Rakan Sarawak July 2001
   
 
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

  ISSN 1394-5726
 
Online Publisher:
 
Contents provided by:
 
 
Jauh Berjalan ... Banyak Pengalaman

Tokoh Guru 2000 - En. Joseph Lee Gut Hing

Joseph Lee Gut Hing
En. Joseph Lee Gut Hing adalah tokoh guru bagi tahun 2000. Beliau mendapat pendidikan awal di SK St Joseph, Kuching dari tahun 1945 hingga 1950. Kemudian beliau mene-ruskan pendidikan menengahnya di SMK St.Joseph.

Setelah lulus Peperiksaan Senior Cambridge, beliau telah menceburi bidang pendidikan dan seterusnya mendapat latihan perguruan di Maktab Perguruan Batu Lintang pada 1957 hingga 1958.

Karier beliau dalam dunia pendidikan bermula pada Januari 1959 di SK St Joseph. Beliau mengajar di sekolah tersebut selama 3 tahun. Atas kepentingan pendidikan, beliau kemudian berkhidmat sebagai Pengelola Pendidikan Jasmani di Ibu Pejabat Pendidikan Sarawak dari tahun 1962 hingga 1965.

Beliau juga telah diberi kepercayaan oleh Kerajaan British untuk menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching. Joseph Lee terus menunjukkan komitmen dalam bidang pen-didikan terutamanya pendidikan Jasmani. Beliau merupakan antara anak tempatan yang terawal dilantik untuk menjawat jawatan tersebut oleh pihak penjajah.

Berdasarkan kesungguhan tersebut, beliau juga dilantik sebagai Pengelola Pendidikan Jasmani dan Setiausaha Majlis Sukan Sekolah-Sekolah dari 1971 hingga 1974. Jawatan yang terakhir beliau sandang ialah sebagai Nazir Sekolah, Jemaah Nazir Sekolah Sarawak sebelum bersara wajib pada 8 September 1991.

Sumbangan beliau dalam memantapkan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah di Negeri Sarawak, membantu meningkatkan prestasi sukan dan olahraga di kalangan pelajar.

Bukan setakat itu sahaja, beliau juga adalah seorang ahli sukan yang menempa nama dalam pelbagai sukan. Antaranya ialah mewakili Sarawak dalam olahraga Sukan Komanwel di Cardif, Wales (1958) dan di Perth, Australia (1962), Sukan Asia (olahraga) di Jakarta, Indonesia (1962), mewakili Sarawak dalam Pertandingan Bolasepak “Borneo Cup” (1950-an), Johan Tenis dalam pertandingan “Sarawak Tennis Tourna-ment” (1965,1966,1967 & 1968) dan mewakili Sarawak dalam pertan-dingan “Inter-Territorial (1965-1968).

Bergambar kenang-kenangan ketika mewakili Sarawak dalam satu sukan antarabangsa
Pada tahun 1981, beliau mendapat anugerah “Sportsman Of The Year-MAKSAK.”

Penglibatan be-liau dalam Jawatan-kuasa Persatuan Sukan dan Olahraga turut menyumbang-kan ke arah pening-katan prestasi sukan di kalangan pelajar di sekolah-sekolah di negeri Sarawak.

Beliau menunjuk-kan komitmen tinggi dalam keberkesanan pelaksanaan Pendidi-kan Jasmani. Beliau telah mengharum dan men-yemarakkan nama Sarawak dalam aktiviti sukan di peringkat kebangsaan dan persada sukan antarabangsa. Atas sumbangan tersebut, beliau terpilih sebagai tokoh guru pada alaf baru 2000.

Berdasarkan pengalaman dan pencapaian beliau dalam bidang sukan, En.Joseph menegaskan bahawa pendidikan dan pendedahan sukan di sekolah amat penting kerana ia peringkat paling asas sekiranya kita ingin lahirkan ramai ahli sukan yang berjaya.

Salah satu faktor yang penting dalam menjamin kesinambungan kejayaan peringkat sukan ini ialah wujudnya program dan galakkan daripada semua pihak.

Bagi menjamin kita boleh bersaing, bukan setakat domestik tetapi juga peringkat antarabangsa, pemilihan jenis sukan mestilah bersesuaian dengan potensi seseorang ahli sukan selain mempunyai keyakinan, semangat juang yang tinggi. Mereka juga harus meletakkan sasaran dan memberikan masa dan peluang dalam mengasah bakat-bakat muda olahraga negeri kita khususnya dan negara amnya.

 
 
 
   Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda  

Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998