Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Segera Hapus Rasuah: TPM
Keadaan Dalam Perkhidmatan Awam Membimbangkan


Berikrar memberikan perkhidmatan
yang terbaik
Timbalan Perdana Menteri Datuk Patinggi Abdullah Ahmad Badawi berkata, langkah lebih berkesan perlu dilaksanakan dengan serta merta untuk membendung gejala rasuah, terutama dalam sektor perkhidmatan awam.

Beliau berkata, dari tahun 1998 hingga akhir tahun lalu (2002), seramai 1,342 orang ditangkap kerana terbabit dengan pelbagai kesalahan rasuah.

“Lebih separuh dari-padanya adalah kakitangan awam dan saya bimbang dengan ke-adaan ini,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Jawatan-kuasa Keutuhan Pen-gurusan (JKP) 2003 di Kuching baru-baru ini.

Katanya, jika gejala itu tidak diatasi segera, ia boleh menjejaskan kewibawaan negara dan mempengaruhi syarikat asing untuk tidak melabur di negara ini. Malah, tanggapan rakyat terhadap rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan penjawat awam turut pada tahap serius.

Turut hadir, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abdul Taib Mahmud; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman, Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Zulkifli Mat Noor dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Haji Abdul Aziz Haji Husain.

JKP 2003 yang bertemakan “Pemantapan Integriti Tanggung-jawab Bersama” itu dihadiri 560 peserta mewakili pelbagai agensi kerajaan peringkat Persekutuan dan Negeri dari seluruh negara.

Sebanyak 12 kertas kerja dibentangkan dalam konvensyen dua hari itu yang dianjurkan oleh Urus Setia Penyelaras JKP dan Kerajaan Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, adalah penting bagi kakitangan awam untuk mengubah corak pemikiran supaya menjadi lebih amanah, bertanggungjawab, tidak melakukan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan menerima rasuah.

“Kakitangan awam yang mempunyai pemikiran dan mengamalkan nilai yang baik serta berdisiplin tinggi mampu menolak godaan untuk menerima rasuah. Ini kerana usaha untuk mengatasi perbuatan negatif berkenaan tidak akan berjaya melalui penguatkuasaan undang-undang saja,” katanya.

Beliau berkata, berlakunya gejala negatif berkenaan adalah tanda kewujudan kecacatan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam.

“Sekiranya sesuatu perkhid-matan mengambil masa terlalu lama, orang ramai mungkin terjebak untuk melakukan rasuah bagi mendapat perkhidmatan yang diperlukan. Jika agensi kerajaan meningkatkan ketelusan dan mesra pelanggan, gejala rasuah dapat dibendung,” katanya.

Jelasnya, usaha kerajaan bagi mengurangkan gejala rasuah turut membuahkan hasil apabila sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa, Transparency International menyenaraikan Malaysia di tangga ke-33 antara 141 negara dalam indeks persepsi rasuah bagi tahun lalu.

“Ini adalah satu peningkatan tahap tanggapan ahli perniagaan, penganalisis politik dan orang awam dari negara luar terhadap rasuah di Malaysia, berbanding pada tahun 1995 yang mana Malaysia berada pada tangga ke-23 antara 41 negara,” katanya.

Beliau juga berkata, tanggapan rakyat terhadap rasuah dan penyalahgunaan kuasa turut boleh mempengaruhi pelabur asing dan jika ini berlaku ia akan menyebabkan imej kerajaan akan dipandang rendah dan mungkin mereka tidak mahu berurus niaga di negara ini.
 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998