Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Program MAKSAK Turun Padang di Kampung Danau dan SK Selanyau Sibuti, Miri

Bergambar sebelum memulakan Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan Antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
Program MAKSAK Turun Padang pada tahun ini pada 6 & 7 Ogos 2005 lalu adalah kali ketiga ianya dianjurkan. Kali pertama program ini dijalankan di Pulau Pinang diikuti pada tahun 2004 di Pahang dan kali ini di Kampung Danau dan Kampung Selanyau, Sibuti, Bekenu.

Beberapa program telah diatur antaranya senamrobik, sukaneka, menanam pokok hiasan, penyampaian bantuan kepada rakyat termiskin, penyampaian bantuan kepada pelajar cemerlang, gotong-royong membina rumah PPRT, pameran jabatan/agensi kerajaan dan hari Bertemu Pelanggan.

YBhg. Datu Wilson Baya Dandot, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri mewakili YB Datuk Amar Haji Abdul Aziz Dato Haji Husain, Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Yang DiPertua MAKSAK Sarawak, dalam ucapan alu-aluan beliau menyatakan bahawa program ang diilhamkan oleh YBhg Tan Sri Samsudin Osman, Ketua Setiausaha Negara merangkap Yang DiPertua MAKSAK Malaysia, adalah antara lainnya bertujuan untuk membolehkan agensi kerajaan menyampaikan perkhidmatan mereka dengan lebih efektif lagi terutama kepada penduduk kampung yang mungkin sukar untuk pergi mendapatkan perkhidmatan kerajaan di pekan atau bandar.

Sementara itu, YBhg. Tan Sri Samsudin Osman dalam ucapan perasmiannya menyatakan bahawa walaupun MAKSAK pada asasnya aktiviti-aktivitinya lebih tertumpu kepada kegiatan sukan dan riadah, namun kerajaan berharap MAKSAK turut dapat merancang aktiviti-aktiviti yang menjuruskan ahli-ahlinya mengambil berat akan keperluan masyarakat. Maka kerana itu, program MAKSAK Turun Padang sebegini telah dilaksanakan sejak tahun 2003.

Beliau seterusnya menambah bahawa dengan program sebegini sebenarnya dapat membolehkan ahli-ahli MAKSAK melihat secara lebih dekat keadaan, pembangunan dan kesan pembangunan di kampung-kampung dan input-input itu juga dapat digunakan untuk merancang pembangunan yang lebih baik yang berdasarkan keperluan masyarakat setempat dan dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna.

 
 
Program MAKSAK Turun Padang adalah satu usaha pembaharuan MAKSAK. Ia merupakan satu pendekatan akar umbi dan berpotensi untuk menangani masalah yang dihadapi oleh rakyat di samping dapat menghubungkan jurang di antara kakitangan awam dengan rakyat.

Program ini juga mengambil kira keperluan untuk menyatukan rakyat jelata tanpa mengira kaum, fahaman politik, agama dan keturunan di samping dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Matlamat utama program MAKSAK Turun Padang ini adalah untuk memantapkan konsep permuafakatan pintar dan perkongsian bijak dengan menjadikan gandingan kerjasama di antara MAKSAK dengan rakyat setempat.

Di samping itu, melalui program ini ianya juga secara tidak langsung berfungsi sebagai elemen mendidik dan memberikan kesedaran kepada rakyat supaya mempunyai imej yang positif terhadap MAKSAK dan khususnya kepada perkhidmatan awam.

YBhg.Puan Sri Suslita turut mencuba tarian tradisional masyarakat Iban,ketika mengadakan lawatan bersama ahli rombongan MAKSAK ke Rh.
Ampik,Bakam
YBhg Tan Sri Samsudin menyampaikan
sumbangan bantuan kepada pelajar
cemerlang SK Selanyau sambil
diperhatikan oleh YBhg.Datu Wilson
YBhg.Puan Sri Suslita bt Abdul Majid, bersama ahli rombangan MAKSAK yang lain diberi penerangan tentang
Pusat Rawatan Hemodialisis
Bulan Sabit Merah Miri
YB Datuk Patinggi Tan Sri George Chan Hong Nam,Timbalan Ketua
Menteri Sarawak,menyampaikan cenderahati kepada YBhg.Tan Sri
Samsudin Osman pada Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat
Jawatankuasa Perhubungan Antara Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri di Miri,sambil diperhatikan oleh YB Datuk Amar
Haji Abul Aziz bin Dato Haji Husain

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998