Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Daerah Matu Membangun Seiring Masa

Bangunan Dewan Suarah Matu yang turut menempatkan Pejabat Daerah Matu

Daerah Matu keseluruhannya mempunyai keluasan 911.86 kilometer persegi (km 2 ) iaitu Daerah Matu (667.28 km 2 ) dan Daerah kecil igan (244.58 km 2 ). Terletak dalam Bahagian Mukah, pusat pentadbirannya iaitu Pejabat Daerah Matu terletak kira-kira 90 km dari pusat pentadbiran Bahagian Mukah.

Pentadbiran Matu diketuai oleh seorang Pegawai Daerah manakala Pejabat Daerah Kecil Igan diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir Untuk ke Matu anda mempunyai pilihan sama ada untuk menggunakan jalan darat atau laluan sungai. Jika anda dari Sibu menggunakan jalan darat perjalanan akan mengambil masa lebih lapan (8) jam untuk sampai, manakala jika anda menaiki bot ekspres menggunakan laluan sungai perjalanan hanya mengambil masa kira-kira satu setengah jam (1 1/2 jam) sahaja.

Bagaimanapun sesampai di Daro anda perlu menyambung perjalanan anda selama kira-kira 40 minit lagi menggunakan jalan darat untuk sampai ke Matu, yang terletak kira-kira 25 km. Sebelum ada jalan raya, penduduk di sini menggunakan sungai sebagai medium utama perhubungan antara dua tempat ini, namun kini laluan sungai sudah tidak digunakan lagi kerana laluan sudah semakin cetek dan sempit.

Daerah Matu mempunyai penduduk kira-kira 13, 000 orang yang mana 80 peratus daripadanya adalah dari keturunan Melanau. Pekan ini terletak di tebing
sungai, dan merupakan satu-satunya pekan yang ada di kawasan ini, dan di sini jugalah ditempatkan pejabat-pejabat jabatan kerajaan. Daerah Matu juga terkenal dengan jolokan ‘Holland Sarawak’ ini kerana kebanyakan kawasannya akan ditengelami air atau dilanda banjir setiap kali musim tengkujuh.

Dan setiap kali keadaan ini berlaku ia akan berlarutan sehingga seminggu atau lebih. Bagaimanapun ‘alah bisa tegal biasa’, penduduk di sini sudah seakan-akan tidak hairan dengan keadaan ini sebaliknya setiap kali banjir melanda penduduk seolah-olah berpesta kerana kita akan melihat ramai orang,
khususnya kanak-kanak akan keluar bermain atau berenang beramai dalam suasana riuh rendah.

Hanya golongan warga emas sahaja yang kelihatan datang ke pasar ini



Ketika kita dalam perjalanan dari Daro ke Matu, kita akan dapat melihat dengan jelas di kiri kanan jalan berkenaan adalah kawasan paya yang sentiasa menakung air. Keadaan ini juga menyukarkan penduduk setempat untuk mejalankan kegiatan pertanian seperti berkebun dan berdusun, kecuali menanam padi paya yang sememangnya menjadi kegiatan utama penduduk di sini. Dari segi ekonomi, penduduk di sini melakukan pelbagai bentuk pekerjaan, selain bertani dan menjadi nelayan terdapat juga penduduk yang mengusahakan kegiatan seperti membuat tepung sago atau tepung lemantak

Tidak kurang juga yang berkerja di ladang kelapa sawit, yang usahakan oleh beberapa pihak seperti Ta Ann, FELCRA serta beberapa pihak lain.

Pembangunan secara keseluruhannya, Daerah Matu tidaklah ketinggalan berbanding kawasan lain yang juga terletak agak jauh di kawasan pedalaman. Walaupun pasarnya masih bertiang kayu tetapi kemudahan lain seperti pejabat kerajaan, sekolah, klinik serta kemudahan asas lain telah ada di sini.

Kelihatan agak lengang dan sepi

Malah kini kerajaan sedang melaksanakan beberapa projek di Daerah Matu ketika ini, antaranya ialah Mini Stadium Matu oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) yang bernilai kira-kira RM2.79 juta dan Kuarters bagi kediaman kakitangan awam di Matu sebanyak 12 unit semuanya yang bernilai kira-kira RM3 juta. Hasil daripada perbualan secara ringkas dengan penduduk sekitar, rata-rata mereka berterima kasih terhadap pembangunan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan di sini.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998