Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Menteri Pertanian & Industri Asas Tani Lawat Sarawak

Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan arah tapak Pelabuhan Perikanan Laut Dalam*
Amalan pertanian berkesan, penggunaan teknologi moden, meningkatkan pengupayaan masyarakat di samping meningkatkan nilai tambah produk pertanian dikenalpasti sebahagian daripada pendekatan yang perlu dilaksanakan warga tani sekiranya sektor pertanian ingin dimajukan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin pada Majlis Ramah Mesra dan Sesi Dialog Bersama 500 warga tani baru-baru ini di Kuching.

Menurut beliau, usaha dan penglibatan warga tani penting di samping pelaksanaan beberapa pembaharuan di peringkat kementerian dan agensi kerajaan seperti penyusunan semula strategi pertanian, sokongan tambahan 3,000 orang bilangan pegawai baru, mengubah cara bekerja di kalangan pegawai pertanian serta mengaplikasikan sepenuhnya hasil penyelidikan pertanian bagi kegunaan warga tani.

Melalui sesi dialog dan lawatan seumpama ini, beliau dapat mengumpul maklumbalas berhubung masalah dalam sektor pertanian dan dalam masa yang
sama cuba untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh warga tani.

Beliau memuji usaha kerajaan negeri Sarawak yang serius membangunkan sektor pertanian di negeri ini yang beliau sifatkan usaha ini mampu menjadikan Sarawak sebagai hab pengeluaran makanan utama negara.
Meninjau kemajuan projek
Pelabuhan Perikanan Laut Dalam*



Selain aktiviti pertanian jelas beliau, Sarawak berpotensi untuk dibangunkan dengan projek akuakultur serta perikanan laut dalam.

Tan Sri Muhyiddin dalam rangka lawatan dua hari ke Sarawak untuk meninjau perkembangan sektor pertanian Sarawak selain mendapatkan input pertanian bagi persediaan Rancangan Malaysia Ke-9.

Semasa di Sarawak, beliau sempat meluangkan masa kira-kira tiga jam melawat tapak pembinaan Pelabuhan Perikanan Laut Dalam Bersepadu Tanjung Manis, Bahagian Mukah yang bernilai kira-kira RM268 juta.

Pelabuhan bersepadu tersebut yang mula dibina pada tahun lepas, dilaksanakan dalam dua peringkat iaitu peringkat pertama pembinaannya dijadualkan siap menjelang September tahun depan manakala peringkat kedua dijangka siap sepenuhnya pada 2010.

Pelabuhan di tapak seluas 87 ekar itu mempunyai kemudahan jeti yang membolehkan dua unit vesel sepanjang 40 meter dan enam unit vesel sepanjang 20 meter berlabuh pada satu-satu masa.

Kompleks ini juga mempunyai bilik sejuk yang boleh menempatkan 3,000 tan metrik ikan, kilang ais, dewan lelong, tempat simpan bahan bakar, kolam rawatan kumbahan serta Pejabat Perikanan Daerah Belawai.

 

Tan Sri Muhyiddin menandatangani buku pelawat semasa kunjungan di salah sebuah kilang di Tanjung Manis* Menerima “tanda kenangan ” daripada Menteri Pemodenan Pertanian Sarawak semasa Majlis
Ramah Mesra Bersama Warga Tani


Dalam lawatan singkat beliau ini, Tan Sri Muhyiddin turut meninjau sebuah projek usahasama penanaman padi antara kerajaan negeri dan sektor swasta iaitu Projek Delta Padi, Paloh di Belawai. Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr George Chan yang juga Menteri Pemodenan Pertanian Sarawak turut mengiringi beliau dalam lawatan ini.
 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998