Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Perkhidmatan Awam Negeri Perlulah Perpandangan Jauh (Bhg. 1)

Petikan Ucapan YB Datuk Amar SUK Pada Majlis Perjumpaan Khas Bersama Ketua-Ketua Jabatan,Bilik Gerakan, Tingkat 2, Wisma Bapa Malaysia, Kuching pada 09/08/2002

1. PENTADBIRAN AWAM DAN WAWASAN 2020

Pada umumnya wawasan 2020 telah menjadi satu tekad atau matlamat pemimpim-pemimpin negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju sepenuhnya di mana Malaysia diharap menerusi setiap individu berupaya membangun diri sendiri menerusi ketinggian ilmu, kecekapan pengurusan, nilai dan moral yang tinggi yang akan membolehkannya bersaing dengan negara maju.

Sebagai tulang belakang Kerajaan untuk merealisasikan Wawasan 2020, di dalam konteks negeri Sarawak, perkhidmatan awam negeri perlulah berpandangan jauh, berupaya meletakkan matlamat yang jauh dan berusaha keras mencapainya. Dalam usaha untuk mencapai wawasan 2020, antara ciri perkhidmatan awam di masa hadapan adalah penggunaan sains dan teknologi yang canggih dalam peralatan dan automasi pejabat serta peningkatan penggunaan teknologi maklumat. Oleh itu, anggota perkhidmatan perlulah melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu serta kepakaran yang diperlukan agar keupayaan menggunakan teknologi yang canggih dapat dipertingkatkan .

Perkhidmatan awam yang berwawasan mampu menangani perubahan-perubahan masa hadapan dengan bijaksana dan berkesan jika anggotanya dapat mempersiapkan diri dengan kelengkapan-kelengkapan yang diperlukan, seperti ilmu pengetahuan, kemahiran-kemahiran tertentu serta mempertingkatkan ketrampilan dan kualiti keperibadian anggotanya.

Untuk mencapai cita-cita menjadikan negara ini maju sebagai negara industri, setiap individu perlu melintasi halangan mental yang mempunyai anggapan bahawa keupayaan dan kemampuan kita adalah terhad. Segala-galanya boleh dilakukan dengan syarat setiap individu perlu bekerja keras, mengkaji kelemahan-kelemahan yang ada serta kegagalan-kegagalan yang lalu untuk mencari di mana silapnya dan meninjau faktor yang membawa kejayaan. Melalui proses ini, kekurangan serta kelemahan yang perlu diperbaiki akan dapat dikenalpasti. Setiap manusia mempunyai potensi yang sama, tanpa mengenal bangsa dan keturunan. Apa yang diperlukan ialah keyakinan diri bahawa kita juga boleh melakukannya, malah dengan lebih baik lagi. Setiap perubahan pasti membawa risiko kepada pihak yang melakukan perubahan. Namun setiap orang haruslah membuat perkiraan dan penilaian yang yang bijak supaya kesan risiko berada ditahap yang minima. Kalau takut mengambil risiko, kemajuan tidak akan tercapai.

(i) Cadangan untuk menangani Cabaran wawasan 2020 dalam konteks perkhidmatan awam negeri Sarawak

(a) Penjawat awam perlu faham pentingnya perubahan paradigma dalam menentukan pencapaian mereka sendiri yang perlu diselaraskan dengan pencapaian negara dan negeri;

(b) Mengenal pasti bidang-bidang dimana pertukaran dan perluasan paradigma diperlukan dan berupaya menerima paradigma yang baru;

(c) Di mana pertukaran pendekatan diperlukan, penjawat awam harus membuat pertukaran ini, termasuklah penghapusan sikap terasing dari masyarakat dan swasta yang menjadi pelangan kita. Piagam pelanggan mesti diterima sepenuhnya;

(d) Penjawat awam disemua peringkat perlu sentiasa memikir bahawa semua kerja yang di buat setiapmasa hendaklah menyumbang kepada objektif organisasi masa panjang. Setiap yang dibuat mempunyai makna dan hasil yang menjadikan kerja itu satu kemegahan dan tidak satu bebanan. Adalah menjadi tanggongjawab ketua jabatan untuk memestikan perkara ini berlaku.

(e) Penjawat awam sebagai individu sedar bahawa mereka boleh menyumbang kepada kejayaan segala usaha dan pencapaian wawasan organisasi. Mereka harus sedar bahawa hasil sumbangan pasukan adalah lebih berkesan dalam apa jua usaha terutama sekali kerja-kerja yang komplek.

2. SUMBER MANUSIA

Sumber Manusia merupakan aset terpenting negara. Sejarah telah membuktikan bahawa kemajuan sesuatu tamadun bergantung kepada kekuatan sokongan masyarakatnya. Tamadun Greek mencapai keagungannya berlandaskan kekuatan dan kecekapan ketenteraan Spartanya. Tamadun Islam yang bermula di padang pasir yang gersang berkembang menjadi empayer dalam lingkungan 800 tahun.. Jepun, Switzerland dan Korea Selatan juga terbukti maju walaupun negara –negara ini tidak mempunyai kekuatan sumber asli namun mereka membangun dengan sumber manusia yang berkualiti. Sesebuah negara kaya dengan sumber asli tidak akan berjaya mencapai kegemilangan tanpa pengembelingan potensi tenaga manusia sepenuhnya.

Dalam bidang perindustrian penggunaan sumber manusia bukan sahaja penting tetapi kritikal bagi meneruskan kelangsungan sesuatu organisasi atau syarikat. Sesebuah syarikat yang kekurangan sumber seperti kewangan boleh mengambil langkah meminjam wang tetapi kekurangan sumber manusia berkemungkinan besar membantutkan kewujudan syarikat tersebut.

