Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Kerajaan Sedia Dana Besar Untuk Tingkatkan PKS Negara

Tabung ini memberi manfaat kepada pengusaha industri kecil memproses makanan
Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memberi sumbangan besar kepada pertumbuhan ekonomi negara khususnya di kawasan luar bandar.

Ia berdasarkan daripada pengalaman negara-negara maju yang menunjukkan lebih 55 peratus dari keluaran dalam negara kasar (KDNK) mereka disumbangkan oleh sektor PKS. Malah, sektor itu juga menyediakan lebih daripada dua pertiga dari jumlah pekerjaan kepada rakyatnya.

Sehubungan itu, penekanan berterusan diberikan untuk membangunkan sektor itu di negara ini kerana kerajaan yakin sektor PKS berupaya menjadi peneraju pertumbuhan ekonomi negara.

Sehingga Disember 2003, daripada sejumlah 20,455 syarikat dalam sektor perkilangan di negara ini, 18,271 atau 89.8 peratus merupakan PKS. Dalam sektor perkhidmatan pula, daripada sejumlah 192,527 syarikat yang berdaftar, 186,428 syarikat (98.8 peratus) adalah PKS.

Kerana itu kerajaan berterusan menggalakkan penglibatan usahawan kecil dan sederhana dalam pertumbuhan ekonomi negara melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif dan rancangan.

Antaranya peruntukan dana sebanyak RM1.2 bilion melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan (TEKUN), Tabung IKS serta Tabung Usahawan Baru
dan bantuan sebanyak RM1 bilion bagi usahawan kecil dalam bentuk pinjaman mikro kredit di bawah Pakej Perangsang Ekonomi 2003. Dalam Bajet 2005, jumlah dana dalam Tabung Industri Kecil dan Sederhana 2 dan Tabung Usahawan Baru 2 masing-masing juga telah ditingkatkan sebanyak RM1.5 billion dan RM550 juta kepada RM4.5 bilion dan RM2 bilion.

Sejak dilancarkan pada Mei 1999 sehingga Jun 2004, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KPUn) telah meluluskan permohonan Program Pinjaman TEKUN berjumlah RM432.7 juta kepada 94,408 pemohon di seluruh negara.
Pengusaha kedai runcit berpeluang
membesarkan perniagaan masing-masing


Program itu dilaksanakan kerajaan melalui Yayasan Tekun Nasional (YTN) untuk membantu usahawan kecil Bumiputera mendapatkan modal tambahan bagi meningkatkan perniagaan mereka.

Ia menawarkan pinjaman antara RM1,000 sehingga RM10,000 bagi pinjaman pertama dan sehingga RM20,000 bagi pinjaman seterusnya bagi mereka yang mempunyai rekod bayaran balik yang cemerlang.

TEKUN dan banyak lagi dana yang disebutkan di atas merupakan sebahagian kecildaripada insentif dan kemudahan untuk membangunkan PKS. Namun, dianggarkan bahawa hanya 20 peratus daripada pengusaha PKS menggunakan kemudahan-kemudahan tersebut.

Antara penyebabnya ialah kurang keyakinan untuk membesarkan perniagaan serta ramai di kalangan pengusaha PKS tidak menepati syarat-syarat dan keperluan yang diperlukan untuk membuat peminjaman.

Keadaan itu menyebabkan ramai pengusaha masih beroperasi dalam persekitaran kerja yang kurang kondusif, tidak mengaplikasikan teknologi baru dan
bergantung kepada pekerja tidak mahir. Akibatnya, ramai yang tidak mampu berjaya di pasaran tempatan, apatah lagi bersaing di pasaran luar negara.

Peniaga boleh mendapatkan pinjaman bagi mendapatkan ruang berniaga yang lebih selesa
Setakat ini, kerajaan mengambil langkah dengan melibatkan sekurang-kurangnya 12 Kementerian dan 40 agensi kerajaan dalam pembangunan PKS (termasuk perusahaan mikro) tempatan bagi menangani masalah itu serta membangunkan PKS negara.

Sehubungan itu, para pengusaha PKS itu sendiri perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk turut sama menjayakan usaha kerajaan serta Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3) yang bakal menyusul (2006-2020) dalam usaha negara kita menuju Wawasan 2020.
 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998