A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

  ISSN 1394-5726
 
Online Publisher:
 
Contents provided by:
 
 

Majlis Perbandaran Miri Anjur Perarakan Bandaraya Miri 2001

Perarakan Bandaraya Miri 2001

Perarakan Bandaraya Miri 2001 yang dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa Kemasyarakatan dan Pelancongan, Majlis Perbandaran Miri, merupakan satu usaha untuk merapatkan hubungan perpaduan dan harmonis antara pihak Majlis dan orang ramai.

Walaupun mempunyai tugas berat memastikan agar bandar Miri sentiasa dalam keadaan yang bersih dan teratur, Majlis Perbandaran masih mampu menganjurkan aktiviti yang dapat menarik minat orang ramai datang ke bandar itu.

Usaha ini selaras dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan Miri sebagai sebuah Bandaraya Peranginan menjelang tahun 2005.

Antara kereta berhias yang mengambil bahagian

Menurut sumber daripada Majlis Perbandaran Miri, Perarakan Bandaraya Miri 2001 pada 15 September lalu, mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila berjaya menarik penyertaan pelbagai agensi dan jabatan kerajaan, persatuan, kelab, NGO, syarikat swasta dan sekolah di sekitar bandar Miri.

Ia telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Amar Dr George Chan Hong Nam, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan dan Kemudahan Awam dan Menteri Pembangunan Perindustrian Sarawak, bertempat di Stadium Tertutup Miri.

Seramai 3,215 orang telah menyertai perarakan itu, yang melibatkan penyertaan 23 kontingen dalam pertandingan perarakan kebudayaan dan 16 kontingen lagi untuk pertandingan kereta berhias.

Turut serta dalam perarakan yang bertemakan ‘Colourful Miri’ ini ialah pasukan tarian naga, kumpulan tarian singa, pancaragam dan pasukan akrobatik dari Bintulu yang membawa Jalur Gemilang dan bendera negeri.

Kehadiran maskot Miri iaitu Kuda Laut, Mimi dan Riri, telah menyerikan lagi suasana pada hari perarakan.

 
 
 
   Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda  

Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998