Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Ekstrak Ucapan YB Datuk Amar Haji Abdul Aziz Bin Haji Husain Setiausaha Kerajaan Sarawak Sempena Hari Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Sarawak 2003
9 Ogos 2003 Di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, Kuching


Cabaran Penjawat Awam

Sebagai nadi kerajaan untuk mewujudkan perkhidmatan awam yang berpandangan jauh khususnya dalam usaha merealisasikan Wawasan 2020, penjawat awam Negeri Sarawak bukan sahaja perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang masing-masing, tetapi juga dalam penggunaan sains dan teknologi terutama sekali ICT.

Satu daripada matlamat Wawasan 2020 ialah pencapaian ekonomi yang berdasarkan ilmu (knowledge-based economy). Ini hanya akan dapat dicapai jika perkhidmatan awam kita yang menjadi pemangkin perubahan dan transformasi masyarakat boleh bertukar corak (transform) kepada perkhidmatan awam yang berasaskan ilmu (knowledge based civil service) terlebih dahulu. Evolusi kepada knowledge based civil service ini sudah tentu memerlukan pengorbanan besar dari semua pihak.

Pengorbanan ini bukannya seperti yang dihadapi dalam suasana peperangan atau konflik sebagaimana di Palestin atau Iraq. Namun ia lebih merujuk kepada perubahan nilai-nilai kendiri seorang penjawat awam. Kesanggupan untuk berubah atau melakukan perkara baru yang berkemungkinan mempunyai risiko merupakan pengorbanan bagi seorang penjawat awam.

Peranan

Ke arah pencapaian Wawasan 2020, setiap penjawat awam perlu sedar dan prihatin terhadap peranan serta tugas masing-masing. Kesedaran dan keprihatinan ini bukan hanya di kalangan mereka yang terlibat dalam bidang pengurusan malah ia juga perlu diterapkan dengan mendalam di kalangan kumpulan sokongan. Dengan kata lain semua warga perkhidmatan awam perlu terlibat dan memainkan peranan masing-masing.
Di dalam mana-mana organisasi, hampir semua kakitangan mempunyai niat yang jujur dan ikhlas. Mungkin ada beberapa orang yang jahat (bad apples), tetapi itu tidak menjadi masalah yang besar. Mereka boleh diambil tindakan disiplin misalnya dikeluarkan dari organisasi tersebut. Masalah yang utama ialah kebanyakan pegawai tidak mengerti
apakah integriti itu dan apakah yang mereka harus lakukan supaya mereka dapat menggunakannya di dalam menjalankan pekerjaan mereka.

Penguasaan integriti boleh dirumuskan kepada tiga perkara: Pertama: kejujuran dengan diri sendiri; kedua: kejujuran dengan orang lain dan ketiga menunaikan semua perkara yang telah dijanjikan. (The mastery of integrity boils down to three things: being authentic with yourself, being authentic with others and doing the things you have said you would do).

Kalau kita dapat berbuat demikian, insyaAllah kita akan dapat hidup dengan integriti yang tertinggi: iaitu kita akan dapat mengekalkan maruah kita sendiri dan maruah itu tidak boleh dijual beli. Dengan mengetahui diri kita sendiri sepenuhnya, kita tidak akan terjerumus ke lembah hina yang sebenarnya merupakan penipuan kepada diri kita sendiri (self deception).

Pertanyaan pertama ialah sama ada kita betul-betul jujur dengan diri kita sendiri. Atau apakah kita tidak berintegriti dengan diri sendiri? Adakah kita betul-betul senang dengan perjalanan hidup yang kita lalui sekarang? Kebanyakan kita telah belajar dari kecil lagi untuk tidak mengendahkan perasaan sanubari kita. Banyak kali bila berhadapan dengan masalah integriti, hati kecil kita berkata “jangan buat, itu salah”. Tetapi kita tidak menghiraukannya dan kita buat juga kerana tidak dapat melawan nafsu dan ego kita.

