|
Pusat Pemulihan Samarahan
Di pusat pemulihan Samarahan, pelatih diberi latihan kemahiran
 |
Pusat Pemulihan Samarahan yang terletak kira-kira setengah jam perjalanan dari Bandaraya Kuching telah ditubuhkan pada tahun 1993 dengan kos sebanyak RM65 juta, di atas tanah seluas 10 ekar.
Pusat yang menempatkan seramai 48 pelatih ini memberi peluang kepada mereka yang cacat anggota, pendengaran, pertuturan dan terencat akal agar dapat menjalani kehidupan yang normal.
Antara kegiatan yang dilakukan oleh mereka ialah membuat sampul surat pelbagai saiz berdasarkan tempahan daripada pelbagai jabatan kerajaan dan swasta.
Pusat ini juga memberikan latihan kemahiran yang lain seperti menjahit serta mendandan rambut.
|