Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Jawatankuasa Khas Selaras Pembangunan Industri Desa Di Sarawak Akan Ditubuhkan

Hasil produk industri desa yang dipamerkan
“Satu jawatankuasa khas yang mengabungkan kepakaran dari beberapa agensi Kerajaan Pusat dan Negeri akan ditubuhkan bagi menyelaras pembangunan industri desa di negeri ini. Perkara ini telah diumumkan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud sewaktu merasmikan Ekspo Industri Desa Sarawak 2003 dan Kolokium Usahawan Wanita Sarawak pada Ogos lalu di Tebingan Kuching.

Jawatankuasa khas tersebut, jelas Ketua Menteri melibatkan dua kementerian peringkat pusat dan dua kementerian peringkat negeri yang akan bekerjasama dan dibantu oleh agensi yang berkaitan untuk menggubal dasar bagi menyelaraskan dan menyediakan garis panduan khusus bagi pembangunan industri desa.

Kementerian peringkat pusat tersebut ialah Kementerian Pertanian Malaysia dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar Malaysia manakala dua kementerian peringkat negeri pula ialah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sarawak dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kemajuan Tanah Sarawak. Ia akan bersama-sama dibantu oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Perkembangan terbaru ini membuktikan kerajaan sentiasa prihatin membantu golongan berkenaan serta menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka. Ia dilihat sebagai usaha untuk meningkatkan penglibatan masyarakat luar bandar dalam sektor industri desa.

Ia adalah selari dengan komitmen kerajaan yang memberikan penekanan terhadap pembangunan luar bandar terutama sejak tiga tahun kebelakangan ini. Selain menggalakkan rakyat membeli produk tempatan, ia dilihat mampu merangsang semula pertumbuhan ekonomi dalam negara dan mengembangkan potensi ekonomi di luar bandar.

Adalah diharapkan dengan beberapa langkah yang diambil, antara-nya mewujudkan lebih banyak industri desa, memperkenal-kan pelancongan desa seperti home-stay, ecotourism dan agrotourism serta memperkenalkan konsep Satu Daerah Satu Industri (1D 1I) serta pengem-blengan usaha beberapa agensi lain seperti INFRA (Institut Kemajuan Desa) dan FELCRA juga harus dilihat sebagai pelengkap kepada keberkesanan jawatankuasa khas ini.

Pelbagai usaha termasuk pengkomersilan dan pemodenan produk tempatan juga seharusnya dapat dilaksanakan agar kita dapat mencontohi kejayaan di Thailand. Malah baru-baru ini, ia dibuktikan dengan kesungguhan kerajaan yang telah menekankan semula aspek pengupayaan atau “empowerment” masyarakat luar bandar melalui Gerakan Daya Wawasan





 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998