|
KMK
Sebagai Mekanisme Penyelesaian Masalah atau Penambahbaikan
Dipetik
dari Ucapan YB Datuk Amar SUK pada Majlis Penyampaian Anugerah KMK Peringkat
Negeri, Merdeka Palace Hotel, Kuching, 10/07/2002
"Kerajaan Negeri amat mengambil berat tentang kualiti perkhidmatan yang
diberikan oleh Perkhidmatan Awam Negeri. Oleh yang demikian, kita akan sentiasa
meneruskan usaha dalam mempertingkatkan prestasi organisasi dalam memberikan
pekhidmatan yang terbaik kepada pelanggannya. Usaha serta inisiatif untuk mempertingkatkan
prestasi semua agensi adalah sejajar dengan keperluan untuk memenuhi kehendak
dan ekspektasi pelanggan yang semakin meningkat. Segala usaha yang telah dan
akan dilaksanakan ini akan membawa transformasi dalam perkhidmatan awam demi
untuk memastikan hasrat, visi dan misi kita tercapai.
Saya percaya transformasi dalam sesebuah organisasi tidak akan dapat direalisasikan
dengan jayanya kalau pemimpin organisasi hanya bertindak sebagai penyokong aktif.
Para pemimpin organisasi atau ketua jabatan atau agensi perlu juga berfungsi
sebagai pemangkin perubahan dan penggerak serta melibatkan diri secara aktif
sebagai satu pasukan padu yang mempunyai komitmen untuk mempertingkatkan prestasi
organisasi. Dalam konteks ini, penglibatan aktif pemimpin-pemimpin di setiap
lapisan di agensi atau jabatan dengan pimpinan yang cekap dan dedikasi daripada
ketua jabatan atau agensi masing-masing akan dapat memastikan segala usaha Kerajaan
Negeri dilaksanakan dengan jayanya.
Di antara usaha dan initiatif yang telah dan akan dilaksanakan dalam Perkhidmatan
Awam Negeri adalah seperti;
- Pengurusan Kualiti Menyeluruh atau TQM,
- Sistem kualiti berasaskan MS ISO 9000,
- Piagam Pelanggan.
- Manual Prosedur Kerja, Fail Meja,
- Kumpulan Meningkat Mutu Kerja atau KMK,
- Balanced Scorecard,
- ISO 14000, dan
- Investors In People standards atau IIPs
Pelbagai inisiatif yang saya sebutkan ini adalah sebahagian daripada usaha
Kerajaan Negeri untuk memupuk budaya kerja cemerlang di kalangan penjawat awam
. Ia nya memberi penekanan kepada;
- Menyediakan perkhidmatan yang berorientasikan pelanggan;
- Menambahbaik sistem & prosedur;
- Mempertingkatkan pembangunan sumber manusia;
- Mempertingkatkan semangat kerja berpasukan; dan
- Pengurusan alam sekitar.
Pelaksanaan KMK di agensi-agensi kerajaan telah dikenal pasti sebagai satu
mekanisme untuk membolehkan kakitangan turut serta dalam proses penyelesaian
masalah atau penambahbaikan bagi membantu jabatan mencapai matlamat agensi masing-masing.
Apabila kakitangan diberi peluang untuk menyumbangkan pengalaman, kreativiti
dan idea-idea untuk mempertingkatkan usaha-usaha ke arah pencapaian kecemerlangan
organisasi, maka mereka akan merasa sumbangan mereka dihargai. Ini secara tidak
langsung akan meningkatkan lagi motivasi serta komitmen mereka semasa melaksanakan
tugas masing-masing.
Saya percaya bahawa aktivti KMK ini juga berupaya mengeratkan hubungan serta
membina persefahaman di kalangan warga jabatan. Dengan demikian, suasana kerja
yang hamonis akan dapat diwujudkan dan ini akan dapat melicinkan lagi kerja-kerja
yang perlu dilakukan.
Sehubungan dengan ini, saya ingin menyeru kepada pihak pengurusan di semua
agensi supaya mengikis tanggapan negatif terhadap aktiviti KMK ini. Demikan
juga, pihak pengurusan perlu memberi kepercayaan dan peluang kepada kakitangan
masing-masing untuk membincangkan dan mencari penyelesaian yang bersesuaian
untuk mengatasi masalah yang timbul di tempat kerja. Aktiviti KMK ini akan mendatangkan
banyak manfaat kepada organisasi sekiranya pemimpin di setiap lapisan organisasi
menganggap pekerja sebagai aset terpenting dan paling bernilai dalam sesuatu
organisasi.
