Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Cawangan Kuching

Memenuhi kehendak pelanggan berteraskan pengurusan terkini.…

Akauntan Negara merupakan akauntan utama bagi Kerajaan Persekutuan dan Ketua Bahagian Akaun Perbendaharaan Persekutuan dengan mempunyai kuasa dalam perkara-perkara mengenai tatacara perakaunan.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Kuching merupakan salah satu dari 25 cawangan Jabatan Akauntan Negara seluruh Malaysia yang ditubuhkan pada 15 Julai 1973.

Ia dipertanggungjawabkan untuk menjalankan aktiviti perkhidmatan operasi cawangan yang menguruskan penerimaan atau pungutan hasil dan pembayaran perbelanjaan kerajaan persekutuan di Bahagian Kuching dan Samarahan dengan kakitangan seramai 95 orang.

Sehingga kini terdapat 208 jabatan persekutuan yang mendapat perkhidmatan dari JANM Cawangan Kuching iaitu merangkumi semua jabatan persekutuan di Bahagian Kuching dan Samarahan.

Selaras dengan piagam pelanggan JANM, di antara perkhidmatan yang diberikan adalah seperti membuat pembayaran bagi perbelanjaan dari semua jabatan persekutuan dan Pusat-Pusat Tanggungjawab (PTJ) lain; membuat pembayaran gaji bagi semua anggota perkhidmatan awam di bawah jabatan persekutuan Bahagian Kuching dan Samarahan; dan memberi nasihat dan panduan mengenai aturcara pembayaran, penerimaan dan pengakaunan kepada semua jabatan persekutuan melalui kursus dan taklimat.

Kawalan Elektronik

Sistem Perancangan dan
Kawalan Bajet Elektronik (eSPKB) jabatan telah dibangunkan untuk memenuhi keperluan kawalan kewangan serta keperluan maklumat kewangan projek-projek perintis EG terutama ePerolehan.

Ia membantu dalam proses kawalan bajet, memantau perbelanjaan PTJ dan memper-cepatkan proses penyediaan dokumen kewangan. Dengan adanya pengantaramukaan Sistem eSPKB dengan Sistem Perakunan Cawangan (Branch Accounting System [BAS]), urusan bayaran perbelanjaan dapat dipercepatkan.
Pengantaramukaan antara projek perintis EG, BAS, Pemindaan Dana Secara Elektronik (Electronic Fund Transfer [EFT]) iaitu bayaran terus dikreditkan ke bank dan Sistem Makluman Bayaran (eMaklum) dengan eSPKB akan melengkapkan proses online di antara jabatan, pejabat perakaunan, pembekal dan bank dalam merealisasikan paperless government.

Selaras dengan objektif JANM yang mengutamakan perkhidmatan pelanggan yang efisyen dan selesa kepada pelanggan, JANM kini telah berkembang di mana terdapat 7 lagi cawangan di Sarawak iaitu di Sri Aman, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu, Miri, dan Limbang yang menjalankan fungsi yang sama seperti JANM Cawangan Kuching.

Ini bermakna semua anggota kerajaan dan orang awam akan mendapat perkhidmatan yang sama di semua bahagian di Sarawak.

Perkhidmatan Kaunter Bayaran Kakitangan bahagian Gaji JANM,
Cawangan Kuching sedang berurusan dengan pelanggan

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998