Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
“Program ICT Untuk Rakyat” Mukah

Kemudahan PID Mukah
dimanfaatkan sepenuhnya

Usaha kerajaan meningkatkan prasarana ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) dilihat tidak hanya bertujuan merapatkan jurang digital, tetapi juga sebagai jentera untuk mengerakkan masyarakat ke arah penglibatan secara menyeluruh dalam pembangunan.

Ini yang dapat disaksikan di PID (Pusat Internet Desa) Mukah. PID Mukah adalah salah satu projek di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) yang telah dibangunkan sejak setahun yang lepas.

“Sambutan menggalakkan daripada warga emas dan golongan wanita di sini sudah cukup membuktikan kemudahan ini telah berjaya mencapai objektifnya,” jelas Azlani Bin Sim, Penyelia PID Mukah. Pihaknya kerap menerima permintaan daripada golongan berkenaan untuk mengadakan latihan dan kursus ICT, jelas Azlani yang berkeyakinan usaha ini boleh membuka lebih banyak peluang ekonomi dengan memasar dan memperluaskan pasaran produk melalui internet.

Menurut Azlani lagi, bilangan ahli yang berdaftar dengan PID Mukah dari semasa ke semasa terus meningkat. Sehingga kini, keahliannya telah mencecah 553 orang (setakat April 2005). Tambah beliau lagi, kemudahan di sini turut digunakan sepenuhnya oleh pelajar luar bandar yang rata-ratanya menggunakannya untuk mendapatkan bimbingan dalam ICT selain mendapat maklumat untuk kerja kursus mereka. Sementara itu, Pusat Sumber Maklumat Elektronik atau ERC (Electronic Resources Centre) pula, projek di bawah Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICTU), Jabatan Ketua Menteri adalah satu lagi pusat ICT di Mukah yang diwujudkan bagi memberi khidmat sokongan kepada Pejabat Daerah Mukah.

Lokasi baru ERC di Tingkat Bawah
Menara Pehin Setia Raja menyebabkan
ia mudah untuk dikunjungi

“Proses dan sistem perkhidmatan kerajaan kini sudah jauh berubah di mana kebanyakan dilakukan secara online“, jelas En Azri Ibrahim selaku Penyelia ERC Mukah yang merujuk kepada perkhidmatan yang disediakan ERC Mukah.

Selain memuat turun borang SPA Negeri dan e-recruitment, menurut Azri ERC Mukah juga sedia memberi tunjuk ajar dan latihan kepada pengguna yang kurang mahir menggunakan komputer.

Salah seorang pengguna Faizatul Syima Bte Marikan, antara pengguna kerap perkhidmatan ini menyifatkan pusat setempat ini banyak membantu golongan remaja sepertinya yang ingin mencari maklumat mengenai pekerjaan. Ternyata PID mahupun ERC yang mempunyai peranan masing-masing adalah sebahagian daripada perancangan pelan induk pembangunan Mukah sebagai sebuah Bahagian baru yang bukan sahaja perlu kuat dari segi ekonominya malah berkeupayaan dari segi pembangunan sumber manusia terutama mewujudkan masyarakat bermaklumat (k-society)

En.Azri (berdiri) dan En.Cyril (duduk)
sedang memeriksa pangkalan
data pengguna ERC

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998