A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

  ISSN 1394-5726
 
Online Publisher:
 
Contents provided by:
 
 
Menghargai Erti Kemerdekaan: KM

“Kita ada hak untuk menentukan nasib rakyat kita sendiri dan mengatur semua hal-ehwal negara kita sendiri mengikut aspirasi dan cita-cita rakyat.” - Ketua Menteri ketika merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan ke -44 Dan Kempen Kibar Jalur Gemilang, Peringkat Negeri Sarawak pada 17 Ogos 2001
Kemerdekaan perlu dihargai dan dihayati oleh semua lapisan rakyat. Ia adalah hasil perjuangan pemimpin lalu yang membolehkan perjuangan pembangunan dapat diteruskan oleh kerajaan untuk rakyat.

Dengan itu rakyat perlu bersyukur kerana ianya adalah nikmat sebenar kemerdekaan.

Menurut Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Abdul Taib Mahmud, ini adalah disebabkan melalui kemerdekaan sahaja, kita ada hak untuk menentukan nasib rakyat kita sendiri dan mengatur semua hal-ehwal negara kita sendiri mengikut aspirasi dan cita-cita rakyat. Ketua Menteri berkata demikian sewaktu merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan ke-44 Dan Kempen Kibar Jalur Gemilang, Peringkat Negeri Sarawak pada 17 Ogos lepas di Padang Merdeka.

“Pada hari kemerdekaan ini, kita mestilah mengambil peluang untuk merenung semua ini dan bertanya kepada diri kita bagaimana kita menggunakan keupayaan kita, kekuatan kita ini, kepandaian kita yang telah banyak membawa kejayaan kepada negara kita, kepada rakyat kita ” tambah Ketua Menteri.

“Marilah kita kibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda bersyukur kerana dengan kemerdekaanlah kita dapat melangkah ke kemuncak kejayaan yang sama-sama kita kecapi hari ini. Bersama-samalah kita membawa Malaysia ke arah yang lebih cemerlang lagi,” kata Ketua Menteri dengan penuh semangat.

Terdahulu, semasa berucap dalam majlis yang sama, YB Datuk Aziz Haji Hussain, Setiusaha Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sarawak, berkata bahawa selaras dengan tema perayaan ‘Keranamu Malaysia” adalah menjadi tugas semua individu rakyat bagi memastikan sejarah penjajahan tanahair tidak berulang lagi di abad ke-21.

Menurut beliau lagi, antara aktiviti-aktiviti penting yang dilangsungkan sepanjang Bulan Kemerdekaan dari 17 Ogos sehingga 17 September ialah Sayembara Deklamasi Puisi di Kuching pada 20 Ogos, Ambang Kemerdekaan dan Perhimpunan Rapat Raksaksa di Kota Samarahan pada 30 dan 31 Ogos dan Penutupan Bulan Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan di Sibu pada 16 September.

Kira-kira 5,000 masyarakat pelbagai lapisan masyarakat telah menghadiri majlis pelancaran ini.

Dan apa yang penting, majlis ini berjaya dilansungkan dengan jayanya berikutan pembabitan pelbagai agensi kerajaan seperti Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi, JKR, DBKU, PDRM, RELA dan lain-lain lagi.

Pada majlis pelancaran, Ketua Menteri melakukan penyerahan Jalur Gemilang kepada Ketua Kontijen daripada pelbagai suku kaum dan turut menerima mesej Hari Kemerdekaan daripada ketua-ketua kontijen yang mengambil bahagian.

 
 
 
   Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda  

Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998