Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Jambatan Batang Igan
Kejayaan Bersama Sektor Awam dan Swasta


YAB Ketua Menteri menandatangani plak perasmian pembukaan Jabatan Batang Igan

Pembinaan Jambatan Batang Igan dan jalan penghubung ke jambatan itu yang siap kira-kira 14 bulan lebih awal daripada jadual, adalah hasil daripada usaha bersama sektor awam dan swasta untuk memajukan negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Haji Abdul Taib Mahmud berkata, rumusan pembangunan baru yang diuji Kerajaan Negeri, yang terbukti berjaya dengan siapnya Jambatan Batang Igan, termasuk jalan penghubung ke jabatan itu.

Jelasnya, beliau menguji rumusan pembangunan itu kerana hasratnya untuk mempercepatkan rentak pembangunan di negeri ini. Jambatan pertama di Sibu itu dibina berdasarkan kerajaan membayar separuh dan sektor swasta menanggung separuh lagi kos pembinaannya.

Katanya, berdasarkan rumusan itu, beberapa kawasan telah dicadang untuk beberapa projek yang boleh dibiayai sendiri dalam tempoh 10 tahun, dan dikemukakan untuk penyertaan sektor swasta.

"Rumusan itu membabitkan kerajaan membayar setengah daripada kos projek, dan sektor swasta menanggung dan mendapatkan semula separuh lagi pelaburan daripada operasi projek itu kelak."

"Jambatan Batang Igan telah membuktikan bahawa pelaburan oleh sektor swasta telah menjana pembangunan lebih awal dan cepat berbanding apa yang kerajaan mampu," katanya ketika merasmikan Jambatan Batang Igan di Sibu, pada 18 September lalu.

Oleh itu, tambahnya, Kerajaan Negeri akan membenarkan sektor swasta untuk membiayai kos pembinaan lebih banyak jambatan dan jalan raya serta infrastruktur lain di negeri ini.

Katanya lagi, pembukaan jambatan itu adalah satu contoh sangat baik bagaimana sektor swasta telah menyokong kepada politik pembangunan yang diamalkan Kerajaan Sarawak.

Ketua Menteri juga percaya dengan siapnya jambatan tersebut, kawasan baru di tebing barat bandar ini dijangka akan dibuka dan dibangun, di samping membawa lebih banyak pembangunan ekonomi termasuk industri sokongan dan hartanah.

Jambatan itu akan menggantikan perkhidmatan feri di Sungai Bidut sekaligus dijangka dapat memainkan peranan sebagai pemangkin kepada pembangunan di bahagian tebing barat Sibu.

Jambatan itu dibina KTS Igan Bridge Sdn Bhd, sebuah syarikat konsesi dalam perjanjian antara Kerajaan Sarawak dan KTS. Perjanjian konsesi antara Kerajaan Sarawak dan KTS untuk membina jambatan Batang Igan dan jalan penghubung, ditandatangani di Sibu pada 31 Januari 2000.

Tempoh pembinaan yang sepatutnya ialah dari 10 Jun 2000 hingga 9 Disember 2003. Jambatan itu ialah 470 meter panjang dan lapan meter lebar dengan dua lorong satu laluan. Ia juga mempunyai laluan pejalan kaki selebar 1.5 meter di kedua-dua belah tepinya.

Tinggi (clearance height) jambatan itu di bahagian tengah ialah 15.25 meter dari paras laut (Mean Sea Level - MSL). Bamper konkrit dengan sokongan cerucuk melindungi empat tiang konkrit jambatan itu daripada impak kapal yang melaluinya.

Mercu Tanda ... Pemandangan indah Jambatan Batang Igan yang menjadi mercu tanda pembangunan Sibu

Jambatan ini juga dihubungkan dengan sebatang jalan yang mempunyai dua lorong sepanjang lapan kilometer dan 7.5 meter lebar, manakala bahunya selebar tiga meter yang disambungkan ke jalan sedia ada di Pengkalan Sungai Bidut.

Manakala di sebelah bandar Sibu, jalan penghubung bertemu di persimpangan Jalan Ding Lik Kong, yang turut menghubungkannya dengan Jalan Lapangan Terbang Sibu lama dan Persiaran Brooke.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998