| |
| Online Publisher: |
 |
| |
| Contents provided by: |
 |
| |
|
|
(Puzzle No. 20)
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit telah menganjurkan
Pertandingan Bola Tampar Liga Sukan Untuk Semua 2004 pada 17 dan 18 Julai 2004
bertempat di Stadium Tertutup, Beleteh, Kapit. Sebanyak 14 pasukan telah mengambil
bahagian dalam pertandingan tersebut. Pasukan-pasukan tersebut ialah PSKPP (Pendidikan),
LANDAS (Tanah & Survei), PDRM, SMK Kapit, SMK Selirik, Bomba A, Bomba B,
Medical A, Medical B, PPSU (Pejabat Pembangunan Sosial & Urbanisasi), SESCO,
KCROA (Persatuan Kedai Kopi dan Restoran Kapit), Rando (Pejabat Residen &
Daerah Kapit) dan Shogun T.
MAKSAK Bahagian Kapit, pada 19 dan 20 Jun 2004, telah menganjurkan
Pertandingan Sepak Takraw Antara Regu MAKSAK Bahagian Kapit Stadium Tertutup
Bletih. Pertandingan itu telah dikelolakan oleh Kelab Perubatan Sarawak, Cawangan
Kapit dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw Bahagian Kapit.
|
|
|