Rakan Sarawak July 2001
   
 
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

  ISSN 1394-5726
 
Online Publisher:
 
Contents provided by:
 
 
Pegawai Kerajaan Harus Peka Terhadap Budaya Masyarakat Tempatan:
Setiausaha Kerajaan Negeri

Datuk Aziz dan Dato’ Azman sempat meluangkan masa beramah mesra dengan pegawai persekutuan yang terlibat dengan program orientasi itu
Pegawai kerajaan yang berasal dari Semenanjung yang bertugas di Sarawak harus memahami serta peka terhadap budaya dan cara hidup masayarakat tempatan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Haji Abdul Aziz Husain berkata, hanya dengan memahami kebudayaan dan cara hidup serta mengamalkan sikap toleransi barulah mereka akan dapat mendekatkan diri dengan masyarakat tempatan.

“Sarawak mempunyai pelbagai bentuk budaya kerja yang berbeza hasil daripada kepelbagaian masyarakat etniknya. Kalau kita tidak memahami budaya dan cara hidup mereka adalah sukar untuk kita melaksanakan kerja dengan baik,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Program Orientasi Tahun 2001 Untuk Pegawai-Pegawai Persekutuan Yang Bertukar Ke Negeri Sarawak anjuran kerajaan negeri.

Program orientasi yang berlangsung pada 23 hingga 27 Jun 2001 ini disertai oleh kira-kira 120 pegawai Persekutuan yang baru bertukar ke Sarawak. Program orientasi ini adalah anjuran Jabatan Perpaduan Negara dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak.

Tujuannya ialah untuk memberi pendedahan bagi membolehkan peserta memahami budaya, adat resam dan cara hidup mesyarakat tempatan serta menyampaikan pengetahuan asas mengenai sistem pentadbiran kerajaan negeri dan agensi-agensi dibawahnya.

Antara kegiatan yang dijalankan ialah taklimat berkaitan intergrasi nasional, kebudayaan dan adat resam, perkembangan politik serta pembangunan negeri Sarawak dan pendedahan terhadap struktur organisasi pentadbiran negeri oleh Pejabat Setiauasaha Kerajaan Negeri. Selain itu pegawai terbabit juga dibawa melawat ke kampung masyarakat tempatan sebagai pendedahan awal.

Beliau menambah, Sarawak juga unik dari segi bahasa yang harus dihormati. Walaupun bunyi sebutannya mungkin sama tetapi makna berlainan. Sekiranya mereka memahami loghat tempatan dengan baik adalah tidak sukar bagi mereka untuk melaksanakan tugas serta tanggungjawab masing-masing.

“Dengan itu mempelajari bahasa masyarakat tempatan adalah penting kerana kemampuan untuk bercakap bahasa masyarakat setempat akan membolehkan penduduk tempatan berasa lebih selesa dan seterusnya akan membuka hati mereka untuk bergaul dengan kakitangan kerajaan,” ujarnya.

Tegasnya, pegawai kerajaan atau kakitangan harus mengekalkan toleransi sebagai kunci per-paduan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

“Walaupun suku kaum Sarawak berbeza, namun budaya yang berlainan merupakan perkara yang memperkuatkan negeri ini. Ia termasuk bersatu padu, hidup dengan aman dan damai walaupun budaya berbeza,” katanya.

 
 
 
   Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda  

Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998