| |
| Online Publisher: |
 |
| |
| Contents provided by: |
 |
| |
|
|
 |
| Peta Pentadbiran Daerah Julau |
Daerah ini dahulunya merupakan daerah kecil kepada Kanowit,
ia kemudiannya telah dinaiktaraf menjadi daerah penuh pada 2 April 1973 dan diletakkan
di dalam pentadbiran Bahagian Sarikei. Pekan Julau adalah pusat pentadbiran daerah
ini. Julau adalah salah sebuah daripada empat buah daerah yang terdapat dalam
bahagian Sarikei. Ia mempunyai keluasan 1,703 km persegi dengan jumlah penduduk
seramai 17,276 orang. Julau kini mudah dihubungi melalui jalan raya dan beberapa
bandar lain antaranya Sarikei (66 km), Bintangor (48 km), Kanowit (39km) dan Sibu
(66 km). Anda boleh menggunakan pengangkutan seperti bas, van penumpang atau kenderaan
persendirian untuk datang ke daerah ini.
Walaubagaimanapun, pengangkutan sungai masih dijadikan pengangkutan utama bagi
penduduk kawasan pedalaman untuk ke Pekan Julau. Ia juga menerima tempias pembangunan
ekonomi dengan meningkatnya aktiviti perniagaan di sini disebabkan kedudukannya
berhampiran dari dua buah bandar utama kawasan tengah Sarawak iaitu bandar Sibu
dan bandar Sarikei.
Mercu tanda
Kepada mereka yang pertama kali datang ke daerah Julau anda akan dapat melihat
mercu tanda “ Burung Kenyalang” di Pekan Julau yang merupakan perlambangan bahawa
kawasan ini kaya dengan flora dan fauna alam semulajadi, terutamanya yang boleh
dilihat dan dinikmati di Lanjak Entimau Wildlife
Santuary. Tiga buah daerah lain yang turut berkongsi kawasan Pusat Lindungan Hidupan
Liar ini sebenarnya adalah satu kawasan seluas 168,758 hektar
yang turut dikongsi sempadannya dengan daerah Song, daerah Kanowit dan daerah
Sri Aman.
Kependudukan
Tahukah anda bahawa di Daerah Julau terdapat 150 rumah panjang. Daerah ini merupakan
antara daerah yang paling banyak mempunyai rumah panjang di Sarawak. Kaum Iban
adalah kaum majoriti di daerah ini, diikuti kaum Cina. Kebanyakan penduduk di
Julau mengusahakan tanaman lada, getah, padi dan buah-buahan.
Hasil pendapatan mereka juga bergantung kepada penjualan hasil pertanian tersebut.
Selain itu, ada juga sesetengah penduduk terlibat dalam bidang perniagaan, bekerja
di sektor perkhidmatan awam, sektor pembalakan dan sebagainya. Aktiviti perniagaan
pula dijalankan di Pekan Julau yang empunyai berapa deretan kedai dan pasar tamu
berdekatan tebing Sungai Julau. Selari dengan arus pembangunan di daerah Julau,
aspek pendidikan amat diberi perhatian di sini. Kini, daerah Julau mempunyai lapan
buah kelas pendidikan pra sekolah dan 15 buah sekolah kebangsaan yang boleh menempatkan
2,908 orang murid.
 |
 |
Klinik Kesihatan Julau…beri kemudahan
kesihatan
kepada masyarakat sekitar Julau |
Pekan Julau, nadi pembangunan
ekonomi daerah Julau |
Manakala bagi peringkat menengah pula terdapat dua buah sekolah jenis kebangsaan
dan sebuah sekolah menengah dengan jumlah pelajar seramai 1200 orang. Kemudahan
kesihatan tidak diabaikan. Daerah ini mempunyai tiga buah klinik kesihatan dan
tiga buah klinik desa. Bagi penduduk yang tinggal agak jauh dari Pekan Julau boleh
menggunakan kemudahan klinik desa di Sungai Merurun, Nanga Ensiring, Nanga Maong.
Dianggarkan lebih kurang 5,000 orang penduduk menikmati kemudahan bekalan eletrik
yang disediakan pihak SESCO manakala selebihnya 10,000 orang penduduk masih bergantung
kepada sistem janakuasa elektrik. Seramai 5,000 orang penduduk menikmati kemudahan
bekalan air yang (dirawat) dan bagi penduduk kawasan luar bandar seramai 10,000
mereka masih menggunakan sistem graviti.
Kemudahan telefon dimanfaatkan hampir 7,000 orang penduduk di daerah ini yang
terdiri daripada penggunaan 418 sistem talian tetap manakala sistem VSAT digunakan
di sembilan lokaliti kawasan luar bandar. Tetapi kerajaan dari semasa ke semasa
sentiasa membantu dan membangun tempat tersebut dengan perancangan yang teratur
bagi menyediakan kemudahan asas. Sepanjang tahun 2003 sahaja melalui peruntukan
kerajaan persekutuan dan negeri sebanyak 153 buah projek peningkatan kemudahan
sosial telah dilaksanakan di daerah ini.
Pelancongan
Daerah ini beruntung kerana dianugerahkan alam sekitar yang menarik sesuai bagi
tarikan pelancongan yang berkonsepkan eko-pelancongan. Malah pada tahun lepas,
Lanjak Entimau dipilih sebagai salah satu daripada tiga tempat bagi aktiviti pengembaraan
lasak alam semulajadi di negeri ini. Tempat
ini sesuai bagi penggemar cabaran alam semulajadi. Lanjak Entimau Wildlife Santuary
juga adalah pilihan tepat bagi mereka yang mengemari habitat liar dan keindahan
flora dan fauna. Kawasan yang mempunyai populasi 2,000 orang utan ini adalah satu-satunya
habitat asli orang utan di negeri ini.
 |
 |
| Jaringan pengangkutan yang baik di Julau
merancakkan pembangunan di daerah ini |
Bangunan yang turut menempatkan pejabat
agensi kerajaan termasuk Pejabat Daerah Julau |
Di sini, juga terdapatnya tapak bersejarah Kubu Brooke yang dibina di Nanga Meluan
juga merupakan satu lagi tarikan pelancongan di daerah ini. Dahulunya, Kubu Brooke
telah menempatkan pegawai-pegawai pentadbiran Brooke untuk menjaga ketenteraman
dan keamanan kawasan tersebut terutamanya menentang pergerakan anti-Brooke yang
radikal diketuai oleh seorang Pahlawan bernama Asun. Kubu ini pernah digunakan
sebagai pejabat daerah kecil dan balai polis.
Pembangunan Kemudahan infrastruktur yang disediakan kerajaan seperti sebuah jambatan
yang merentasi sungai Julau telah menghubungkan Pekan Julau dengan Meluan dan
Entabai memudahkan lagi pergerakan seharian penduduk di sini. Kerajaan, melalui
Majlis Daerah Meradong dan Julau akan mendirikan sebuah Dewan Masyarakat Serbaguna
dan Kompleks Sukan pada tahun ini di bawah Rancangan Malaysia Ke-8.
Tetapi bagi warga Julau, mereka mengharapkan lebih banyak lagi pembangunan dapat
ditumpukan di situ dan dapat mencapai hasrat sebagai salah sebuah daerah yang
maju di masa hadapan. Namun ini, semua tidak akan mungkin terlaksana tanpa perancangan
dan kerjasama yang mantap antara kerajaan dan warga Julau sendiri.
|
|
|