A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

  ISSN 1394-5726
 
Online Publisher:
 
Contents provided by:
 
 
Projek EG-HRMIS
(Human Resources Management Information System)

Projek Kerajaan Elektornik (EG-HRMIS) merupakan salah satu daripada tujuh aplikasi perdana yang dikenalpasti sebagai pemangkin pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC) termasuk Teleperubatan (TELE), Kad Pintar (MPC), Sekolah Bistari (SS), Worldwide Marketing Web (WWM), Penyelidikan & Pembangunan (R&D), Pusat Pasaran Tanpa Sempadan (BMC).

Projek EG-HRMIS diwujud sebagai langkah proaktif kerajaan ke arah mempertingkatkan keupayaan maklumat sumber manusia Perkhidmatan Awam. Projek EG-HRMIS telah dilancarkan pada 1 April 1999 dan menelan belanja RM99.89 juta.

Visi

Visi utama projek ini adalah menjadi pemimpin dalam membangun dan mengurus Sumber Manusia untuk mencapai Wawasan Kerajaan.

Objektif

Manakala objektif EG-HRMIS adalah seperti berikut :

• Untuk membolehkan perancangan tenaga kerja dan penentuan saiz perkhidmatan yang berkesan melalui maklumat pengurusan sumber manusia

• Untuk mengautomasikan proses-proses operasi pengurusan sumber manusia

• Untuk membangunkan maklumat sumber manusia yang bersepadu dan kemaskini untuk tujuan perancangan sumber manusia yang berkesan

• Untuk menyumbang ke arah pengwujudan persekitaran “paper-less”

• Untuk menyediakan satu sistem maklumat sumber manusia yang terbuka dan fleksibel serta kemaskini bagi memenuhi keperluan pengurusan di pelbagai peringkat agensi.

Ke Arah Pengurusan Sumber Yang Sempurna

Dengan wujudnya EG-HRMIS, pengurusan sumber manusia sektor awam dijangka dapat diurus dengan lebih sempurna dan berkesan kerana:

(a) Aktiviti-aktiviti pengurusan sumber manusia akan dapat dijangkakan dengan lebih mudah dan ringkas dengan adanya kemudahan sistem maklumat sumber manusia yang “real time” dan “on-line”

(b) Polisi dan prosedur sumber manusia yang seragam serta penyatuan maklumat sumber manusia di dalam bank data berpusat akan memudahkan penggunaan sistem ini oleh semua agensi.

(c) Produktiviti akan dapat ditingkatkan melalui pemprosesan yang lebih pantas, pengurangan kesilapan dan kerja-kerja bertindih, pengendalian sistem yang lebih mudah serta automasi aktiviti-aktiviti tertentu.

(d) Sistem maklumat sumber manusia yang bersepadu membolehkan perkongsian maklumat yang tepat serta cepat dan komunikasi yang lebih baik di antara agensi-agensi terbabit.

Aplikasi HRMIS

Pembangunan aplikasi HRMIS meliputi dua fungsi utama iaitu fungsi operasi dan fungsi pengurusan. Fungsi operasi merangkumi semua agensi pengurusan manusia bermula dari perancangan sumber manusia sehingga persaraan.

Fungsi pengurusan pula meliputi aspek-aspek perancangan sumber manusia, pembangunan organisasi, skim perkhidmatan, persaraan dan faedah persaraan, hal-hal perkhidmatan, latihan, pembangunan kerjaya dan hubungan pengurusan dengan pekerja.

Pelaksanaan HRMIS juga bertujuan membantu dalam mengendalikan urusan operasi yang berkaitan dengan kebajikan anggota perkhidmatan awam seperti pemprosesan gaji, cuti, pinjaman, pengisytiharan harta, pentadbiran perubatan, disiplin serta bimbingan kerjaya.

Dengan penggunaan HRMIS, adalah juga diharapkan perkhidmatan awam dapat menuju ke arah paperless civil service di mana penggunaan kertas dijangka akan dapat dikurangkan apabila semua Pekeliling, Arahan Pentadbiran dan maklumat yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia dapat dihebahkan dan dikongsi bersama melalui aplikasi web-publishing dan pengkalan ilmu (knowledge base).

  Selain daripada itu, skop aplikasi HRMIS juga meliputi Sistem Maklumat Eksekutif (EIS) dan Sistem Membantu Membuat Keputusan (DSS).

Melalui kedua-dua sistem ini adalah diharapkan pengurusan sumber manusia serta pembangunan perkhidmatan awam dapat dirancang dengan lebih sempurna.

Ini kerana melalui kedua-dua sistem tersebut teknik-teknik seperti data mining, forecasting dan simulation boleh digunakan bagi menjana dan menilai beberapa senario atau alternatif sebelum dibuat sesuatu keputusan.

Projek HRMIS ini akan dilaksanakan dalam 2 fasa. Fasa 1 melibatkan

Agensi Perintis

10 buah agensi perintis, iaitu Jabatan Perkhidmatan Awam, Unit SMPKE, MAMPU, Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Jabatan Pengairan dan Saliran, Kementerian Kesihatan, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Ketua Menteri Sarawak.

Fasa 2 pula melibatkan roll-out kepada semua jabatan dan agensi Kerajaan yang lain, yang meliputi semua jenis perkhidmatan, iaitu Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, Badan Berkanun Persekutuan, Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Tempoh pembangunan dan pelaksanaan projek HRMIS ini dijangka mengambil masa 42 bulan.

Bagi Jabatan Ketua Menteri Sarawak, terdapat 11 buah tapak yang dikenalpasti akan menjadi agensi perintis iaitu Unit Pengurusan Sumber Manusia, Unit Perhubungan Awam, Unit Pentadbiran Pembangunan, Unit Perancangan Negeri, Unit Perancangan Implementasi & Pemantauan, Unit Projek Khas, Pejabat Dewan Undangan Negeri Sarawak, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Unit Pembangunan Sumber Manusia & Kualiti, Unit Teknologi & Komunikasi Maklumat dan Unit Audit Dalam.

Artikel sumbangan : Abdul Rahim, JKM Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia)

 
 
 
   Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda  

Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998