Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Setiausaha Kerajaan Negeri: Kakitangan Awam Perlu Dekat Dengan Masyarakat

Perkhidmatan awam negara adalah tonggak jentera pentadbiran dan pengurusan bagi me-rancang dan melak-sanakan agenda pem-bangunan negara. Per-khidmatan Awam Negeri Sarawak dalam hubungan ini akan sentiasa menggembleng segala sumber khususnya tenaga manuasia dalam usaha merancang, melaksana dan merealisasikan pembangunan yang berterusan dan seimbang untuk rakyat negeri ini.

"Ke arah ini, Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak sentiasa meningkatkan usaha dan memperkenalkan pendekatan baru yang berkesan ke arah menentukan halatuju dan komitmen pembangunan terhadap rakyat."

"Dalam proses menerapkan dasar-dasar pembangunan, adalah menjadi tanggungjawab setiap anggota perkhidmatan awam negeri ini untuk sentiasa mendekati masyarakat supaya mereka dapat memahami secara lebih jelas cara berfikir dan budaya hidup masyarakat."


"Dalam hal yang sama, kakitangan perkhidmatan awam sendiri perlulah memahami secara jelas akan dasar-dasar yang hendak dilaksanakan itu."

"Di sini peranan NGO seperti Angkatan Zaman Mansang (AZAM), unit-unit serta agensi komunikasi harus dilipatgandakan. Ketua-ketua jabatan dan para pegawai kanan kerajaan perlulah mengadakan lawatan secara lebih kerap untuk meninjau keberkesanan dalam proses pelaksanaan pem-bangunan. Ini adalah sejajar dengan sasaran kita untuk memastikan projek-projek pembangunan dapat disiapkan mengikut jadual."

"Sasaran Kerajaan Negeri untuk menjadi salah sebuah negeri yang termaju seperti negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia memerlukan kadar pertumbuhan ekonomi secara purata dalam jangka masa Rancangan Malaysia Kelapan sebanyak 10%.

Ini sebenarnya secara langsung menjadi pengerak atau satu cabaran kepada perkhidmatan awam kita untuk mewujudkan percambahan fikiran dan memikirkan sesuatu strategi yang lebih mantap, pragmatik agar dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk muncul Negara maju menjelang 2020.

Untuk tujuan itu, perkhidmatan awam kita semestinya mem-bangunkan kumpulan-kumpulan pemimpin dan pengikut yang dinamik, highly-talented, multi-faceted, multi-skilled dan berilmu canggih dan tinggi serta ber-pengalaman luas dalam pelbagai aspek kemajuan sama ada sosial, ekonomi, prasarana mahupun spiritual – kedua-duanya di peringkat serantau dan global."

"Bagi mewujudkan per-khidmatan awam yang lebih profesional, cekap dan berwibawa, penekanan ke arah pembangunan sumber manusia telah diberi perhatian khusus."

"Dari segi pencarian atau penempatan anggota perkhidmatan awam, prosesnya akan diubahsuai. Kita mahu pekerja yang cekap dan paling sesuai untuk perkhidmatan awam. Kita akan mencari mereka yang mempunyai sikap positif dan mempunyai nilai yang murni serta mereka yang mempunyai tekad mulia dalam hidup mereka di samping anggota perkhidmatan awam yang berminat dan dapat bekerja dalam satu pasukan.

Semua ini akan melibatkan satu perubahan yang pragmatik terhadap struktur, sistem pengambilan anggota per-khidmatan awam, pengwujudan suasana persekitaran kerja yang baik, program motivasi dan insentif yang berkesan selain perubahan dari segi proses kerja yang menuntut prestasi yang cemerlang, tahap profesionalisme yang tinggi dan dalam masa yang sama mengamalkan nilai-nilai murni dan prinsip yang mulia."

"Sempena Hari Per-khidmatan Awam ini, sama-samalah kita menyemai rasa kesyukuran dan bangga kerana kita telah menjadi sebahagian daripada jentera pembangunan dan pentadbiran negeri dan negara."

"Sekarang kita semua harus memandang ke hadapan dan berbekalkan komitmen yang padu, kerjasama yang berterusan sesama kita, dengan pihak swasta serta masyarakat disuntik dengan pedoman yang diberikan oleh pemimpin kita terutamanya YAB Ketua Menteri, saya pasti kita akan muncul sebagai sebuah perkhidmatan awam yang berwibawa, yang dicontohi, dikagumi dan mendapat penghormatan daripada setiap pelanggan yang berurusan dan menerima perkhidmatan kita."

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998