Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Perpustakaan Bergerak


Rawatan pergigian untuk murid-murid sekolah melalui Pasukan Pergigian Bergerak

Membaca adalah asas untuk menimba ilmu. Menyedari akan hal ini, pelbagai usaha dilakukan untuk menggalakkan masyarakat kita untuk menjadikan membaca suatu budaya. Antaranya melalui Kempen Bulan Membaca, Pertandingan Perpustakaan Di Rumah dan sebagainya.

Keadaan negeri Sarawak yang luas dan taburan penduduknya yang berselerak, maka adalah agak sukar bagi pihak kerajaan menyediakan perkhidmatan perpustakaan awam di setiap kawasan penempatan. Malah pihak sekolah juga sukar menyediakan perpustakaan atau pusat sumber terutama sekolah-sekolah yang terletak di luar bandar.

Oleh yang demikian, perkhidmatan Perpustakaan Bergerak adalah jalan penyelesaian yang diambil.

Di negeri ini, perkhidmatan ini disediakan oleh Perpustakaan Negeri Sarawak.

Di seluruh negeri Sarawak terdapat 218 tempat perhentian yang terdiri daripada sekolah rendah, dengan jumlah pembaca seramai 20,354 orang iaitu 2,719 dewasa dan 17,635 kanak-kanak.

Buku yang ada dibawa dalam perpustakaan bergerak ini terbahagi kepada 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (BI) dan Bahasa Cina (BC). Keseluruhannya terdapat 193,732 naskah buku yang boleh dipinjam daripada lapan (8) buah bas perpustakaan bergerak yang setiap satunya beroperasi di tujuh (7) Bahagian di negeri ini iaitu di Kuching, Sarikei, Sibu, Sri Aman, Miri, Samarahan serta Dalat dan Mukah. Dari jumlah 193,732 naskah buku itu 121,487 adalah buku BM, 34,206 (BI) dan 38,039 (BC).

Hampir kesemua destinasi perhentian bas perpustakaan bergerak ini adalah sekolah rendah yang terdapat di pinggir bandar dan kawasan luar bandar yang mempunyai perhubungan jalan raya yang baik. Bagaimanapun bas ini juga turut berhenti di kawasan perumahan dan kampung seperti di Perumahan Sukun di Sibu serta Kampung Seberang di Sarikei.

Lawatan Perpustakaan Bergerak akan diadakan 2 kali sebulan kecuali semasa cuti sekolah atau hari kelepasan am bagi Negeri Sarawak. Dengan itu bas perpustakaan bergerak ini mempunyai dua jadual pergerakan berbeza dalam sebulan.

Setiap bulan pula bas ini bergerak sekurang-sekurang ke 14 perhentian.

Kawasan (mula)
Perhentian
Dewasa
Kanak-Kanak
Jumlah
Kuching (1990)
36
491
3,871
4,362
Sarikei (1993)
14
341
2,727
3,068
Sibu (1995)
27
461
2,913
3,374
Sri Aman (1996)
35
489
2,219
2,708
Miri (1997)
32
325
2,126
2,451
Samarahan (1998)
28
371
2,171
2,542
Dalat dan Mukah (2001)
19
241
1,608
1,849
Jumlah
218
2,719
17,635
20,354
 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998