|
|
Perdana
Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dianugerahkan pingat kebesaran negeri
Sarawak, Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Sarawak iaitu Darjah Satria
Bintang Sarawak (S.B.S), pada satu majlis yang diadakan di Dewan Suarah
Miri pada 25 Julai lalu. |
|
Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad
menegaskan, formula perpaduan kaum yang diasaskan oleh Almarhum Tunku Abdul
Rahman perlu diteruskan oleh kepemimpinan akan datang, sama ada pada peringkat
Pusat atau Negeri. |
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi dianugerahkan pingat kebesaran negeri Darjah Utama Yang
Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, iaitu Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (D.P)
yang membawa gelaran Datuk Patinggi.
Jabatan dan agensi kerajaan perlu memberi perhatian dan menyelesaikan setiap aduan
yang dibuat oleh rakyat terhadap perkhidmatan mereka, kata Datuk Patinggi Abdullah
Ahmad Badawi.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Patinggi
Abdullah Ahmad Badawi berkata, langkah lebih berkesan perlu dilaksanakan dengan
serta merta untuk membendung gejala rasuah, terutama dalam sektor perkhidmatan
awam.
|