Justeru, amat wajar tindakan diambil untuk kita terus menyokong dan mengembangkan potensi sumber tenaga manusia dengan sebaik mungkin.

3. PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

(i) Inisiatif-Inisiatif Kualiti

Peri pentingnya semua ketua jabatan memberi sokongan dan menunjukkan komitmen yang tinggi tidak dapat dinafikan di dalam usaha kita untuk membangunkan sumber manusia di samping meningkatkan kualiti diri dan organisasi. Oleh itu, adalah perlu Ketua-Ketua Jabatan komited dan melibatkan diri secara aktif dalam meneruskan inisiatif-inisiatif kualiti yang telah dilaksanakan seperti:

- TQM

- Sistem kualiti berasaskan MS ISO 9000 dan MS ISO 14000

- Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK/OCC)

- Piagam pelanggan

- Manual prosedur kerja dan fail meja

- Business Process Reengineering

Usaha peningkatan kualiti merupakan proses berterusan untuk memupuk budaya kerja cemerlang dan kecemerlangan organisasi yang memberikan penekanan kepada:

- Menyediakan perkhidmatan yang berorientasikan pelanggan;

- Menambah baik sistem dan prosedur kerja;

- Mempertingkatkan semangat kerja berpasukan; dan

- Mempertingkatkan pembangunan sumber manusia.

Inisiatif kualiti baru:

- Balanced Score Card diperkenalkan di empat buah agensi dan akan diperkenalkan di empat buah agensi yang lain pada tahun akan datang.

- Investor in People Standard atau IPPs akan diperkenalkan pada tahun 2003 kelak.

Penubuhan KMK/QCC:

- Semua agensi yang besar perlu menubuhkan pasukan KMK atau QCC di setiap bahagian atau seksyen.

- Agensi yang kecil dan tidak mempunyai kakitangan yang ramai perlu menubuhkan sekurang-kurangnya satu kumpulan KMK

- Semua agensi diminta untuk menghantar kumpulan KMK masing-masing untuk turut terlibat dalam Konvensyen KMK tahunan

Sijil ISO 9000:

- Setakat ini, cuma sejumlah 56 buah agensi telah mendapat pensijilan ISO 9000 daripada 114 agensi, suatu keadaan yang tidak memuaskan.

- Kesemua ketua jabatan perlu mengambil langkah sewajarnya untuk berusaha mendapat pensijilan.

Pemantauan

- Pemantauan yang rapi dan penilaian akan dilaksanakan terhadap perlaksanaan inisiatif-inisiatif kualiti di semua agensi.

(ii) Program Induksi Tiga (3) Bulan

Mulai Ogos 2002, program induksi dilaksanakan selama 3 bulan.

- Dilaksanakan secara berterusan dan merangkumi tiga peringkat iaitu program induksi umum,

EDP / SDP / SSDP dan latihan wataniah yang setiap satunya dijalankan selama sebulan.

- Semua ketua jabatan diseru agar memberikan pelepasan kepada kakitangan dan pegawai yang telah terpilih untuk mengikuti kursus

(iii) HR Focal Point

Semua jabatan diseru agar menggunakan khidmat HR focal point yang telah dilantik serta mendapat latihan secara optimum.

- Mewujudkan struktur HRD bagi agensi-agensi yang besar.

Mengkaji tentang perlaksanaan peranan, tugas dan tanggungjawab HR focal point berbanding peranan, tugas dan tanggungjawab yang telah digariskan. Melalui usaha ini, diharapkan dan mengenalpasti jurang yang wujud serta mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya jurang ini.

Seterusnya, pelbagai inisiatif akan dilaksanakan bagi memastikan supaya HR focal point digunakan secara optimum di agensi masing-masing melalui strategi-strategi berikut:

- Menjelaskan skop tugas dan tanggungjawab pegawai dan kakitangan dengan menyediakan garis panduan bagi HR focal point melalui seminar dan bengkel.

- Melatih HR focal point supaya menguasai kompetensi berdasarkan Capability Model yang dibentuk.

- Menggalakkan HR focal point menubuhkan jawatankuasa latihan dan menganjurkan latihan dalaman di agensi masing-masing.

Usaha ini memerlukan sokongan dan komitmen daripada pemimpin dalam setiap lapisan dalam organisasi serta dari kakitangan organisasi.

- Pemimpin organisasi perlu menjadi pemangkin dan terlibat secara aktif dalam memastikan penggunaan optimum HR focal point dan bukan semata-mata memberi sokongan.

- Perubahan tidak akan berlaku tanpa adanya sense of urgency, komitmen, penglibatan dan sokongan aktif daripada pemimpin dan kakitangan daripada pelbagai lapisan dalam organisasi.

(iv) Kehadiran Pegawai Dalam Seminar, Kursus, Bengkel Dan Konvensyen.

Pada masa yang lepas, pegawai-pagawai yang telah terpilih tidak menghadiri konvensyen, seminar dan bengkel yang dibiayai oleh HRDQ sepenuh masa dan ini membawa implikasi yang negatif. Antaranya:

- Menunjukkan tiadanya disiplin, komitmen serta menunjukkan sikap pegawai yang tidak mengambil berat tentang usaha kerajaan dalam memupuk pembelajaran sepanjang hayat.

- Menyebabkan pembaziran.

Pemantauan yang rapi akan dibuat supaya mereka yang terlibat akan diambil tindakan disiplin dan akan dicatat dalam rekod perkhidmatan.

Bersambung pada keluaran akan datang

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998