Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Lembaga Hasil Dalam Negeri Cawangan Sarawak

Encik Mohammad Sait bin Ahmad Pengarah LHDN Sarawak
Pembangunan hanya dapat dilaksanakan jika kerajaan mempunyai sumber kewangan yang tetap dan mencukupi untuk menggerakkan jentera pentadbirannya serta membiayai segala bentuk perbelanjaan yang diperlukan.

Salah satu sumber pendapatan yang penting bagi kerajaan ialah melalui cukai. Di situlah peranan yang dimainkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) iaitu sebagai salah satu agensi utama kerajaan memungut hasil di bawah Kementerian Kewangan.

Di Sarawak, cukai pendapatan diperkenalkan pada tahun 1949 di bawah Ordinan Cukai Pendapatan (Bab 30) No.16. Kemudiannya, pada 1 Jun 1960 Jabatan Hasil Dalam Negeri Sarawak diwujudkan.

Namun, berkuatkuasa mulai 1 Mac 1996 Jabatan Hasil Dalam Negeri telah dijadikan sebagai badan berkanun dan dengan rasminya dikenali sebagai Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Setakat ini terdapat empat buah pejabat Cawangan LHDN di Sarawak iaitu di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri. Jenis-jenis cukai yang dikutip oleh LHDN ialah cukai pendapatan, cukai petroleum, cukai keuntungan harta tanah dan cukai setem.

Encik Mohammad Sait bin Ahmad merupakan Pengarah LHDN Sarawak ketika ini.

LHDN menjalankan fungsi :

- Menasihati Kerajaan mengenai perkara-perkara yang berhubung dengan percukaian dan menghubungi Kementerian dan Badan Berkanun yang sewajarnya mengenai perkara-perkara tersebut
- Bertindak sebagai ejen Kerajaan dan memberi perkhidmatan dalam pentadbiran, penaksiran, pemungutan dan penguatkuasaan pembayaran cukai pendapatan, cukai petroleum, cukai keuntungan harta tanah, duti harta pesaka, duti setem dan apa-apa cukai lain sebagaimana yang dipersetujui antara Kerajaan dan Lembaga
- Untuk turut serta di dalam atau luar Malaysia berkenaan dengan perkara-perkara yang berhubungan dengan percukaian dan untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberi kepada Lembaga oleh mana-mana undang-undang bertulis lain

Wawasan LHDN

Kaunter perkhidmatan LHDN sentiasa sibuk didatangi oleh pembayar cukai



- LHDN dikenali sebagai pentadbir cukai yang terulung di negara ini
- Pewujudan suatu sistem pengurusan percukaian yang adil, telus dan dihormati
- Pengurusan LHDN yang sentiasa peka kepada kebajikan pekerjanya, memberi peluang kemajuan kerjaya kepada setiap pekerja dan mengiktiraf
kecemerlangan individu
- Pegawai dan staf LHDN merupakan pekerja yang komited untuk mencapai kecemerlangan dalam menghasilkan kerja yang berkualiti dan memberi perkhidmatan yang cekap kepada pelanggan
- Orang awam mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap keadilan sistem percukaian negara

Misi

LHDN adalah komited untuk memungut cukai yang sepatutnya dengan adil, cekap dan amanah, pada kos yang berpatutan dan dengan kualiti perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan.
Ia dapat dicapai dengan :
- Membangunkan tenaga kerja mahir
- Meningkatkan profesionalisme secara berterusan untuk mencapai cabaran dan persekitaran yang sentiasa berubah
- Memperkemas pentadbiran cukai serta mempermudahkan undang-undang percukaian
- Memberi perkhidmatan yang mesra, adil dan tegas sepanjang masa
- Memupuk kesedaran orang awam ke arah melahirkan pembayar cukai yang bertanggungjawab
- Meningkatkan pematuhan cukai secara sukarela

Objektif operasi

- Memungut jumlah cukai yang sepatutnya tanpa menimbulkan bebanan yang tinggi kepada orang awam dengan kos yang minimum kepada kerajaan.
- Mewujudkan kakitangan yang mesra bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat.
- Mendorong orang ramai datang membayar cukai secara sukarela.

Sumbangan LHDN

Kira-kira 37 peratus daripada jumlah pendapatan negara pada tahun 2002 atau bersamaan dengan RM44.96 bilion datangnya daripada cukai
pendapatan yang dikutip oleh pejabat cawangan LHDN di seluruh negara. Jumlah kutipan berkenaan menunjukkan peningkatan daripada RM41.79 bilion (2001) dan RM29 bilion (2000).

Di Sarawak, jumlah kutipan yang telah dikutip adalah berjumlah kira-kira RM1.3 bilion (2001) dan RM1.7 bilion (2002).

Angka berkenaan dikutip daripada bilangan fail berdaftar yang direkodkan oleh semua pejabat cawangan LHDN di Sarawak iaitu berjumlah 286,554 buah fail pada tahun 2000 dan 246,976 buah fail pada tahun 2001.

