Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Tingkatkan Jati Diri


Tan Sri Datuk Amar Dr George Chan Hong Nam mengetuai laungan 'merdeka'

Bangsa yang tidak mengetahui sejarah kemerdekaan negara sendiri dan hanya ghairah mencari kemajuan tanpa memikir semangat kemerdekaan akan menjadi bangsa yang lemah serta tidak mampu menghadapi cabaran.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Haji Abdul Taib Mahmud berkata, rakyat perlu meningkatkan jati diri serta penguasaan ilmu selain mengamalkan nilai-nilai positif daripada ilmu pengetahuan yang diperolehi, serentak dengan pelaksanaan pembangunan negeri ini.

Menurut beliau, penguasaan ilmu seperti bidang Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) berupaya membentuk masyarakat yang berpengetahuan, bijaksana dan bertanggungjawab terhadap nilai-nilai murni bangsa Malaysia seperti yang dikehendaki untuk memenuhi wawasan negara.

Katanya, selain rakyat, kakitangan perkhidmatan awam di negeri ini juga perlu memperlengkapkan diri mereka dengan kemahiran ICT demi menjamin keberkesanan perkhidmatan awam di negara ini.


"Kita (rakyat Malaysia) harus melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan seperti dalam bidang ilmu sains dan teknologi termasuk penggunaan ICT sebagai persiapan menghadapi golombang perubahan yang dibawa oleh arus globalisasi," kata Datuk Patinggi Taib.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-45 Peringkat Negeri Sarawak di Stadium Perpaduan Petra Jaya di sini. Teks ucapan beliau dibaca oleh Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr George Chan Hong Nam.

Menurut beliau, tema Hari Kemerdekaan tahun ini 'Keranamu Malaysia' telah memberi inspirasi, kekuatan, keyakinan dan ke-banggaan serta rasa cinta tidak berbelah bahagi kepada negara.

Katanya, tema itu juga menyedarkan rakyat betapa pentingnya perpaduan sebagai asas utama kekuatan dan ketahanan bangsa Malaysia yang merdeka.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin dan isteri Toh Puan Datin Patinggi Hajah Norkiah, serta Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar Alfred Jabu anak Numpang, semua menteri kabinet negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pegawai Kerajaan Persekutuan dan Negeri, pemimpin masyarakat dan rakyat jelata.

Sebanyak 74 kontinjen daripada pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun, sekolah dan sektor swasta turut serta dalam acara rapat raksasa tersebut membabitkan kira-kira 2,000 peserta.

Acara sambutan yang sederhana tetapi meriah itu dimulakan dengan nyanyian lagu Ibu Pertiwiku dan disusuli lagu Negaraku. Seterusnya pula laungan kemerdekaan sebanyak tujuh kali oleh Tan Sri Datuk Amar Dr George Chan Hong Nam dan upacara menaikkan Jalur Gemilang diadakan serentak.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998