Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
PM Mahu Formula Perpaduan Tunku Diteruskan

YAB Perdana Menteri melakukan acara simbolik menandakan perasmian Bangunan Terminal Baru Lapangan Terbang Miri sambil disaksikan oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri Dr Haji Abdul Taib Mahmud dan YB Datuk Chan Kong Choy

Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad menegaskan, formula perpaduan kaum yang diasaskan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman perlu diteruskan oleh kepemimpinan akan datang, sama ada pada peringkat Pusat atau Negeri.

Perdana Menteri berkata, kemajuan dan kemakmuran yang dinikmati rakyat pelbagai kaum di negara ini sekarang adalah bukti jelas kejayaan formula yang diperkenalkan oleh Tunku 40 tahun lalu.

“Sesiapa yang bakal menjadi Perdana Menteri atau Ketua Menteri tidak mengapa tetapi formula yang baik ini hendaklah dikekalkan supaya kita dapat terus menerima nikmat daripada pendekatan yang baik dan berkesan ini.”

“Tunkulah yang mencipta kerjasama antara kaum di Malaysia dan hasilnya kita dapat lihat sekarang ini. Saya yakin pasti Almarhum berpuas hati atas usaha yang diperkenalkannya ini,” katanya ketika merasmikan terminal baru Lapangan Terbang Miri, pada 25 Julai lalu.

Lapangan terbang berharga RM210 juta itu, yang mula beroperasi sepenuhnya awal bulan Julai lalu, mampu mengendalikan lebih ramai penumpang berikutan penggunaan pesawat lebih besar termasuk Airbus.

Terminal baru seluas 16,000 meter persegi itu turut mempunyai landasan sepanjang 2,745m yang mampu menerima pendaratan pesawat B747 yang membuat pendaratan pertama di lapangan terbang berkenaan.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Datuk Amar Puan Sri Dr Hajah Laila Taib, Menteri Pengangkutan, Datuk Chan Kong Choy serta isteri, timbalan-timbalan ketua menteri dan jemaah Kabinet Negeri.

Dr Mahathir berkata, sikap rakyat yang bertanggungjawab juga amat diperlukan dan penting dalam membawa kemakmuran kepada negara.
YAB Perdana Menteri meluangkan masa meninjau Bangunan Terminal Baru lapangan Terbang Miri



“Rakyat, pekerja, kesatuan sekerja, syarikat, kakitangan kerajaan, polis dan tentera di negara ini, semua mempunyai sikap tanggungjawab yang tinggi terhadap negara,” katanya.

Beliau memberikan contoh, misalnya kesatuan sekerja di negara kita yang tidak mengambil tindakan seperti mengadakan mogok atau rusuhan dalam usaha menuntut hak mereka. Keadaan aman ini menggalakkan pelaburan dan banyak syarikat membuka perusahaan dan perdagangan mereka di negara ini.

“Dari keuntungan syarikat, kita kutip 28 peratus cukai dan ini kita gunakan untuk memakmurkan negara termasuk membina lapangan terbang dan membantu rakyat yang kurang upaya serta daif.”

“Oleh itu janganlah dengki dengan orang yang kaya kerana mereka memberi sumbangan kepada usaha membangunkan negara termasuk membuka perusahaan yang memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat terutama golongan miskin untuk mencari rezeki,” katanya.

Mengenai kemajuan Sarawak yang disifatkan oleh Perdana Menteri sebagai antara negeri terkaya di Malaysia, beliau berkata ini dicapai hasil daripada pentadbiran kerajaan yang berwawasan dan berpandangan jauh.

Katanya, rakyat Sarawak melalui pencapaian pembangunan yang pesat di negeri ini, dengan jelas telah menunjukkan bahawa mereka inginkan keamanan dan kemajuan. Oleh itu, mereka sentiasa memberi sokongan kepada kerajaan serta parti yang mampu mentadbir negeri ini dengan lebih baik.

“Oleh itu, Sarawak mempunyai kerajaan yang kuat, serta berjaya membangunkan negeri ini sehingga ia berjaya membangunkan kawasan pedalaman dan luar bandarnya mencapai kemajuan yang setaraf dengan kawasan bandar.”

“Tumpuan tidak diberikan kepada usaha politik yang tidak berguna sebaliknya tumpuan diberikan kepada usaha untuk melaksanakan pembangunan untuk rakyat,” katanya.

Sementara itu, terdahulu dalam ucapannya, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abdul Taib Mahmud berkata kejayaan politik, sosial dan ekonomi yang dikecapi negeri ini adalah hasil keputusan bijak rakyatnya untuk mengganggotai Malaysia, serta keyakinan kerajaan pusat terhadap potensi negeri ini.

“Kita telah membuat keputusan yang terbaik untuk menyertai Malaysia. Kita telah memperolehi banyak keuntungan dengan menyertai Malaysia.”

“Sejak 40 tahun menyertai Malaysia, Sarawak telah berjaya mencapai pembangunan menyeluruh hasil kerjasama yang erat di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat,” katanya.

Berkenaan terminal dan landasan baru Lapangan Terbang Miri beliau berkata pembinaan projek ini tepat pada masanya dan seiring dengan hasrat Miri ke arah menjadi sebuah bandaraya serta mencapai status sebagai ‘Bandaraya Peranginan’ menjelang 2005.

Perdana Menteri yang tiba di Miri kira-kira jam 10 pagi untuk lawatan rasmi selama sehari disambut kira-kira 10,000 penduduk pelbagai kaum di negeri ini. Selain merasmikan terminal lapangan terbang, beliau turut menunaikan solat Jumaat di Masjid al-Taqwa.

Pada petangnya, Dr Mahathir menerima anugerah Darjah Satria Bintang Sarawak (S.B.S.) yang membawa gelaran ‘Pehin Sri’ daripada Yang DiPertua Negeri, Tun Abang Mohammad Salahuddin, sempena Jubli Delima Sarawak Merdeka 40 tahun.

Sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur, Dr Mahathir turut merasmikan Bangunan Sekolah Menengah Bantuan Chung Hua di Jalan Temenggong Oyong Lawai Jau di sini.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998