Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Ekspo Industri Desa Buka Peluang kepada Pengusaha Industri Luar Bandar

YAB Ketua Menteri berucap merasmikan ekspo
Ekspo Industri Desa yang diperkenal pada tahun 1999 diakui merupakan sebaha-gian daripada aktiviti promosi yang memberi faedah besar kepada para peserta khususnya pengusaha industri berkenaan di negeri ini.

Faedah yang ketara ialah peserta dapat menjual produk secara terus kepada pengguna serta dapat memperkenalkan produk mereka ke pasaran yang lebih luas termasuk menerusi tempahan dan kontrak perniagaan.

Demikian menurut YAB Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Hj. Abdul Taib Mahmud ketika merasmikan Ekspo Industri Desa Sarawak (EIDS) 2003 dan Kolokium Usahawan Wanita Sarawak pada 23 Ogos lalu di Kuching.

“Peluang daripada ekspo ini harus digunakan dengan sebaik-baiknya oleh semua peserta untuk menimba pengetahuan dan meningkatkan jaringan pasaran untuk produk masing-masing supaya dapat terus maju”, kata YAB Ketua Menteri.

Menyentuh tentang Kolokium Usahawan Wanita, beliau menjelaskan bahawa kaum wanita mempunyai peranan penting dalam pemban-gunan ekonomi keluarga serta mampu menjadi pengurus yang baik kerana sifat semulajadi wanita yang bijak serta teliti dalam setiap perkara yang dilakukan.

“Sekarang ada banyak bantuan serta skim yang disediakan oleh kerajaan bagi membolehkan usaha-wan luar bandar termasuk wanita memajukan pernia-gaan mereka dan yang perlu ialah anda tahu saluran untuk mendapatkannya”, jelas beliau.

Sebelumnya, Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia, YB Dato’ Hj. Azmi Khalid dalam ucapannya menjelaskan bahawa penganjuran ekspo itu telah menghapuskan anggapan sebelum ini bahawa keluaran industri desa ketara ciri-ciri kekampungannya. Kini ciri-ciri produk yang dipamerkan dalam EIDS adalah setanding dengan keluaran industri yang telah maju.
YAB Ketua Menteri mengetuai rombongan melihat gerai pameran


Katanya, tema ‘Modenisasi Industri Desa ke Arah Globalisasi’ bersesuaian dengan fokus Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) untuk menjadikan produk-produk keluaran tempatan dimajukan melalui program Satu Daerah Satu Industri (1D1I).

Antara langkah yang diambil termasuk mewujudkan industri desa dan perusahaan kecil serta kegiatan ekonomi bukan pertanian yang meliputi pelancongan desa seperti homestay, ecotourism dan agrotourism serta latihan untuk meningkatkan kemahiran serta pengetahuan usahawan dan pekerjanya.

Ini merupakan kali kedua EIDS dianjurkan bersama oleh KPLB dengan kerjasama Kerajaan Negeri. Kali ini, ia disertai kira-kira 150 orang peserta dari seluruh negara.

Objektif EIDS ialah

- mempromosi dan memasar-kan produk dan perkhidmatan usahawan luar bandar Malay- sia khususnya di Sarawak
- mengukuhkan rangkaian perniagaan antara masyarakat usahawan luar bandar di peringkat wilayah, negeri, nasional mahupun global
- mempromosi Tahun Pelancongan Sarawak 2003

Pelbagai usaha yang dibuat termasuk peganjuran EIDS diharap dapat mengurangkan kemiskinan di kalangan penduduk luar bandar dengan memupuk semangat berusaha, bekerjasama di samping menimbulkan sifat-sifat jati diri dalam usaha membangunkan diri masyarakat di luar bandar.



 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998