Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

Bebas Merdeka

Sudah hampir separuh abad negara kita mencapai kemerdekaan – bebas mentadbir mengurus serta merancang hala tuju hidup dan pembangunan diri kita sendiri. Itu adalah antara faktor yang menjadi dorongan kuat di kalangan pejuang-pejuang kemerdekaan suatu ketika dahulu iaitu mahu menikmati kebebasan dan memastikan generasi selepas mereka akan terus menikmati kebebasan serta kemerdekaan di samping dapat meneruskan kehidupan tanpa dibelenggu oleh sesiapa.

Sama ada sedar atau tidak,mengekalkan kebebasan dan kemerdekaaan serta mengisi kemerdekaan itu adalah tugas yang maha berat berbanding dengan usaha untuk mencapai kemerdekaan.

Ini kerana usaha pengisian kemerdekaan adalah perjuangan yang memerlukan usaha gigih dan ikhlas bukan sahaja di kalangan pemimpin kita malah daripada setiap individu yang mengaku dirinya sebagai warganegara Malaysia. Namun adakah kita benar-benar memahami akan erti kemerdekaan dan kebebasan?Adakah kita benar-benar bebas dan merdeka seperti yang diharap-harapkan? Adakah kita telah bebas dan merdeka pemikiran kita dan perlakuan kita? Dalam hal ini kita tidak boleh menepuk dada dan bertanyakan selera.Sebaliknya kita perlu mengetuk pintu minda kita dan menyelami kalbu kita untuk mendapatkan kepastian ini.


Mungkin selama ini kita berasakan kita telah bebas dan merdeka.Jika benar ini yang dirasakan,kiralah sebanyak mana sumbangan yang telah kita buat kepada pembangunan diri, keluarga,masyarakat,organisasi dan negara ini. Adakah selama ini kita telah bertindak positif dan responsif ke atas setiap usul pembangunan yang dikemukakan kepada kita atau adakah kita hanya menjadi pemerhati atau sekadar penumpang semata-mata malah mungkin menjadi pengkritik yang memusnahkan?

Atau adakah selama ini kita ada mengutarakan usul untuk menambah baik cara kita bekerja dan juga kualiti kehidupan diri, keluarga dan masyarakat kita?
Itu hanyalah sebilangan kecil daripada peranan dan tanggungjawab yang perlu kita laksanakan dalam sebuah negara bangsa yang merdeka.Bebas dan merdeka secara hakikatnya bukan bermaksud kita bebas untuk bertindak sewenang-wenangnya mengikut kehendak hati atau nafsu.

Bebas dan merdeka yang hakiki sebenarnya menjuruskan kita untuk menggunakan pertimbangan yang adil serta waras dalam setiap tindakan kita dan tidak dipengaruhi oleh anasir-anasir negatif. Menjadi individu yang bebas dan merdeka tidak sukar.Apa yang perlu kita miliki ialah jati diri yang utuh.Bagi kita warganegara Malaysia,jati diri itu dapat dibentuk dengan mudah sebagaimana yang telah digariskan di dalam Rukun Negara. Bagi kita dalam perkhidmatan awam,jati diri kita seharusnya lebih utuh lagi kerana selain kita perlu menantang penuh Rukun Negara,kita juga mesti bertindak atau berpelakuan sebagaimana yang telah digariskan dalam prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan.

Maka kerana itu adalah suatu yang tidak munasabah dan tidak seharusnya berlaku kepada perkhidmatan awam yang mana penjawatnya bertindak dengan tindakan yang mencemar imej organisasi ini seperti terlibat dalam kes-kes penyalahgunaan kuasa,menerima rasuah dan mengambil pinjaman kewangan daripada peminjam wang haram (Along)dan lain-lain lagi masalah disiplin.

Bagi kita penjawat awam,adalah penting kita membudayakan nilai-nilai murni dalam kehidupan kita bukan sahaja ketika melaksanakan tugas malah dalam kehidupan seharian kita. Ini penting kerana kita diamanahkan untuk merancang serta melaksanakan program atau projek pembangunan untuk masyarakat.Bukan setakat itu sahaja,kita juga dipertanggungjawabkan untuk mengurus segala sumber negeri dan negara sama ada dalam bentuk wang ringgit atau sumber-sumber aslinya.

Sebagai anggota penjawat awam,kita bukan sahaja harus berbangga di atas pemilihan kita sebagai mereka yang terpilih untuk menyertai organisasi yang sungguh besar dan hebat ini untuk berbakti kepada masyarakat malah sebenarnya kita harus berterima kasih kepada masyarakat kerana memberikan
kepercayaan kepada kita untuk merancang dan seterusnya melaksanakan program-program dan juga projek-projek pembangunan bagi manfaat semua pihak.

Oleh kerana kita adalah orang yang terpilih maka kita sebenarnya tidak mempunyai pilihan selain berkhidmat untuk masyarakat.Berperanan dan menjalankan tugas agar masyarakat dapat menikmati kemajuan serta menjalankan segala aktiviti kehidupan mereka dengan rasa aman serta selesa.

Sebagai orang pilihan ,masyarakat akan sentiasa memandang tinggi,hormat serta akan mengharapkan kita membantu mereka memudahkan urusan mereka.Bukan setakat itu sahaja,mereka akan menjadikan kita sebagai contoh dan juga sumber rujukan mereka.

Oleh yang demikian adalah amat wajar bagi kita memiliki jati diri yang utuh bagi mengelakkan kepercayaan masyarakat terhadap kita luntur.Ini kerana apabila masyarakat sudah tidak mempercayai kita lagi,maka besar kemungkinan kita tidak lagi relevan dan apabila kita sudah tidak lagi relevan,maka lambat laun akan berlakunya kepincangan dan kekacauan dalam pentadbiran negeri dan negara kita.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998