Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPN) 2002 Peringkat Negeri Sarawak
yang dilangsungkan selama 3 hari di Sarikei pada 28 hingga 30 Ogos lepas,
merupakan pengiktirafan kepada sumbangan golongan peladang, penternak dan
nelayan di negeri ini. Majlis Perasmian HPPN juga tidak kurang hebatnya dengan
kehadiran kira-kira 1,000 golongan petani, penternak dan nelayan.