Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Projek Mekar di SK Sungai Dua Mukah

Landskap yang indah mampu mengalakkan proses pengajaran dan
pembelajaran.

Suasana persekitaran yang ceria dihiasi dengan taman yang indah bukan sahaja mampu meningkatkan kesedaran terhadap pemeliharaan alam sekitar tetapi mampu menyokong proses pengajaran dan pembelajaran murid, kata Puan Zaiton Othman, Guru Penasihat Kelab PALS SK Dua Sungai, Mukah.

“Projek Mekar” yang menjadi identiti SK Dua Sungai, Mukah sejak tahun 2002 lagi didapati telah berjaya mengubah persekitaran sekolah tersebut menjadi persekitaran yang menarik serta menyumbang dalam membantu pengajaran dan pembelajaran terutama bagi matapelajaran Sains.

Keadaan itulah yang membezakan SK Dua Sungai, Mukah dengan 93 buah SK (Sekolah Kebangsaan) lain yang terdapat di dalam Bahagian Mukah.

“Alam sekitar merupakan satu anugerah Tuhan dan keindahan yang ada pada alam sekitar mampu menarik minat murid untuk menyayangi sekolah” katanya.

Persekitaran yang bersih dengan landskap yang menarik turut membawa kejayaan kepada sekolah ini yang telah beberapa kali memenangi anugerah berkaitan dengan alam sekitar malah pernah dijadikan sekolah contoh dalam usaha pemeliharaan alam sekitar.

Antara aktiviti utama dalam “Projek Mekar” jelas Puan Zaiton adalah aktiviti pengindahan (mural bertemakan alam sekitar dan landskap) dan kebanyakan projek tersebut dijalankan sepenuhnya oleh peserta Kelab PALS (Pencinta Alam Sekitar) yang kini mencecah keahlian seramai 101 orang murid kebanyakannya dari tahun 4,5 dan 6.

Aktiviti gotong-royong mingguan jelasnya akan diadakan setiap hari Rabu selama 1 jam manakala kerja-kerja pembersihan akan dijalankan setiap hari selama 10 minit sebelum kelas bermula.

Tingkatkan keceriaan
sekolah...Puan Zaiton
Othman



Menurut Puan Zaiton, projek tanaman herba atau lebih dikenali sebagai Taman Hijau akan menjadi antara tarikan baru sekolah tersebut di samping beberapa keunikan lain seperti kolam ikan hiasan dan ikan tilapia, Taman Sains Sekolah, Taman Haiwan serta pondok istirehat.

Semua penyelenggaraan projek tersebut, jelas Puan Zaiton melibatkan penyertaan murid secara menyeluruh dengan kebanyakan sumber kewangan adalah daripada hasil kutipan guru, geran Kelab PALS dan penjualan barangan kitar semula.

Aziemah Bt Jeraee, murid tahun 6 berkata penyertaannya dalam kelab ini adalah didorong oleh objektif kelab ini yang disifatkannya mampu mendekatkan murid dengan alam sekitar. Pendapat yang sama dikongsikan oleh Muhd Iman B. Mustapha dan Mohd Azri B. Mose, yang juga dari tahun 6 berkata projek ini secara tidak langsung dapat menyerlahkan kreativiti mereka dalam setiap program yang dianjurkan.

Malah rata-rata murid di sini menyambut baik program berkaitan alam sekitar yang boleh membantu meningkatkan keceriaan suasana persekitaran sekolah tersebut di samping merealisasikan usaha kerajaan memupuk pendidikan alam sekitar pada peringkat yang paling awal.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998