Today's nature of working environment demands new ways of decision making.
Working in teams has become a culture in any organization, which emphasizes
on intense co-operation and collaboration. Teams with the right composition
and sufficient trust amongst members can be highly effective under these new
circumstances. An effective team, with different members having diverse ideas,
can process more information quickly. They can solve problems effectively. They
can also speed up the implementation of tasks or initiatives because they are
truly informed and committed to decisions made as a team.
Dalam usaha peningkatan kualiti dan produktiviti dari segi pembangunan kemahiran
sumber manusia pula, pihak Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk memupuk semangat
kerjasama di kalangan penjawat awam untuk menghasilkan pendekatan kreatif dan
berinovasi serta idea-idea baru.
Untuk mencapai hasrat ini, Jabatan Ketua Menteri menggalakkan penubuhan lebih
banyak KMK dan akan meneruskan usaha memperkukuhkan lagi kegiatan KMK di agensi
Kerajaan Negeri sebagai menyokong usaha peningkatan kualiti untuk kecemerlangan
organisasi. Kursus dan latihan untuk mempertingkatkan ilmu, kemahiran dan kecekapan
yang berkaitan khusus dengan teknik-teknk penyelesaian masalah dan penambahbaikan
akan terus diadakan.
Dengan ini, saya menyeru kepada semua ketua jabatan agar memberi sokongan sepenuhnya
dalam menggerak pelaksanaan KMK di agensi masing-masing. Memandangkan penubuhan
dan pelaksanaan KMK di agensi Kerajaan Negeri masih lagi kurang menggalakan,
saya menyarankan supaya mulai tahun ini, setiap agensi atau jabatan menubuhkan
sekurang-kurangnya satu Kumpulan Meningkat Mutu Kerja di mana keahliannya bukan
saja terdiri daripada kumpulan perkhidmatan sokongan sahaja tetapi terbuka kepada
semua lapisan penjawat awam."
"Pada majlis ini juga, beberapa buah agensi akan dianugaerhakan Sijil MS ISO
9000 Perkhidmatan Awam kerana telah berjaya melaksanakan sistem kualiti yang
bertaraf antarabangsa. Pelaksanaan sistem kualiti MS ISO 9000 yang berlandaskan
standard pengurusan kualiti yang diiktirafkan di peringkat antarabangsa telah
diperkenalkan dalam Perkidmatan Awam Negeri Sarawak semenjak 1997. Unit Pembangunan
Sumber Manusia dan Kualiti, Jabatan Ketua Menteri telah dipertanggunjawabkan
untuk memantau pelaksanaannya di semua agensi Kerajaan Negeri iaitu sejumlah
114 buah agensi.
Untuk makluman hadirin sekalian, sehingga kini sejumlah 56 buah agensi telah
diluluskan persijilannya manakala 45 buah agensi lagi sedang dalam proses pengauditan
akhir. Sementara itu, 9 buah agensi masih dalam peringkat pelaksanaan sistem
dan 4 buah agensi masih dalam peringkat dokumentasi. Sehubungan dengan ini,
saya ingin menyeru kepada semua ketua jabatan yang belum memohon untuk persijilan
agar mengambil langkah yang sewajarnya.
Saya berharap persijilan yang telah diperolehi dan usaha berterusan dalam memperkukuhkan
pelaksanaannya akan dapat membantu meningkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan
yang dapat memenuhi kehendak pelanggan. Matlamat ini pasti akan dapat dicapai
oleh mana-mana juga agensi jika ketua-ketua jabatan atau agensi mempunyai dedikasi
dan komitmen dalam menggerak dan memandu Jawatankuasa Kualiti dan Produktiviti
yang telah ditubuhkan.
Walau bagaimana cekap dan dedikasi sekalipun kakitangan sokongan sesebuah jabatan
atau agensi, segala usaha peningkatan kualiti dan produktiviti tidak akan menghasilkan
kejayaan tanpa kepimpinan yang kuat daripada ketua-ketua jabatan atau agensi.
Justeru itu juga, saya amat berharap dengan adanya pengiktirafan Konvensyen
KMK ini, minat dan dorongan semua lapisan kakitangan sesebuah jabatan atau agensi
terhadap KMK akan terus berkembang dan bersebati untuk masa-masa akan datang."
|