Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Pemimpin Perlu Lengkapkan Diri Hadapi Cabaran Abad Ke- 21

Pemimpin yang berpengaruh, dinamik dan bijak adalah pemimpin yang diperlukan dalam abad ke-21. Sebab itu, ciri-ciri pemimpin yang berupaya mengguna pengaruh dengan cara yang betul, mampu memberi motivasi dan mencetus inspirasi, membantu orang lain mengenal pasti potensi, menjadi contoh, berdikari serta sentiasa membuat perubahan sahaja, mungkin tidak memadai untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.

Demikian menurut YB Datuk Amar Haji Abdul Aziz bin Haji Husain, Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Centre for Modern Management (CMM) ketika merasmikan Seminar Kepimpinan yang bertemakan ‘The New Leaders: Charting the Way Forward’ anjuran bersama oleh Unit Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Ketua Menteri dan CMM di Santubong pada 9 September lalu.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan ucaptama yang bertajuk ‘Redefining Leadership: Leading Change through People – The Way Forward for Sarawak’ yang menyentuh tentang gaya kepimpinan yang harus diteladani oleh pemimpin untuk membawa organisasinya ke arah kecemerlangan.

Menurutnya, kepimpinan adalah berkaitan dengan perkara mengurus perubahan dan membawa kumpulan ke arah sasaran baru, memperoleh hasil diingini, mengurus serta mengenali diri, bekerja dalam kumpulan, mempunyai visi dan tahu membentuk strategi.

“Pemimpin juga perlu menghormati orang lain, berfikiran terbuka dan menjadi pendengar yang baik serta dapat mengarah orang lain,” tambah beliau.
Sungguhpun demikian, menurutnya, globalisasi memerlukan pemimpin bekerja dengan lebih efektif serta mempunyai sumber manusia yang bijak yang dapat dibentuk melalui pendidikan. Sebab itu katanya, amalan menghormati dan menghargai kepelbagaian personaliti individu dan menggalakkan mereka untuk memaksimumkan bakat serta kreativiti melalui motivasi dan galakan harus diberi perhatian.

Jelasnya lagi, “Ramai pemimpin yang berpandangan jauh dan dapat membayangkan masa hadapan serta berusaha sehingga ia menjadi realiti. Mereka ini selalunya dapat membuka mata dan fikiran pengikutnya serta membina kepercayaan dan merapatkan hubungan sesama mereka.”

“Kepimpinan yang berkesan penting untuk kejayaan organisasi, tetapi masih terdapat organisasi yang mempunyai pemimpin berkaliber, berjaya dalam pelbagai aspek serta kukuh, namun akhirnya berakhir umpama ‘belon yang tiba-tiba mengecut’,” tegasnya mengingatkan para peserta yang hadir.

Terdahulu sebelum itu, YBhg. Datu Haji Abdul Rashid bin Haji Aziz, Pengarah Yayasan Sarawak dalam ucapannya turut mengingatkan supaya organisasi dan pemimpinnya agar sentiasa bersedia menghadapi cabaran bagi mencapai kejayaan.

Katanya, penting untuk setiap pemimpin meningkatkan kemahiran kerana semua pemimpin agung yang pernah kita kenali juga sentiasa berusaha sehingga mereka menjadi lebih efektif.

Seminar selama dua hari itu telah dihadiri kira-kira 100 orang peserta terdiri daripada ketua-ketua jabatan dan pegawai kanan kerajaan serta organisasi swasta di negeri ini.

Penceramah yang terlibat dalam tujuh sesi perbincangan itu adalah dari Universiti Terbuka Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Tun Abdul Razak, AIM-UWA Senior Management Centre (Western Australia), 1st Silicon, ORACLE Corporation Malaysia, Celcom Malaysia Berhad, Lembaga Sumber Asli dan Persekitaran Sarawak, Institut Akauntan Malaysia, Badan Pencegah Rasuah, Malaysian Institute of Corporate Governance, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia dan Transparency International Malaysia.

Antara objektif seminar itu diadakan adalah bagi melihat bentuk kepimpinan masa kini dalam organisasi korporat dan awam serta memahami cara kepimpinan yang berkesan dalam mengetuai dan mengurus perubahan organisasi terutama ketika masa yang sukar.

YB Datuk Amar Haji Abdul Aziz merasmikan seminar. Turut kelihatan ialah YBhg. Datu Haji Abdul Rashid bin Haji Aziz, Pengarah Yayasan Sarawak (kiri) dan Dr. Zufar Yadi, Ketua Penolong Pengarah Unit Pengurusan Sumber Manusia
.




 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998