Perkhidmatan

LHDN adalah agen kerajaan yang membuat kutipan cukai yang mana setiap sen yang dikutip akan dihantar secara terus kepada Jabatan Perbendaharaan Negara. Malahan telah menjadi kewajipan kepada pegawai-pegawai di pejabat-pejabat cawangan LHDN untuk menyedia dan menghantar laporan setiap minggu ke ibu pejabat LHDN. Ia penting bagi meningkatkan transparensi dan mengelakkan kekeliruan jika akaun lembaga dikemaskini sepanjang masa.

Bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna, LHDN sentiasa mengambil berat mutu perkhidmatan kaunter pertanyaan, kaunter pembayaran dan kemudahan pembayaran. Setakat ini, orang ramai boleh membuat urusan pembayaran di Bank Bumiputra-Commerce, Public Bank Bhd. dan Public Finance Bhd. Bank Simpanan Nasional pula akan menyusul selepas perbincangan kerjasama berkaitan selesai dilakukan.

Bagi membawa organisasi ini lebih dekat dengan pelanggan, LHDN telah bercadang untuk membuka sekurang-kurangnya tiga cawangan baru di negeri ini dan buat masa ini ia masih dalam peringkat kajian.

Sebuah ‘Radio Talk’ yang dikenali sebagai rancangan ‘Agensi dan Anda’ dalam semua bahasa tempatan melalui siaran Radio Televisyen Malaysia Berhad (RTM) juga diadakan sekali dalam sebulan bermula jam 4.15 petang hingga 5 petang.

LHDN juga telah mengadakan ‘Tax Payers Education Programme’ berikutan pelaksanaan ‘Sistem Taksir Sendiri’ mulai tahun depan (2004). Setiap bulan LHDN mengadakan sekurang-kurangnya dua ceramah yang dikenali sebagai ‘street survey’ dan ‘company survey’ bagi mendidik orang ramai cara membuat pengiraan sendiri.

Jemputan daripada mana-mana organisasi supaya LHDN mengadakan taklimat di organisasi mereka juga amat digalakkan.

Sistem Taksir Sendiri

Sistem Taksir Sendiri telah dilaksanakan untuk syarikat mulai tahun 2001. Untuk kumpulan individu peniaga dan pekerja, Sistem Taksir Sendiri akan dilaksanakan mulai tahun 2004.

Taksir Sendiri merupakan perubahan proses yang menyeluruh daripada taksiran formal yang diamalkan sebelum ini. Di bawah Sistem Taksiran Formal, pembayar cukai dikehendaki melaporkan pendapatan di dalam ‘Borang Nyata Pendapatan’, kembalikan borang tersebut ke Pejabat LHDN dan LHDN akan membuat taksiran. Kemudian,
notis akan dihantar kepada pembayar cukai berpandukan kepada cukai yang ditaksir.

Di bawah Sistem Taksir Sendiri, pembayar cukai masih perlu mengemukakan ‘Borang Nyata Pendapatan’ dalam tempoh ditetapkan. Walau bagaimanapun, ‘Notis Taksiran’ tidak akan dikeluarkan kepada pembayar cukai. Sebaliknya, pembayar cukai dikehendaki mengira cukai mereka dan menjelaskan bayaran cukai sepenuhnya pada masa ‘Borang Nyata Pendapatan’ dikemukakan.

Pembayar cukai juga dikehendaki membuat anggaran cukai yang kena dibayar untuk tahun semasa dan membuat bayaran ansuran bulanan dalam tahun yang berkenaan berdasarkan anggaran yang dibuat. Kesimpulannya, sistem ini meletakkan tanggungjawab kepada pembayar cukai untuk mengira tanggungan cukainya sendiri.

Ketika ini, pembayar cukai boleh membuat bayaran ansuran bulanan terus kepada LHDN ataupun melalui Bank Bumiputra-Commerce, Public Bank Bhd. dan Public Finance Bhd.

Bagi pekerja yang tertakluk kepada bayaran cukai mengikut Skim Potongan Cukai Berjadual (PCB), kaedah ini akan diteruskan di mana majikan akan membuat bayaran (meremitkan) kepada LHDN.

Sistem Taksir Sendiri membolehkan pembayar cukai menguruskan hal-hal percukaiannya dengan lebih baik. Untuk melakukan ini, pembayar cukai perlu menyimpan rekod dengan teratur, mengisi ‘Borang Nyata Pendapatan’ dengan betul, mengira cukai dan mengemukakan ‘Borang Nyata Pendapatan’ bersama bayaran cukai terakhir (jika ada).

Ceramah cukai di Betong…antara sesi ceramah percukaian ke luar daerah yang dijalankan sepanjang
tahun yang mensasarkan golongan peniaga luar bandar
Antara aktiviti LHDN…Hari Menderma Darah LHDN Kuching pada 10 Februari 2003 yang lalu dengan kerjasama Kelab Sukan & Rekreasi LHDN Kuching

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998