Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Sukan Antara Bangunan Kerajaan Negeri: Bantu Tingkat Komunikasi

Pasukan Menara Pelita memenangi acara ping-pong
Sukan Antara Bangunan Kerajaan Negeri 2003 (Inter-State Government Building Games 2003) yang diadakan buat julung kalinya telah menyaksikan penyertaan lapan buah bangunan kerajaan negeri iaitu Menara Pelita, Bangunan MASJA, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Pustaka Negeri Sarawak, Wisma Bapa Malaysia, Wisma Sumber Alam, Wisma Saberkas dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dalam suasana yang cukup meriah.

Sukan itu yang bertemakan ‘Games Work Better For Relationship’ merupakan anjuran Sarawak Incorporated Sdn Bhd (SISB) dengan kerjasama Jabatan Tanah dan Survei, Jabatan Pertanian, Lembaga Sumber Asli dan Persekitaran Sarawak dan Jabatan Perbendaharaan Negeri.

Selaras dengan temanya, pertandingan adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di antara anggota-anggota yang bertugas di bangunan-bangunan yang terlibat bukan sahaja di bidang sukan tetapi dalam tugasan seharian bagi meningkat keberkesanan berkomunikasi dalam pelbagai situasi.

Seramai kira-kira 360 kakitangan dari lapan buah bangunan itu telah mengambil bahagian dalam pertandingan kali ini yang melibatkan lima jenis sukan iaitu boling, badminton, ping-pong, catur dan bola jaring.

Sungguhpun semua aktivitinya berlangsung pada sebelah petang dan hujung minggu sepanjang tempoh dua bulan (sejak Jun) lalu, sokongan dan semangat yang ditunjukkan oleh para pegawai yang terdiri daripada pelba-gai pangkat amat menggalakkan.

“Diharap pada pengan-juran yang akan datang melibat-kan penyertaan bangunan dan jenis sukan yang lebih banyak agar mampu melibatkan peserta yang lebih ramai”, kata YB Tan Sri Datuk Amar Dr George Chan Hong Nam, Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi SISB dalam teks ucapannya yang dibaca oleh YB Datuk Amar Haji Abdul Aziz, Setiausaha Kerajaan Negeri semasa menutup sukan berkenaan pada 29 Julai lalu.

Pertandingan Badminton dilangsungkan di bangunan Persatuan Badminton Bumiputera, Semariang Pengurus Pasukan Wisma Saberkas menerima hadiah selaku juara keseluruhan daripada YB Datuk Amar Haji Abdul Aziz
“Sukan itu akan dianjurkan sekali dalam dua tahun dan setiap bangunan akan diberi peluang selaku penganjur mengikut giliran”, tambahnya.

Bangunan Wisma Saberkas telah muncul sebagai juara keseluruhan setelah memenangi tempat pertama bagi acara catur dan bola jaring dengan mendahului bangunan PELITA dan MBKS yang masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga.

Kalah dan menang bukan perkiraannya tetapi yang penting ialah semoga hubungan yang terjalin itu akan sentiasa membentuk komunikasi yang diharapkan seterusnya menjadikan mutu kerja yang lebih baik.
 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998