Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Perayaan HPPN di Miri adalah yang terbesar

Ketua Menteri melihat hasil produk yang dipamerkan
Perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPN) peringkat negeri Sarawak pada 26 Ogos 2003 lalu adalah yang terbesar dari segi penyertaan dikalangan petani, peladang dan usahawan tempatan termasuk agensi swasta.

Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Jaul Samion memberitahu, lebih 1,200 petani, nelayan dan peladang dari seluruh negeri ini mengambil bahagian bagi menjayakan aktiviti tersebut yang berlangsung di perkarangan Dewan Suarah Miri di sini.

Sebanyak 132 gerai yang mempamer dan menjual pelbagai produk industri pertanian tempatan terlibat dalam aktiviti selama seminggu itu yang hanya akan berakhir pada 1 September 2003.

Dalam pada itu, 41 daripada gerai tersebut mempamerkan jualan produk swasta, 21 gerai promosi dan jualan usahawan, 18 gerai makanan dan minuman dan 52 buah gerai lain khusus kepada pameran pembangunan indsutri.

“Jumlah penyertaan gerai ini meningkat sebanyak 50 peratus berbanding hanya 86 gerai pada tahun lalu,” jelas Jaul Samion pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas penganjuran aktiviti tersebut sebelum itu, di Miri.

Miri sebagai tuan rumah perayaan ini mencipta sejarah tersendiri dengan penyertaan julung kali dari luar Sarawak iaitu dari Selangor dan Kuala Lumpur yang turut mempamerkan jualan pelbagai produk herba dan kimia untuk pertanian.
Penyampaian hadiah oleh Ketua Menteri kepada pemenang


Sehingga kini, lapan agensi swasta terlibat dalam industri makanan, tujuh buah syarikat dalam penghasilan kimia, lima syarikat dalam perladangan, empat syarikat dalam industri penanaman, dua agensi pengeluaran produk herba serta jabatan kesihatan haiwan ternakan, perubatan, produk dari laut, buah-buahan dan kraf tangan turut menyertai perayaan kali ini.

Pada perayaan kali ini juga adalah buat kali pertamanya Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyam-paikan anugerah khas kepada tiga penerima dari kalangan petani, usahawan dan agensi terhadap sumbangan meningkatkan industri pertanian tempatan.

Selain itu, pengunjung juga diperkenalkan dengan keluaran beberapa produk baru oleh usahawan tempatan serta didedahkan tentang perkembangan sektor perladangan, penternakan dan perikanan menerusi pameran khas tentang pembangunan dan teknologi.

Perayaan kali ini yang bertemakan ‘Usahatani Moden – Berteknologi, berjaya’ turut dimeriahkan dengan penganjuran pelbagai pertandingan melibatkan lima kategori utama.

“Sebanyak 19 pertandingan akan diadakan. Antaranya ialah pertandingan petani/peladang/nelayan terbaik, persatuan pertanian, rekaan laman web terbaik,” jelas Jaul sambil menambah bahawa perayaan kali ini diadakan sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Jubli Delima Sarawak.

Salah satu daripada gerai HPPN
Perayaan ini dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Haji Abdul Taib Mahmud. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar George Chan dan Tan Sri Datuk Amar Alfred Jabu, Menteri Pertanian dan Industri Makan Sarawak Dato Sri Adenan Haji Satem, menteri-menteri kabinet negeri, pegawai kanan kerajaan serta orang kenamaan tempatan di sini.
 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998