Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Bahagian Teknologi Pendidikan -Pusat Sumber Pendidikan Negeri Sarawak ...Berusaha Mempertingkatkan Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah

Encik Dilol Nojae selaku Ketua Penolong Pengarah, PSPNS

Bahagian Teknologi Pendidikan asalnya dikenali sebagai Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan. Ianya ditubuhkan dalam tahun 1972 dan pada awal penubuhannya berfungsi untuk memberi perkhidmatan siaran radio, perkhidmatan Alat Pandang Dengar dan perkhidmatan TV Pendidikan kepada sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.

Fungsi ini kemudiannya telah diperluaskan kepada perkhidmatan Pusat Sumber. Apabila perkembangan teknologi bertambah pesat, tugas dan peranan Bahagian Teknologi Pendidikan juga semakin luas. Aktiviti-aktiviti utama Bahagian Teknologi Pendidikan ialah seperti menerbitkan bahan pengajaran dan
pembelajaran dalam pelbagai media iaitu cetak, audio (radio), video (TV) dan perisian multimedia. Selain daripada itu, bahagian ini turut menguruskan penyebaran bahan yang dihasilkan melalui media cetak, siaran radio, siaran TV, CD-ROM dan rangkaian komputer.

Dalam tahun 1958 , School Broadcasting Service (SB) ditubuhkan setelah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) mendapati guru-guru khas di sekolah luar bandar dan pedalaman Sarawak menghadapi masalah dalam mengajar mata-mata pelajaran bahasa. Projek rintis SB bertujuan memperkenalkan rancangan Bahasa Inggeris.

Pada tahun berikutnya, SB memperkenalkan rancangan Bahasa Melayu dan Bahasa Iban. Dengan bantuan kewangan dan peralatan kepakaran dari New
Zealand, Australia dan Jepun, SB dalam tahun 1960, memperkenalkan rancangan untuk mata pelajaran Kesihatan, Geografi, Cerita Bahasa Melayu, Cerita Bahasa Iban, Inggeris dan Nyanyian Bahasa Inggeris.

Bangunan RTM Sarawak.Tingkat 4 & 5 terletaknya PSPNS



Sebanyak 778 sekolah rendah terlibat dalam program ini. Empat tahun kemudian, SB melancarkan programnya ke sekolah menengah dengan rancangan-rancangan untuk Bahasa Inggeris, Sejarah dan Muzik bagi Kelas Peralihan, Tingkatan 1, 2 dan 3.

Apabila Kementerian Pelajaran Malaysia memperluaskan Educational Media Service (EMS) atau Perkhidmatan Sebaran Pendidikan (PSP) ke Sarawak, SB diserap sebagai salah satu unit di EMS. SB ditukar nama kepada Educational Radio atau Radio Pendidikan (RP). Unit-unit lain di bawah EMS adalah Unit Sumber Pendidikan dan Unit Teknikal. EMS diwujudkan di setiap bahagian Negeri Sarawak sebagai jaringan.

Pada tahun 1976, TV Pendidikan (TVP) dilancarkan dengan memperkenalkan 42 rancangan untuk sekolah rendah dan 24 rancangan sekolah menengah. Pada masa tersebut peranan EMS terus Media Pendidikan dikembangkan dengan aktiviti merakam salin rancangan-rancangan TVP serta mempromosi penggunaannya secara ‘on-air’ dan ‘off-air’ dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P).

Pada tahun 1980 menyaksikan perjawatan EMS dipindah dari JPNS ke BTP Kementerian Pendidikan.Dengan itu, peranan dan fungsi EMS dikembangkan lagi kepada memberi khidmat nasihat dan bantuan ke sekolah-sekolah dalam penubuhan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah dan namanya ditukar kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak dalam tahun 1983.

Pada tahun 1990 - Pusat Kegiatan Guru (PKG) diwujudkan dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak (BTPNS) bertanggungjawab terhadap 25 buah PKG seluruh negeri. 14 PKG di Sarawak beroperasi di bangunan tetap sementara 11 buah lagi menumpang sama ada di sekolah atau Pejabat Pendidikan Daerah.

PKG adalah pemangkin untuk merangsang pembangunan profesional guru-guru khususnya bagi meningkatkan pengetahuan dan pembudayaan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan dan pengurusan Pusat Sumber sekolah (PSS).

Carta Organisasi PSPNS mulai tahun 2003

Ia selaras dengan matlamat pendidikan bestari dan Falsafah Pendidikan Negara. PKG juga dijadikan pusat perkembangan profesional untuk guru-guru dan masyarakat setempat. Penerbitan dan penyiaran Radio Pendidikan (RP), Bahagian Teknologi Pendidikan (Kementerian Pendidikan) dihentikan pada 1995, dihentikan di BTP Sabah pada 1996. Mulai 1996, Sarawak adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang menerbit dan menyiar Radio Pendidikan hingga kini.

