A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

  ISSN 1394-5726
 
Online Publisher:
 
Contents provided by:
 
 
Pendekatan Baru Dalam Program Pembangunan Sumber Manusia Sarawak
SS's View

Kesan globalisasi dan liberalisasi semakin hari semakin dirasai oleh semua termasuk kita yang menjadi anggota perkhidmatan awam. Perkhidmatan awam di era globalisasi dan liberalisasi lebih merupakan perkhidmatan awam yang bukan sahaja mampu meningkatkan kualiti perkhidmatannya dari semasa ke semasa di samping berupaya memenuhi setiap kehendak pelanggannya (sama ada pelanggan dalaman mahu pun pelanggan luar – orang awam dan pihak swasta).

Untuk melaksanakan perkara ini sebenarnya bukan suatu yang sukar. Apa yang perlu ialah kita sepanjang masa melakukan penilaian ke atas setiap usaha yang telah kita laksanakan. Bagi kita dalam perkhidmatan awam negeri Sarawak, kita amat yakin bahawa setiap projek atau program pembangunan yang kita rancang dan laksanakan itu dapat memberikan manfaat terbaik kepada majoriti penduduk setempat.

Perkhidmatan awam kita ternyata telah menunjukkan keupayaannya sebagai agen pelaksana yang berkesan walaupun terdapat beberapa projek atau program pembangunan yang terlewat penyiapannya atau terpaksa ditangguhkan. Namun kita yakin ini bukan suatu masalah besar dan akan berulang.

Kita yakin dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8) semua projek pembangunan yang dirancang di Sarawak akan dapat dilaksanakan 100%. Berdasarkan keyakinan inilah kerajaan telah menubuhkan Unit Pelaksanaan dan Pemantauan Projek (Project Implementation & Monitoring Unit - PIMU) di Jabatan Ketua Menteri.

Sungguhpun PIMU telah diwujudkan, namun peranan setiap organisasi di dalam perkhidmatan awam negeri tetap penting di dalam memastikan setiap projek dapat dilaksanakan dengan sempurna. Oleh yang demikian, setiap organisasi dalam perkhidmatan awam negeri harus mempunyai visi dan misi yang jelas di dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing selain mempunyai pelan tindakan yang bersesuaian bagi setiap projek. Kejayaan pelan ini pula harus dinilai secara sistematik agar dengan itu dapat dijadikan panduan bagi pelaksanaan projek -projek pembangunan lain.

Semua usaha ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan baik sekiranya anggota perkhidmatan awam kita kurang mahir dan tidak memiliki pengetahuan yang bersesuaian. Maka kerana itu elemen latihan di sini memainkan peranan penting dan di era globalisasi ini, pendekatan lama mungkin perlu digantikan dengan pendekatan baru.

Untuk itu kerajaan negeri melalui Unit Pembangunan Sumber Manusia dan Kualiti (HRDQ) di Jabatan Ketua Menteri kini akan memperkenalkan program baru yang dinamakan ET In-Situ (Evaluation and Trainning In-Situ). Program ini melibatkan kerjasama di antara HRDQ dan CMM (Center for Modern Management). Pada peringkat permulaan ini, program ini akan dilaksanakan di semua Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Program ET In-Situ melibatkan kegiatan memberikan latihan, menilai, mengaudit dan mencadangkan kaedah atau cara untuk mengatasi sebarang kesulitan atau masalah yang timbul di organisasi terlibat.

Sebagai contoh, sekiranya sesebuah Pejabat Daerah itu perlu kepada sistem pengurusan pengkalan data yang lebih efisien bagi membolehkan kakitangan di pejabat itu melaksanakan tugas mereka dengan lebih berkesan, namun mereka tidak berkemahiran serta tiada peralatan atan perisisan yang sesuai. Maka di sini ET In-Situ memainkan peranannya. Untuk itu, CMM dan SAINS misalnya akan membantu memberikan latihan serta membangunkan perisian yang bersesuaian.

Dengan pendekatan baru ini, kita mampu mengenalpasti mana-mana bukan sahaja proses kerja dan sumber manusia kita yang kurang atau tidak efisein. Ini akhirnya membolehkan kita melakukan proses penyesuaian dan pembaharuan yang sepatutnya untuk meningkatkan produktiviti.

 
 
 
   Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda  

Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998