|
Niah

Dengan kemudahan asas dan komersil yang membangun, Niah kini meningkat maju. |
Daerah kecil Niah mempunyai keluasan sejumlah 2,887.2 kilometer persegi dengan jumlah penduduk sebanyak 34,370 orang. Perjalanan menggunakan jalan darat dari Bandar Miri ke Daerah kecil Niah yang sejauh 122 km ini mengambil masa selama 2 jam. Dalam kawasan pentadbiran Daerah kecil Niah juga terletaknya Gua Niah, identiti bagi daerah ini dan juga tarikan khazanah alam semulajadi yang unik bagi Sarawak amnya dan Miri khususnya.
Pejabat Daerah Kecil Niah ini adalah di bawah pentadbiran pegawai tadbirnya
En Hai B. Merawin.
Setakat ini, 40 % kawasan dalam Daerah Kecil Niah menerima bekalan elektrik
dan 30% kawasan menerima bekalan air.
Daerah kecil Niah mempunyai 2 pekan utama iaitu Pekan Batu Niah, dengan rumah
kedai berderet berjumlah 150 pintu dan pekan asalnya, Pekan Sepupok, dengan
rumah kedai berderet berjumlah 20 buah pintu. Di sinilah kebanyakan penduduk
menjalankan aktiviti menjual hasil pertanian, berniaga dan pusat tumpuan penduduk
di pekan tersebut, sekiranya tidak pergi ke Bandar Miri.
Jaringan pengangkutan ke daerah kecil Niah ini menggunakan jalan darat dan jenis
pengangkutan untuk ke daerah kecil Niah ini ialah bas dan teksi.
Pembangunan prasarana pendidikan juga tidak ketinggalan di daerah kecil Niah
ini apabila setakat ini terdapat sejumlah 28 Sekolah Rendah dan sebuah Sekolah
Menengah. Terdapat 4 klinik desa yang memberikan perkhidmatan kesihatan di daerah
ini.
Antara kegiatan ekonomi utama di daerah kecil Niah ialah pertanian dengan menyumbang
sejumlah 55%, diikuti dengan buruh 25%. Manakala bagi pekerja mahir, sub-professional
dan professional dengan 10%, Perdagangan 8% dan Perikanan 2%.
Bagi kegiatan ekonomi pula, sektor pertanian menjanjikan masa depan cerah bagi
Daerah Kecil Niah terutamannya peladangan sawit yang mempunyai potensi besar
dengan keluasan keseluruhan setakat ini berjumlah 152,845.2 Ha. Antaranya ialah
peladangan sawit yang diusahakan secara besar-besaran mempunyai keluasan 147,845.2
Ha (77 buah estet di bawah pengurusan 24 buah perusahaan). Selain itu, tanaman
sawit juga diusahakan secara kecil-kecilan atau secara individu dengan keluasan
sebanyak 5,000 Ha.
Selain itu, tanaman padi juga ditanam dengan keluasan sejumlah 6,070 Ha bagi
Padi Paya dan 3,813.3 Ha bagi Padi Bukit. Tanaman Lada juga ditanam di sini
dengan keluasan 968.3 Ha. Tanaman seperti buah-buahan dan sayur-sayuran pula
adalah untuk kegunaan tempatan /domestik (Miri) dan juga bagi pasaran Brunei.
Kegiatan ekonomi lain yang terdapat di Daerah Kecil Niah ialah pembalakan, perusahaan
kuari (4 buah beroperasi sepenuh masa dan 2 lagi baru diluluskan), perkilangan
kayu, perkilangan sawit (6 buah memproses minyak kelapa sawit) dan ternakan
ruminan (lembu/kambing/ayam dan lain-lain), ternakan ikan air tawar dan nelayan.
Antara jabatan-jabatan kerajaan dan swasta di Niah ialah Pejabat Daerah Kecil
Niah, Jabatan Pertanian, Jabatan Perhutanan, Polis Jabatan Kerja Raya, Jabatan
Kesihatan, Jabatan Muzium, Jabatan Pendaftaran Negara, Perkhidmatan Pos Malaysia,
Majlis Daerah, Telekom dan Institut Penyelidikan Getah Malaysia Stesen Sebubuk.
Kawasan Daerah Kecil Niah ini maju di bawah kawasan Parlimen P.190 Bintulu dan
P.191 Miri dan Pilihanraya Dewan Undangan Negeri iaitu N.52 Kemena, N.53 Kidurong
dan N.55 Lambir.
Pembangunan jalan pesisir antara Miri Bintulu mampu merancakkan lagi pembangunan di Daerah Kecil Niah ini khasnya pelancongan. Selain itu, pembangunan lain ialah pembinaan jalan luar bandar dan pembinaan sekolah menengah yang baru. Tarikan pelancongan baru yang berpotensi ditonjolkan, ialah Kuala Niah, kawasan tumpuan tepi laut.
|