Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
NPMS Mampu Disesuaikan Mengikut Keperluan Agensi NPMS Mampu Disesuaikan Mengikut Keperluan Agensi

Pada setiap permulaan sesebuah rancangan Malaysia pastinya kita akan meletakan sasaran ke arah pencapaian pelaksanaan projek sebanyak 100 peratus, maka keperluan untuk mempunyai satu mekanisma yang mampu membantu memantau proses pelaksanaan projek dengan berkesan adalah satu kemestian.

Hasrat ini mengambarkan bahawa kita sedia untuk bekerja keras bagi mencapai sasaran kita itu, dan kejayaan itu nanti bukan sahaja memberikan kita imej sebagai pelaksana projek yang bagus tetapi juga membolehkan rakyat menikmati dengan lebih ‘segera’ faedah daripada pelaksanaan sesuatu projek itu.

Menyedari hasrat itulah Unit Pemantauan Pelaksanaan Projek Negeri (SIMU) telah membangunkan satu sistem yang berperanan membantu memantau
pelaksanaan projek di negeri ini sejak tahun 2001 lalu.

Manakala kini usaha untuk meningkatkan fungsi dan peranannya telah dilakukan secara berterusan oleh pihak SIMU bagi memastikan ia mampu menjadi satu mekanisma untuk memastikan projek berjalan dengan lancar.

Bagi perlaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) mulai tahun hadapan, sekali lagi sistem ini yang telah dipertingkatkan keupayaan akan digunakan bagi memantau pembangunan projek yang dilaksanakan dibawah rancangan itu. Baru-baru ini, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Haji
Abdul Aziz Dato Haji Husain mengumumkan bahawa semua projek pembangunan dalam RMK9 di Sarawak akan dipantau dengan menggunakan sistem baru yang lebih efisyen ini.

Menurut beliau, Sistem Pemantauan Projek Baru (NPMS) dinamakan sebagai Sarawak Monitor yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri ini adalah merupakan sistem yang pertama seumpamanya di negara ini.

“Kejayaan kita (Kerajaan Negeri) membangunkan sistem berkenaan baru-baru ini adalah atas nasihat serta galakan daripada YAB Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Dr Abdul Taib Mahmud.” “Insya Allah sistem baru ini yang akan menggantikan sistem pemantauan sekarang yang dikenali sebagai Sistem Pemantauan Projek, akan digunakan sepenuhnya untuk memantau semua projek pembangunan di bawah RMK9.”

“Latihan awal untuk para pengguna sistem ini telah pun dijalankan dan ia dijangka digunakan secara ‘live’ pada November 2005,” katanya ketika berucap Sempena Persidangan Residen, Timbalan Residen dan Pegawai Daerah Negeri Sarawak 2005, di Kuching pada Julai lalu.

NPMS ini adalah satu daripada aplikasi e-kerajaan yang dibangunkan bagi memantau serta memudahkan usaha menilai perkembangan sesuatu projek pembangunan atau program melalui inforstruktur SarawakNet. Pembangunan sistem ini adalah mengikut konsep ‘bawah ke atas’ (bottom-up), di mana penggunanya boleh terdiri daripada agensi pelaksana bagi projek berkenaan.

Dengan itu pihak agensi berkaitan boleh menentukan sendiri keperluan pemantauan mereka, baik di tapak projek, di peringkat pejabat cawangan, ibu pejabat atau kementerian.

 Membangunkan sebuah Sistem Pintar yang mampu memberikan laporan, carta, graf, gambar dan peta berdasarkan keperluan khusus agensi.

 Selain itu, sistem pemantau ini bukan sahaja mampu memantau dengan berkesan tetapi boleh membantu mengesan masalah dan memberikan maklumbalas serta petunjuk awal sekiranya terdapat sebarang masalah berkenaan perkembangan projek.

Sistem yang digunakan sebelum ini, iaitu Sistem Pemantauan Pelaksanaan Projek III (DPMS III) telah dilancarkan pada 21 November 2001 bertujuan untuk memantau pelaksanaan projek dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8) yang lalu.
 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998