Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Peruntukan RM25 juta Bagi Pembangunan Lanskap Di Sarawak

Taman Permainan adalah antara projek lanskap yang dibangunkan

Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM25 juta bagi pelbagai projek lanskap dan seni taman di negeri ini bagi tahun ini. Ia adalah bagi mencapai pembangunan lanskap yang menyeluruh dan peningkatan kualiti hidup di negeri ini, Menteri Muda Alam Sekitar dan Industri Makanan, YB Datuk David Teng Lung Chi menyatakan demikian sewaktu merasmikan Hari Lanskap Kebangsaan Peringkat Negeri Di Sarikei pada 8 Ogos 2003.

Beliau yang mewakili Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam, YB Datuk Willian Mawan juga berkata peruntukan tersebut melibatkan peruntukan daripada kerajaan persekutuan (RM11 juta) dan kerajaan negeri (RM 14 juta) bagi projek berkaitan lanskap. Antara projek tersebut, tambah beliau lagi ialah bagi Pembangunan Taman dan Kemudahan Awam, Pembangunan lanskap di setiap Majlis Tempatan, Kempen Penanaman Pokok dan Kerja Penyelenggaraan Projek Lanskap.


Bantuan tersebut, menurut beliau, adalah bagi membolehkan negeri ini membangunkan lebih banyak taman rekreasi awam dan kemudahan awam. Majlis Daerah juga diseru supaya sentiasa memastikan pembangunan lanskap di kawasan masing-masing.

Pembangunan lanskap adalah penting bagi mewujudkan suasana yang kondusif dan dalam masa yang sama keutamaan seharusnya diberikan kepada kualiti alam sekitar bagi mengimbangi pembangunan fizikal. Pembangunan lanskap, tambah beliau lagi adalah satu keperluan bagi pemuliharaan persekitaran untuk kehidupan moden yang lebih selesa.

Bagi mencapai tujuan tersebut, tanggungjawab tidak harus diletakkan di bahu pihak berkuasa tempatan sahaja, malah beliau menyeru agar agensi kerajaan, sektor swasta malah masyarakat sekitar memberikan sokongan sepenuhnya dalam usaha ini. Ia boleh dimulakan di tempat atau kediaman masing-masing dengan memastikan keadaan keindahan dan kebersihan diberi perhatian.

Menurut beliau lagi, Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam telah memainkan peranan penting dalam memberikan imej yang baik kepada negeri Sarawak dalam pelbagai aspek seperti lanskap, kemudahan awam, pembangunan infrastruktur dan sebagainya. Majlis tempatan serta kerjasama daripada masyarakat dilihat sebagai perintis kepada usaha ini. Sambutan Hari Lanskap ini juga adalah sebahagian daripada pengiktirafan dalam mengubah negeri Sarawak sebagai Negeri Taman.

Beliau turut melahirkan harapan agar program menanam pokok dalam usaha menghijaukan alam sekitar diteruskan bagi mencapai sasaran negeri tahun ini iaitu 70,000 pokok . Ia bagi melengkapkan usaha dan memenuhi sasaran negara mencapai tanaman pokok sebanyak 270,000 di seluruh negara.

Melalui dua pertandingan utama iaitu Pertandingan Lanskap dan Pertandingan Bersih dan Indah Antara Majlis Daerah yang diadakan sempena Hari Lanskap Kebangsaan ini diharap dapat mewujudkan kesedaran di kalangan organisasi yang bertanding, tambah beliau.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998