Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Sudahkah Anda Menamakan Pewaris Simpanan KWSP Anda?


Bangunan KWSP, Kuching
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menasihatkan orang ramai segera menamakan pewaris bagi wang simpanan mereka untuk mengelakkan sebarang masalah kelak.

Jangan biarkan keluarga terumbang ambing disebabkan kecuaian dan kelekaan kita pada hal kita mampu memberi keselesaan hanya dengan menamakan mereka sebagai waris bagi simpanan KWSP.

Itulah mesej yang ingin disampaikan KWSP kepada 70 peratus daripada 10.3 juta ahlinya yang masih gagal membuat penamaan untuk wang simpanan KWSP mereka di seluruh negara.

Ini kerana tanpa mereka sedari, waris yang sepatutnya boleh menuntut wang simpanan KWSP ahli bakal berhadapan dengan masalah setelah berlaku kematian sedangkan ruang penama dalam rekod ahli masih kosong.

Perangkaan terbaru keluaran KWSP mendapati hanya 30 peratus daripada 10 juta atau 3.02 juta ahli badan berkenaan sudah membuat penamaan, manakala selebihnya masih memandang remeh langkah berkenaan.

Peratus yang rendah ini amat membimbangkan kerana ia akan memberikan masalah kepada waris yang tinggal untuk menuntut wang simpanan mereka.

Walaupun usaha agresif sepanjang 2001 dan 2002 dijalankan untuk mempromosikan kempen penamaan waris melalui iklan di stesen radio, televisyen dan surat khabar, namun sambutan orang ramai masih tidak banyak berubah.

Pelbagai usaha telah dilakukan bagi memudahkan orang ramai membuat penamaan. Antaranya KWSP sendiri pergi menemui orang ramai dengan membuka kaunter di premis majikan.

KWSP boleh menemui 100 hingga 200 orang dalam sehari bagi tujuan berkenaan. Bagaimanapun, langkah ini juga masih kurang mendapat sambutan disebabkan sikap orang ramai yang memandang remeh perkara ini.

Namun kini, sudah tiba masanya ahli mengambil serius mengenai tanggungjawab menamakan waris mereka. Kempen kesedaran yang dilaksanakan KWSP tidak akan membuahkan hasil tanpa sokongan dan kesedaran ahli memandangkan hukum alam memerlukan dua tangan bertepuk untuk meng-hasilkan bunyi.

Apa yang dilakukan oleh KWSP adalah demi kepentingan ahli dan waris mereka tetapi jika KWSP saja yang bersungguh sementara ahli tetap dengan sikap tidak ambil kisah ia tidak akan jadi juga.

Ini kerana, hak menentukan pewaris bergantung sepenuhnya kepada ahli dan mereka adalah pihak yang wajar bertanggungjawab jika berlaku kesulitan di kemudian hari.

Walaupun kini setelah pelbagai usaha dilakukan jumlah ahli yang membuat penamaan meningkat daripada 2.6 juta kepada 3.2 juta tahun lalu (2002), jumlah itu masih rendah. Ini menunjukkan orang ramai masih tidak kisah kepentingan meletakkan nama waris terhadap simpanan mereka.

Masalah kurang kesedaran seharusnya tidak timbul kerana pihak KWSP sudah membuat pelbagai usaha untuk menyebarkan perkara ini. Malangnya ramai yang memandang remeh serta mengambil ringan kerana merasakan ia tidak penting.

Kemungkinan besar mereka tidak terfikir mengenai musibah yang boleh menimpa mereka pada bila-bila masa misalnya, kematian. Akibatnya waris seperti isteri, anak, ibu atau bapa terpaksa menghadapi masalah untuk membuat tuntutan ke atas wang berkenaan.

Sebelum ini pernah timbul cadangan daripada supaya KWSP mewajibkan pencarum menamakan suami atau isteri masing-masing sebagai penama pertama, dan anak-anak sebagai penama kedua.

Alasannya, ini adalah bagi memastikan suami atau isteri pencarum yang meninggal dunia berhak menerima simpanan KWSP pasangan masing-masing.

Namun untuk menentukan siapakah waris yang berhak bukan bidang kuasa KWSP, sebaliknya terpulang kepada ahli untuk menetapkannya.

Bagi ahli beragama Islam, wang simpanan KWSP perlu dibahagikan mengikut hukum faraid dan penama hanya sebagai wasi atau pentadbir.

Bagi ahli bukan Islam, pembahagian simpanan bergantung kepada penama dan mereka disarankan supaya menamakan waris terdekat seperti isteri dan anak bagi yang sudah berkahwin atau ibu bapa bagi yang masih bujang.

Dalam soal penamaan waris tiga perkara ditekankan iaitu ahli mesti membuat penamaan, mengemaskini penamaan dan memastikan penama adalah waris yang benar-benar berhak.

Usaha menyedarkan ahli mengenai pentingnya menamakan waris KWSP mula dilaksanakan pada 2001 melalui kempen dan pendekatan media bagi menyebarkan maklumat.

Matlamat KWSP ialah memastikan kesemua pencarum menjalankan tanggungjawab mereka menamakan waris yang berhak bagi memudahkan proses tuntutan jika berlaku kematian.

Tidak dinafikan semua hendak hidup lebih daripada 55 tahun tetapi ajal maut adalah ketentuan Tuhan. Oleh itu pandangan kita perlu menjangkau masa demi kepentingan keluarga.

Berkenaan waris yang benar-benar berhak, ahli perlu memastikan waris terdekat yang menjadi tanggungan dinamakan sebagai waris simpanan KWSP.

Sehingga Disember 2002, statistik KWSP menunjukkan bilangan ahli yang membuat penamaan ialah 3,024,940 juta berbanding 2,624,599 juta pada 2001.

Sebelum kempen kesedaran dijalankan, KWSP menerima purata 15,000 hingga 18,000 borang penamaan sebulan.

Selepas kempen dilaksanakan, KWSP menerima purata 37,000 borang penamaan sebulan dan peningkatan ini menunjukkan bahawa ahli sudah mula sedar kepentingan membuat penamaan ke atas simpanan mereka.

Alasan sibuk tidak boleh diterima kerana proses penamaan ini amat mudah dan tidak sampai sehari pun. Ahli hanya perlu pergi ke mana-mana cawangan dan mengisi borang KWSP 4 serta mengisi butir yang dikehendaki seperti nama ahli, nombor kad pengenalan, nombor ahli, nama orang yang ingin diwariskan.

Semua butir ini akan dimasukkan ke dalam fail ahli. Penamaan waris boleh dibuat lebih daripada seorang tetapi sebaiknya pastikan mereka yang benar-benar berhak saja boleh membuat tuntutan misalnya suami atau isteri, anak serta ibu bapa.

Janganlah letak nama mereka yang tidak berkaitan dengan anda mahupun keluarga walaupun tiada sekatan dibuat untuk tujuan ini.

Perubahan terhadap penama juga boleh dibuat pada bila-bila masa mengikut kesesuaian dan perubahan bilangan ahli keluarga. Misalnya, mereka yang bujang boleh mengemaskinikan dengan menambah penama kepada pasangan selepas berkahwin.

Kemas kini juga penting kerana selepas beberapa tahun, mungkin ada perubahan bilangan dalam keluarga misalnya suami atau isteri yang sudah meninggal boleh diubah kepada nama anak atau keluarga lain.

Apa yang penting orang ramai perlu buat penamaan, kemas kini dan pastikan penama terdiri daripada mereka yang berhak saja. Jika sayangkan keluarga anda, buatlah penamaan segera sebelum terlewat.
 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998