Sejak tahun 1996, BTPNS beroperasi dengan lima unit iaitu Unit Penyiaran, Unit Pembangunan Media & Projek Khas, Unit Pusat Sumber dan Latihan, Unit Penyelidikan & Penilaian, dan Unit Penyelarasan BTPB, PKG & Percetakan. Unit-unit utama ini dibantu oleh dua unit sokongan iaitu Unit Teknikal dan Unit Pentadbiran.

Mulai tahun 2000, RP secara interaktif mula diterbit. Siaran RP secara ‘on-air’ yang dulunya melalui dua buah konti RTM kini disiar melalui Konti BTPNS dan sebuah Konti RTM.

Pada 1 Julai 2003 Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak BTPNS) ditukar kepada Pusat Sumber Pendidikan Negeri Sarawak (PSPN Sarawak)
PSPN Sarawak diletakkan di bawah pentadbiran BTP Kementerian mulai 7 November 2004.

Terdapat beberapa fungsi PSPNS. Diantaranya ialah menyediakan perancangan bagi aktiviti membina dan menyebarkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai media untuk sekolah rendah dan sekolah menengah di Sarawak.

Selain dari itu, ianya turut merancang, melaksana, dan mengawal selia projek inovasi, projek perintis, dan projek khas yang berkaitan dengan penggunaan teknologi pendidikan dan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah dan sekolah menengah di
Sarawak.

Ianya juga berperanan merancang, melaksana, dan menilai keberkesanan program kemajuan staf di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN), Bahagian Teknologi Pendidikan Bahagian (BTPB), dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) di Sarawak. Satu lagi peranan PSPNS ialah merancangkan dan menjalankan aktiviti penyelidikan dan penilaian terhadap produk BTPN Sarawak; pelaksanaan program dan projek yang berkaitan dengan teknologi pendidikan dan teknologi maklumat; dan keberkesanan penggunaan media dan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah dan sekolah menengah di Sarawak.

Alat teknologi yang canggih digunakan
dalam Konti PSPNS untuk memberi
perkhidmatan yang sempurna kepada
sekolah-sekolah di Sarawak

PSPNS juga memberi tunjuk ajar, bimbingan, dan galakan kepada guru-guru di Sarawak dalam hal-hal yang berkaitan dengan pembinaan, penilaian, dan pemilihan bahan yang sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran; penggunaan media dan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran; dan pengurusan serta penggunaan pusat sumber.

Dan akhir sekali, ianya menyenggarakan dan membaikpulih alat teknologi pendidikan di BTPN, BTPB, dan PKG di Sarawak. Selaras dengan peranan dan tanggungjawab yang diberikan, PSPN mempunyai objektifnya tersendiri. Antaranya ialah mewujudkan kesedaran di kalangan guru dan pelajar serta memupuk sikap mereka tentang pentingnya peranan teknologi pendidikan di dalam perkembangan dan kemajuan pendidikan di negara ini.

Seterusnya, PSPN mengusahakan bantuan kepada sekolah-sekolah dari segi media dan teknologi pendidikan untuk mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya juga berusaha untuk menggayakan program pendidikan dan melaksanakan sebarang pembaharuan dalam sistem pendidikan yang berkaitan dengan penggunaan media dan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah dan sekolah menengah.

Salah satu lagi objektifnya ialah menyebarkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan kepada semua sekolah serta maklumat mengenai pembaharuan dan perkembangan terkini dalam bidang pendidikan kepada pelajar, guru dan ibu bapa melalui media dan teknologi yang sesuai.

Di samping itu, PSPN menggalakkan guru-guru menyampaikan pelajaran dengan cara kreatif dan inovatif melalui penggunaan pelbagai jenis media dan teknologi pendidkan.

PSPN juga memberi tunjuk ajar, bimbingan, dan nasihat kepada guru- guru sekolah rendah dan sekolah menengah tentang penggunaan media dan teknologi pendidikan secara berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Akhir sekali, PSPN mendorong pelajar-pelajar menggunakan pelbagai jenis media dan teknologi pendidikan untuk memperoleh pengetahuan secara lebih menarik dan berkesan.

Untuk keterangan lanjut serta memahami dengan lebih mendalam lagi akan peranan dan kegiatan PSPNS, silalah berhubung dengan pegawai berkenaan di alamat tertera dibawah.

Ketua Penolong Pengarah BTPN SARAWAK Tingkat 4-5, Bangunan RTM Jalan P. Ramlee, 93400 Kuching Tel: 082-246022 Fax: 082-254669

Tajuk penerbitan/produk yang telah dihasilkan oleh PSPNS:

 Rancangan Radio Pendidikan Berasaskan Kurikulum

 Rancangan Radio Pendidikan Berasaskan Pendidikan Umum

 Nota Guru Radio Pendidikan

 Buku Panduan Penggunaan

 Perisian Pendidikan (Courseware)

 Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Komputer

 Bahan Video Pendidikan

 Bahan Pelbagai Media Pendidikan

 Bahan Promosi

 Koleksi Imejan

 Buletin Teknologi Pendidikan

 Bahan Maklumat Digital

Falsafah Teknologi Pendidikan

Bahawa penggunaan pelbagai media dan teknologi pendidikan secara terancang boleh meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah serta memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih menarik dan berkesan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998