Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

Menggilap Potensi Diri Ke Arah Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan

Setiap dari kalangan kita dilahirkan dengan pelbagai keupayaan,bakat atau pun potensi dan setiap dari kalangan kita juga mempunyai tahap keupayaan,
keserlahan bakat dan potensi yang berbeza dari satu dengan yang lain.



Kita mungkin sedar dan mungkin juga tidak tentang keupayaan,bakat dan potensi kita.Namun itu bukan menjadi masalah sebenarnya.Apa yang penting ialah bagaimana kita dapat mengasah atau menggilap keupayaan,bakat dan potensi yang dimiliki itu untuk kebaikan diri,masyarakat,organisasi kita dan seterusnya negara yang kita cintai ini.

Bagi kita yang berkhidmat di dalam perkhidmatan awam,mungkin ada yang berasakan elemen-elemen yang disebutkan tadi tidak begitu penting memandangkan kita adalah anggota perkhidmatan awam yang pada dasarnya menjalankan tugas yang diamanahkan sahaja. Ini sebenarnya tidak benar.Keupayaan,bakat dan potensi diri kakitangan awam itu sebenarnya adalah pendokong kepada kemampuan kita melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan lebih baik malah mampu menyumbang kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap kepada masyarakat.

Penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap bermakna kita berupaya mengurangkan kos di samping dapat melakukan lebih banyak tugasan yang pada akhirnya akan membantu meningkatkan produktiviti organisasi keseluruhannya.

Walaupun perkhidmatan awam tidak menyumbang secara langsung kepada pertumbuhan dalam negeri/negara kasar,namun kecekapan penyampaian perkhidmatan jentera kerajaan akan membolehkan sektor-sektor lain menjalankan aktiviti mereka dengan lebih cekap. Ini apabila berlaku akan menyaksikan pertumbuhan eknomi negeri/negara yang lebih baik yang kemudiannya akan dapat diterjemahkan dengan peningkatan pendapatan dan kualiti hidup masyarakat.

Sedar atau tidak,terdapat pelbagai cara atau kaedah untuk menggilap potensi diri.Antaranya melalui pelbagai kursus,bengkel dan seminar yang dianjurkan. Sungguh pun demikian,harus sentiasa diingat,semua itu adalah alat atau kaedah yang boleh membantu menggilap potensi diri yang kita miliki.

Potensi diri kita tidak akan dapat diserlahkan dengan sebaiknya sekiranya kita sendiri yang kurang berminat untuk mengetengahkannya. Untuk itu adalah penting bagi setiap dari kalangan kita bersikap bahawa setiap suatu yang kita lalui datau alamai itu adalah suatu proses pembelajaran.

Kita harus sentiasa merendah diri dan tidak sombong dengan ilmu atau pengalaman yang dimiliki itu. Sebaliknya kita harus berkongsi pengalaman dan ilmu yang kita miliki dengan orang lain terutama dengan mereka yang terdekat dengan kita.Dalam konteks perkhidmatan awam,kita boleh kongsikan pengalaman dan ilmu dengan rakan sekerja atau kakitangan di bawah seliaan kita.

Tidak rugi kita berkongsi pengalaman atau ilmu kerana ianya bukan suatu yang fizikal yang mana apabila diberikan akan berkurangan sebaliknya ia akan tetap kekal malah boleh luput jika hanya disimpan.

Sebenarnya kita di dalam perkhidmatan awam amat bertuah.Mengapa? Ini kerana kita sentiasa diberikan peluang untuk meningkatkan keupayaan kita dalam menjalankan tugas.Dari semasa ke semasa kita diminta menghadiri kursus,bengkel dan seminar sama ada yang ada kaitan langsung dengan bidang tugas kita mahupun sebaliknya.

Kerajaan Negeri pada tahun 2004 misalnya telah menjalankan lebih daripada 200 latihan atau kursus yang melibatkan kira-kira 3,500 penjawat awam yang meliputi bidang pengurusan,teknikal,kursus induksi dan penilaian tahap kecekapan.

Kerajaan mengeluarkan sejumlah wang yang besar bagi tujuan ini.Sungguhpun ini dikira sebagai perbelanjaan namun perbelanjaan ini lebih merupakan suatu pelaburan yang pasti akan menguntungkan pada masa hadapan.

Adalah menjadi harapan kerajaan bahawa setap ringgit yang dilaburkan itu akan dapat memberikan manfaat bukan sahaja kepada diri individu yang terlibat malah juga kepada organisasi,masyarakat dan negeri dan negara ini.

Oleh yang demikian,amatlah penting bagi setiap penjawat awam yang yang telah terpilih untuk menyertai kursus,bengkel dan seminar menggunakan peluang yang ada itu sebaiknya untuk menimba dan menambah pengalaman dan ilmu dan apabila balik ke organisasi masing-masing kelak ianya dikongsikan bersama dengan rakan sekerja.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998