|
 |
| Kaunter Jabatan Tenaga Kerja Sarawak semasa Hari wanoita
Sedunia Peringkat Kebangsaan di Kuching |
Jabatan Tenaga Kerja Sarawak yang dahulunya dikenali sebagai
Jabatan Buruh Sarawak ditubuhkan pada tahun 1960. Ianya dipertanggungjawabkan
untuk menjaga dan melaksanakan dasar kerajaan berkaitan dengan hal-ehwal perburuhan
dan perhubungan perusahaan di negeri Sarawak. Jabatan Tenaga Kerja Sarawak mempunyai
seramai 182 anggota dalam pelbagai kategori jawatan dan mempunyai 10 cawangan
Pejabat Tenaga Kerja iaitu di Kuching, Sibu, Miri, Bintulu, Serian, Sri Aman,
Sarikei, Kapit, Limbang dan Marudi.
Pentadbiran
Dari segi pentadbiranya, Jabatan Tenaga Kerja, Sarawak adalah merupakan satu
entiti berasingan daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia dan Jabatan
Tenaga Kerja Sabah. Pengarah Tenaga Kerja Sarawak adalah bertanggunjawab terus
kepada Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia dan bukannya kepada Ketua
Pengarah Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.
Pada 19 Februari 2003, Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan di bawah Jabatan Tenaga
Manusia di peringkat negeri Sarawak atau sebelum ini dikenali sebagai Jabatan
Tenaga Rakyat Sarawak telah bergabung dengan Jabatan Tenaga Kerja Sarawak dan
kesemua anggotanya telah diserapkan ke dalam Jabatan Tenaga Kerja Sarawak.
Objektif
Di antara objektif utama jabatan ini adalah untuk memastikan hak statutori dan
kebajikan pekerja-pekerja dilindungi. Ia juga menggalakkan suasana perhubungan
perusahaan yang harmoni dan kondusif ke arah mempertingkatkan pembangunan ekonomi
negara.
Kewujudan jabatan ini akan memastikan peluang pekerjaan tempatan tidak terjejas
akibat penggajian pekerja luar negeri serta mempertingkatkan penempatan pencari
kerja bagi golongan ini. Ianya juga diharap akan membentuk tenaga kerja dan
majikan yang berpengetahuan mengenai hal-hal perburuhan.
Penguatkuasaan Undang-Undang Buruh
Jabatan ini memainkan peranan yang penting sebagai penasihat kepada Yang Berhormat
Menteri Sumber Manusia menerusi Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Manusia,
Kerajaan Negeri termasuk majikan, pekerja, kesatuan sekerja dan orang awam mengenai
perundangan perburuhan dan hal-ehwal perburuhan di Sarawak.
Jabatan ini juga menjalankan tugas Quasi-Judicial dengan menyiasat dan menyelesai
perkara di bawah bidang kuasa Akta pampasan Pekerja 1952. Pegawai-pegawai jabatan
juga diberi kuasa untuk mendakwa mereka yang menlanggar peruntukan undang-undang
perburuhan di dalam Mahkamah dan dibenarkan berkerjasama dengan pihak polis
berkenaan hal keselamatan terutama yang berkaitan dengan Peraturan-Peraturan
Keselamatan Dalam Negeri (Pendaftaran Buruh) 1960.
 |
 |
| Jabatan Tenaga Kerja Sarawak turut menyertai Kembara Merdeka
2003 |
Satu seminar tentang undang-undang buruh yang dianjurkan
oleh Kelab Sosial dan Kebajikan
Tenaga Kerja Sarawak |
Perlindungan
Hak-hak Pekerja
Pekerja-pekerja Jabatan Tenaga Kerja Sarawak dikehendaki menjalankan pemeriksaan
penguatkuasaan ke tempat pekerjaan dengan tujuan memastikan
hak pekerja dilindungi. Ini merangkumi aspek-aspek berikut:
keadaan penggajian yang teratur
perlindungan sewajarnya untuk kaum wanita, kanak-kanak dan orang muda berkenaan
perkerjaan seperti yang ditetapkan oleh undang-undang
Pekerja wanita dibayar elaun bersalin
Masa, tempat dan bentuk pembayaran gaji mengikut peruntukkan undang-undang
Bayaran gaji lebih masa dan gaji tambahan bagi perlaksanaan kerja semasa cuti
mengikut peruntukan undang-undang
Cuti yang ditetapkan dan cuti rehat mingguan diberi kepada para pekerja menurut
undang-undang
Bayaran upah tidak kurang dari kadar minimum berkanun
Pampasan sewajarnya dibayar kepada pekerja yang cedera akibat kemalangan atau
maut megikut Akta Pampasan Pekerja 1952
Kawalan penggajian pekerja-pekerja luar negeri untuk memastikan keutamaan
peluang pekerjaan diberi kepada orang tempatan
Perkhidmatan Utama
Jabatan
ini juga memberi perkhidmatan utama seperti pengendalian aduan buruh atau tuntutan
pekerja. Jabatan ini juga bertanggungjawab mengenai taksiran pampasan bagi pekerja-pekerja
luar negeri yang tergolong di bawah bidang kuasa Akta Pampasan Pekerja, 1952.
Dengan penggabungan di antara Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan, Jabatan Tenaga
Manusia Sarawak dan Jabatan Tenaga Kerja Sarawak, perkhidmatan Pendaftaran dan
Penempatan Pencari Kerja kini dijalankan oleh Jabatan Tenaga Kerja Kerja Sarawak
dan kesemua Pejabat Tenaga Kerja di seluruh negeri Sarawak.
Rayuan Mengenai Pembuangan kerja juga boleh difailkan di Pejabat Tenaga Kerja
untuk tindakan susulan. Ordinan Buruh Sarawak juga memperuntukan bahawa tiada
sesiapa dibenarkan menggaji seseorang pekerja luar negeri tanpa mendapat lesen
sah untuk berbuat demikian dari untuk berbuat demikian dari Pengarah Tenaga
Kerja Sarawak. Peruntukkan undang-undng ini adalah untuk memastikan peluang
pekerjaan untuk pekerja tempatan tidak terjejas
Untuk mendapat keterangan lanjut menegenai Jabatan Tenaga Kerja Sarawak, layaril
lawan web Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Tenaga Kerja Sarawak di http://www.mohr.gov.my
Pendaftaran mencari kerja dan alamat untuk majikan mendaftar kekosongan kerja
juga boleh dibuat secara online di http://www.mohr.gov.my/jcshome
WAWASAN JABATAN sebagai Pemangkin dalam Mewujudkan Majikan dan Pekerja yang
Bertanggunjawab dan Produktif
MISI JABATAN Memastikan Majikan dan Pekerja sedar akan Hak dan Tanggungjawab
masing-masing demi menggalakkan Pelaburan berterusan di negeri ini
DASAR KUALITI Komited Ke arah menyediakan Perkhidmatan Berkualiti mengikut Piagam
Pelanggan
|