Soalan kedua ialah adakah kita betul-betul jujur dengan orang lain? Di sini kita perlu bertanya sama ada kita menghadapi masalah perhubungan dengan orang di sekeliling kita. Apakah pembohongan yang telah kita buat dalam hidup kita? Kalau kita dapati kita telah berbohong, langkah pertama ialah kita mesti mengakui sendiri ketidakjujuran tersebut. Langkah kedua ialah untuk berterus terang dengan orang yang terlibat. Ini tidak memakan masa yang lama, mungkin 10 saat sudah cukup, tetapi yang menjadi penghalang ialah perasaan takut, takut kena marah, takut akan dikenakan hukuman dan takut orang tersebut akan hilang kepercayaan kepada kita. Mungkin sekali dua, itu akan berlaku, tetapi dalam kebanyakan kes, pendengar kita akan berterima kasih dan kepercayaannya kepada kita akan meningkat kerana kerelaan kita berterus terang dan bercakap benar.

…Soalan ketiga, adakah kita melakukan perkara yang kita kata kita akan buat? Bila kita berhadapan dengan sesuatu masalah, kita perlu bertanya “Adakah kita telah mungkir janji?”. Kerap kali, janji itu kecil, dan jika tidak ditepati, tidak mempunyai apa-apa kesan. Tetapi soal integriti bukan soal kecil atau besar. Perkara yang kecil boleh mengakibatkan kerosakan yang besar. Hanya satu tindakan sahaja yang patut dibuat bila janji telah dimungkiri. Mengaku dan berhadapan dengan orang yang kita mungkiri dan berterus terang kepadanya. Mungkin orang tersebut akan mengambil tindakan, mungkin kepadanya ia tidak penting. Apa yang penting ialah kita telah berlaku jujur dan tidak cuba memberi alasan, tidak cuba menyalahkan orang lain, tidak cuba berjanji kosong dan sebagainya. Bagi penjawat awam kita perlu menunaikan janji yang kita buat, baik ia ikrar yang kita lafaz, atau perjanjian yang dibuat dalam Sukatan Kerja Tahunan atau pun menghantar laporan pada masa yang ditetapkan. Janji seperti ini tidak harus dibuat di mulut sahaja tetapi dibuat dan ditunaikan. Banyak masalah projek-projek pembangunan akan dapat diatasi jika semua yang terlibat di dalam pelaksanaannya dapat menepati janji-janji yang telah dibuat.

Di samping itu, kita perlu berhadapan dengan satu soalan yang lebih penting; Adakah kita benar-benar komited sepenuhnya untuk pembangunan diri dan pada masa yang sama komited juga kepada kejayaan organisasi kita? Keseimbangan di antara dua komitmen yang mungkin bercanggah ini perlu dijaga dan kerana kalau ianya tidak seimbang, ia juga boleh membawa masalah kepada kita.

Hala Tuju Perkhidmatan Awam Negeri

Kita sebagai warga perkhidmatan awam negeri Sarawak patut berasa bangga dengan pencapaian yang telah kita perolehi pada masa kini. Dengan integrasi sosial yang rapat, budaya kerja yang dinamik dan berdaya saing, sudah tentu kita dapat mengorak langkah dengan yakin dalam mencapai status negeri maju.

Selain itu, hubungan rapat penjawat awam dengan political master turut memainkan peranan yang penting bagi memastikan Kerajaan Negeri dapat mencapai sasaran yang dikehendaki dalam aspek kemajuan dan pembangunan. Wakil rakyat yang telah dipilih melalui proses demokrasi bertanggungjawab kepada rakyat dan penjawat awam perlu sensitif di atas saranan dan kehendak mereka untuk menjaga kepentingan rakyat.

Penjawat awam negeri perlu bekerjasama dengan wakil rakyat terutama sekali di dalam proses pembangunan di kawasan mereka.

Dalam usaha mencapai hala tuju ini, kita amat menghargai kepimpinan dan tunjuk ajar Y.A.B. Datuk Patinggi Ketua Menteri dan Jemaah Menteri Negeri, dan bersama-sama dengan mereka, kita akan mewujudkan perkhidmatan awam negeri yang disegani dan setanding dengan mana-mana perkhidmatan awam di negara lain.”
 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998