Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

Selesai Masalah Sebelum Laksana

Setiap dari kalangan kita ada ketikanya berhadapan dengan sedikit kesulitan atau masalah.Situasi ini jika tidak ditangani boleh menyebabkan lebih banyak lagi kesulitan yang timbul.

Apabila lebih banyak kesulitan yang timbul,maknanya kita perlu meluangkan lebih banyak masa,tumpuan dan tenaga untuk menanganinya.Semua perkara ini adalah suatu kerugian!Apa tidaknya,sedangkan masa dan tenaga yang digunakan itu boleh digunakan dan disalurkan untuk menyelesaikan tugasan kita yang lain.

Kesulitan atau masalah yang timbul itu boleh dikatakan ada perkaitan dengan satu atau beberapa keputusan atau penyelesaian yang dibuat serta keputusan atau penyelesaian yang dibuat untuk untuk menanganinya. Keputusan-keputusan atau penyelesaian-penyelesaian itu pula ada ketikanya menyebabkan rantaian beberapa kesulitan lain.

Dalam organisasi,sesuatu kesulitan atau masalah itu boleh kita takrifkan sebagai halangan ataupun lencongan. Halangan menyebabkan hasil yang dijangkakan tidak tercapai manakala lencongan pula mengakibatkan hasil yang diperolehi itu tidak seperti apa yang diharapkan atau telah menyimpang daripada objektif asal.

Sebagai contoh,suatu situasi itu boleh ditakrifkan sebagai masalah apabila misalnya,membina sebuah bangunan sekolah di suatu kawasan itu lewat penyiapannya kerana kontraktor yang dilantik menghadapi kesulitan kewangan.

Namun ianya adalah suatu lencongan jika projek itu berjaya disiapkan tetapi ianya tidak menepati spesifikasi asal misalnya bilangan bilik darjah yang dibina kurang kerana sebahagian daripada peruntukan asalnya telah digunakan untuk membina jalan ke bangunan itu.

Untuk menangani atau menyelesaikan suatu kesulitan atau masalah,perkara paling penting yang harus kita beri perhatian ialah mengenalpasti punca kesulitan yang mungkin timbul jika kita melaksanakan sebarang keputusan, pelan atau strategi yang ada.

Maksudnya di sini,kita menyelesaikan masalah itu sebelum ianya muncul.Atau dalam lain perkataan :kita ‘menjangkakan ’ masalah yang akan timbul..Dengan berbuat demikian,ianya dapat mengelakkan kita daripada berhadapan dengan sebarang kesulitan akibat daripada keputusan yang telah diambil itu.

Menyelesaikan masalah sebelum ianya wujud sebenarnya boleh dijadikan satu tabiat.Tabiat ini akan banyak membantu kita dalam melaksanakan tugasan kita dengan lebih teratur dan berkesan.

Menjadikan ia sebagai tabiat bukanlah suatu yang sukar. Apa yang perlu kita lakukan ialah melakukan beberapa langkah penyelesaian masalah yang boleh kita mulakan dengan mengenalpasti punca kesulitan itu berlaku dan kesannya.

Setelah ini diperolehi,kita perlu jelas akan objektif penyelesaian yang ingin kita capai.

Ini diikuti dengan menyenaraikan sebanyak mungkin cadangan bagi menangani kesulitan berkenaan. Setelah itu kita perlu memilih cadangan penyelesaian yang terbaik dan sesuai untuk membolehkan kita menyediakan pelan tindakan untuk menanganinya.Namun kita tidak harus berhenti di situ sahaja.

Kita kemudiannya perlu membuat penilaian menyeluruh ke atas apa yang telah dirancang,mencari kelemahan- kelemahan yang mungkin ada dan menjangkakan kemungkinan-kemungkinan kesulitan lain yang timbul pada masa hadapan.Ini bertujuan membolehkan kita seterusnya melakukan beberapa pindaan bagi memastikan pelan penyelesaian itu adalah sempurna.

Setelah terbukti boleh dilaksanakan,pelan itu mesti dihebahkan atau diberitahu kepada semua mereka yang terlibat.Ini penting bagi memastikan ianya dapat dilaksanakan dengan lancar dan akhir sekali setelah semua yang terlibat faham dan tahu apa yang perlu mereka lakukan,maka tiba masanya untuk kita melaksanakan pelan tindakan itu.

Dalam usaha kita untuk mencapai taraf negeri maju, banyak cabaran dan juga halangan baru yang perlu kita tangani.Ianya juga memerlukan kita peka kepada perubahan persekitaran yang berlaku dan kesan-kesannya.

Oleh yang demikian,amat perlu kita menukar cara kita berfikir,membuat keputusan dan bertindak agar apa yang telah diputuskan itu tidak mewujudkan rantaian kesulitan dan permasalahan yang merugikan kita.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998