Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Fauzi Jamin Akan Sentiasa Telus Dalam Menjalankan Tugas


Upacara serah/terima tugas yang disaksikan oleh KDNKA Bukit Aman, Dato’ Arthur Edmonds
Ketelusan dalam menjalankan tugas serta ketika menguatkuasakan undang-undang akan menjadi antara teras utama Polis Sarawak untuk menjamin imej pasukan supaya sentiasa dihormati masyarakat.

Pesuruhjaya Polis negeri yang baru, DCP Dato’ Mohd Fauzi Saari berkata untuk mencapai objektif tersebut, kerjasama yang rapat dengan media massa akan terus dipertingkatkan bagi membolehkan semua golongan mengetahui tindakan yang diambil oleh polis.

Tegasnya, tugas untuk menjaga ketenteraman awam bukanlah mudah. Justeru itu tugas haruslah dijalankan dengan berfikiran positif dan mengikut lunas yang betul secara bersungguh-sungguh.

Berucap selepas upacara serah/terima tugas jawatan Pesuruhjaya Polis Sarawak di sini pada 1 Julai lalu. Sebelum ini, SAC I Abg. Abd. Wahap bin Abg. Hj. Julai telah memangku jawatan Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sarawak selama dua bulan setengah, selepas pesaraan Dato’ Mohd Yusoff Jaffar.

Mohd Fauzi yang menyifatkan pelantikan itu sebagai “balik kampung”, yakin tidak ada masalah yang timbul kerana kebanyakan pegawai kanan di ibu pejabat merupakan rakan lamanya yang sama-sama bertugas di Sarawak pada awal Januari 1997 hingga Jun 1999 dan memegang pelbagai jawatan, termasuk Ketua Jabatan Pengurusan Polis Sarawak.

Selain itu, beliau juga menjelaskan bahawa selain media massa, kerjasama dengan orang ramai juga akan dijadikan salah satu langkah yang perlu untuk mengawal masalah jenayah di negeri ini.

Mohd Fauzi yang sebelum ini menjadi Timbalan Ketua Polis Selangor berharap dapat menyediakan suasana bekerja yang harmoni di kalangan anggota pasukan itu tanpa mengira pangkat.

Acara serah/terima tugas yang bertempat di Bilik Mesyuarat Ibupejabat Polis Kontinjen Sarawak ini telah disaksikan oleh Dato’ Arthur Edmonds, Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman yang mewakili Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai.

Dalam ucapanya, beliau berkata, tugas polis kini semakin mencabar khususnya berkaitan masalah penjualan VCD lucah yang berleluasa di samping penderaan domestik.

Beliau juga menjelaskan bahawa terdapat dua harapan utama masyarakat terhadap pihak polis, iaitu sebagai penyelesai masalah dan melaksanakan tugas dengan lebih bertanggungjawab.

Beliau juga menyeru agar semua pihak sama ada individu, ibu bapa mahupun Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) tampil bekerjasama dengan pihak polis supaya kes dapat diselesaikan dengan lebih efektif.


 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998