A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

  ISSN 1394-5726
 
Online Publisher:
 
Contents provided by:
 
 
Pengorbanan Untuk Kesejahteraan Semua

Apabila disebut sahaja pengorbanan, terlintas di fikiran kita tentang pengorbanan atau usaha dan tindakan yang dilakukan oleh golongan tertentu seperti pejuang kemerdekaan, anggota tentera, polis, bomba dan sebagainya yang sanggup bertindak menyelamatkan atau melindungi insan lain tanpa mempedulikan keselamatan diri dan mengharapkan sebarang balasan.

Persepsi itu benar dan tindakan terbabit adalah sebahagian daripada banyak elemen pengorbanan. Setiap dari kalangan kita kalau pun tidak ramai, sesekali pernah melakukan pengorbanan - untuk keluarga, masyarakat, negeri, negara dan agama dengan harapan tindakan yang kita lakukan itu akan memberi manfaat kepada insan lain. Sebagai manusia, kita mempunyai keupayaan untuk membuat keputusan yang membolehkan kita mengorbankan apa sahaja termasuk nyawa kita sendiri di dalam keadaan tertentu demi untuk mencapai sesuatu yang dianggap penting dan perlu.

Dalam konteks kehidupan bermasyarakat tidak dapat kita nafikan bahawa banyak pengorbanan yang telah dibuat oleh ramai anggota masyarakat kita yang telah banyak membantu menjadikan kehidupan kita kini lebih sejahtera.

Lihat sahaja pembangunan yang ada di sekeliling kita. Dengan pengorbanan yang merupakan kerja-kerja yang dijalankan tidak mengira masa, tempat dan penat lelah oleh semua pihak (perancang, pelaksana– kerajaan dan swasta - dan masyarakat) telah mengubah kualiti hidup kita. Cuba kita renung, 15 atau 20 tahun dahulu adakah keadaannya sama?

Bagi kita dalam Perkhidmatan Awam, pada asasnya setiap tugas yang diberikan kepada kita itu adalah tanggungjawab, namun sering kali dalam keadaan tertentu, kita dikehendaki melakukan pengorbanan di dalam usaha melaksanakan tanggungjawab itu dengan berkesan.

Apabila ditugaskan ke kawasan luar bandar misalnya, anggota Perkhidmatan Awam terlibat telah melakukan pengorbanan untuk Perkhidmatan Awam amnya dan masyarakat khasnya.

Ini kerana kesanggupan anggota Perkhidmatan Awam terbabit untuk berkhidmat di kawasan luar bandar adalah sumbangan bakti yang secara langsung membolehkan kerajaan menyalurkan pelbagai pembangunan yang diperlukan masyarakat kawasan terbabit. Ini kerana mereka ini adalah penghubung masyarakat dengan kerajaan.

Di samping itu anggota Perkhidmatan Awam kita harus kreatif, inovatif serta bersemangat bukan sahaja di dalam melaksanakan tugasnya malah merancang projek atau program pembangunan yang bersesuaian dengan kehendak penduduk setempat. Secara amnya anggota Perkhidmatan Awam kita bukan sahaja mesti berpengetahuan luas malah perlu juga tahu bagaimana menggunakan pengetahuan itu di dalam situasi yang berbeza-beza. Kita harus sentiasa ingat bahawa apa sahaja yang kita lakukan atau laksanakan itu adalah untuk manfaat dan kesejahteraan semua.

Bersambung di keluaran Oktober 2001

 
 
 
   Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda  

Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998