan pelajar untuk menimba
ilmu secara berterusan melalui kaedah pendidikan secara lawatan
- Memberi penjelasan berkaitan peluang-peluang
pekerjaan dan juga perniagaan yang terdapat di dalam industri pelancongan
Penubuhaan Kelab-kelab Pelancongan
Sekolah di seluruh negara adalah tertakluk kepada Peraturan Pendidikan (Persatuan
Sekolah) 1998 dengan mensasarkan penyertaan daripada para pelajar di peringkat
rendah dan menengah.
Bagi melaksanakannya, Jabatan Pendidikan Negeri (Unit Pelancongan, Sektor Pengurusan
Pembangunan Kemanusiaan) telah diberi tanggungjawab menyelaras program tersebut
di peringkat negeri. Unit itu berfungsi sebagai penyampai maklumat berkaitan
program pelancongan ke sekolah-sekolah melalui Pejabat Pendidikan Daerah atau
Bahagian.
Di peringkat sekolah, kelab itu dipengerusikan oleh Penolong Kanan (Hal Ehwal
Murid) atau Penolong Kanan (Kokurikulum).
Program-program dan aktiviti-aktiviti
yang telah dikenal pasti untuk dilaksanakan oleh 3P di sekolah-sekolah ialah:
- Mengadakan program mengenali tempat-tempat
tarikan pelancong dengan menganjurkan lawatan sambil belajar ke tempat berkenaan
dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pelajar-pelajar serta
menjalankan aktiviti pelancongan semasa musim cuti secara terancang dan tersusun
melalui kerjasama dengan agensi-agensi pelancongan
- Mengadakan lawatan ke muzium dan
ke tempat-tempat yang bersejarah bagi menggalakkan pelajar mengenal sejarah
dan warisan bangsa dan negara
-
Mengadakan kempen kesedaran ‘Pelancongan dan Pelajar’ bagi memupuk
budaya melancong di kalangan pelajar sekolah
- Membangunkan pakej-pakej pelancongan
yang sesuai dengan kehendak pelajar pelbagai kaum
- Mengadakan program seperti kursus,
bengkel atau seminar kesedaran yang khusus secara berkala bagi mendapat pendedahan
dalam industri pelancongan
- Mengadakan perkhemahan semasa musim
cuti sekolah yang boleh digabungkan dengan aktiviti membina semangat dan kekuatan
diri
- Mengadakan program hari keluarga
atau hari terbuka tahunan di tapak rekreasi/perkhemahan tempatan atau tempat-tempat
pelancongan yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru dengan kerjasama
kelab pelancongan sekolah serta agensi-agensi pelancongan tempatan yang berkaitan
-
Menganjurkan program promosi ‘Satu Daerah Satu Tarikan’ yang dikelolakan
oleh gabungan kelab pelancongan dari beberapa sekolah setempat untuk menghidupkan
aktiviti-aktiviti pelancongan di lokasi/tempat pelancongan di daerah berkenaan
di samping menganjurkan aktiviti sosial, acara-acara atau aktiviti berkaitan
pelancongan, kebudayaan dan kesenian
- Mengadakan program pertukaran lawatan
di antara daerah dengan daerah atau negeri dengan negeri, serta memanfaatkan
program homestay sedia ada
-
Mengadakan program ‘hands on experience’ dengan mengambil bahagian
dalam acara pelancongan, kesenian, kebudayaan dan riadah/sukan yang dianjurkan
oleh agensi-agensi kerajaan atau swasta
- Mengadakan program anak angkat
oleh hotel-hotel bertaraf antarabangsa atau agensi pelancongan di Malaysia
- Mengadakan program pendedahan pekerjaan
dalam pelancongan semasa musim cuti sekolah
Di peringkat negeri, Majlis Tindakan
Pelancongan Negeri Sarawak telahpun mengambil tindakan susulan dengan mengadakan
Seminar Sehari 3P (Program Pelancongan Pelajar) di Kuching pada Jun lalu.
Seminar itu telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan Sarawak, Dato Sri Abang
Haji Johari Tun Abang Haji
Openg dan dihadiri oleh kira-kira 250 orang yang terdiri daripada para pelajar,
guru dan mereka yang terlibat secara langsung dalam industri pelancongan di
negeri ini.
Dalam ucapannya, beliau menjelaskan bahawa 3P dapat membantu menjayakan usaha
penggalakan pelancongan domestik dan bertepatan dengan matlamat kerajaan negeri
untuk mengetengahkan lokasi-lokasi pelancongan tempatan yang berpotensi untuk
dibangunkan.
Sebanyak enam buah kertas kerja telah dibentangkan dalam seminar itu. Antaranya
ialah kertas kerja yang bertajuk ‘Menggunakan sumber alam untuk aktiviti
rekreasi dan pendidikan’ yang dibentangkan oleh pegawai dari Jabatan Perhutanan
Sarawak dan ‘Kerjaya Dalam Industri Pelancongan’ oleh pensyarah dalam
bidang pelancongan dari institusi pengajian tempatan.
Pada majlis yang sama, Dato Sri Abang Haji Johari turut melancarkan 3P Sekolah
Kebangsaan Serian dan Sekolah Menengah Teknik Sejingkat selaku sekolah perintis
program berkenaan di negeri ini.
Sekolah Menengah Kebangsaan Riam dan Sekolah Menengah Kebangsaan St. Columba
pula merupakan dua buah sekolah perintis 3P di bahagian Miri yang dilancarkan
pada 26 Jun 2003.
 |
 |
| Muzium…tempat yang amat
sesuai untuk memahami kebudayaan masyarakat |
Diskusi… Menteri Pelancongan
Sarawak, Dato Sri Abang Haji Johari Tun Openg yakin dengan keupayaan pelajar
dalam pembangunan pelancongan |
 |
 |
| Luangkan masa dengan lebih berfaedah
dengan belajar memahami tarian etnik lain |
Pelajar juga turut berperanan
menjayakan Tahun Pelancongan Sarawak |
 |
 |
Penyertaan dalam pelbagai aktiviti
bercirikan pelancongan dapat meningkatkan rasa muhibbah di kalangan pelajar
|
Program ‘Homestay’
di Oya, Mukah…Antara cara yang sesuai untuk memahami budaya masyarakat
lain |
|