| |
| Online Publisher: |
 |
| |
| Contents provided by: |
 |
| |
|
|
Jabatan Kimia Malaysia (JKM) terdiri dari satu rangkaian
makmal diseluruh Negara yang menyediakan khidmat analisis, penyiasatan dan perundingan
dalam bidang saintifik terutamanya bidang sains forensik dan kesihatan alam
sekitar kepada agensi kerajaan. Ini adalah bagi tujuan penguatkuasaan undang-undang
serta perlaksanaan program-program berkenaan kesihatan awam iaitu dalam aspek
keselamatan makanan dan air minum, kualiti alam sekitar, ketenteraman dan keselamatan
awam, perlindungan hak pengguna dan keselamatan serta kesihatan di tempat kerja.
Jabatan Tenaga Kerja Sarawak yang dahulunya dikenali sebagai
Jabatan Buruh Sarawak ditubuhkan pada tahun 1960. Ianya dipertanggungjawabkan
untuk menjaga dan melaksanakan dasar kerajaan berkaitan dengan hal-ehwal perburuhan
dan perhubungan perusahaan di negeri Sarawak. Jabatan Tenaga Kerja Sarawak mempunyai
seramai 182 anggota dalam pelbagai kategori jawatan dan mempunyai 10 cawangan
Pejabat Tenaga Kerja iaitu di Kuching, Sibu, Miri, Bintulu, Serian, Sri Aman,
Sarikei, Kapit, Limbang dan Marudi.
|
|
|